"Al-Imam Hasan Al-Basri diwaktu remajanya, sebelum beliau menjadi alim. Sebelum beliau menjadi wali yang zuhud. Beliau adalah seorang yang tampan segak dan sentiasa memakai pakaian yang mahal. Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir dikota tanpa tujuan hidup."
"Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan yang cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori perempuan cantik itu."
"Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya. Kemudian dia berkata; "Tuan terus mengekori saya, Apakah tuan tidak malu?" Hasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. Beliau menjawab; "Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya."
"Jawab perempuan itu; "Allah سبحانه وتعالى mengetahui Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui itu khianatnya pada mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu. Lihat didalam dirinya ada sifat muraqabah. Seolah-olah ada cctv disekelilingnya. Tetapi cctv Allah jauh lebih hebat lagi. Merasa dirinya sentiasa dipantau oleh Allah سبحانه وتعالى."
"Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu. Perempuan itu berkata lagi; "Mengapa tuan masih mengikut saya?" Hasan menjawab; "Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik."
"Perempuan itu berkata; "Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu. Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan. Dia berkata; "Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."
"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. Dia berkata; "Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."
"Menggigil tubuh badan Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar badan Hasan mendengarnya, dan rasa bagaikan hendak tumbang."
"Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. Perempuan itu berkata; "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan kepada saya itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya mendapat kemuliaan disisi Allah سبحانه وتعالى."
"Jawab Hassan; " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi antara golongan orang-orang yang soleh. Jawab perempuan tersebut;, Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika ramainya orang. Sentiasalah ingat Allah سبحانه وتعالى dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, perbanyakkan istighfar."
"Setelah itu, Al-Imam Hasan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki akhlak yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang mampu mengundang seribu fitnah."
"Itu dizaman imam hasan. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini. Takut dengan murka Allah سبحانه وتعالى, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Oleh kerana itu, Kita hendaklah menjaga pandangan kita. Firman Allah سبحانه وتعالى; "Tundukkanlah pandanganmu wahai kaum lelaki terhadap wanita itu, kerana sering berlaku "panahan syaitan" di matanya."
Guru mulia . Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
No comments:
Post a Comment