Pages

Sunday, 6 September 2015

Kekeliruan umat

"Dizaman kita sekarang ramai yang fikir logik, katanya mana boleh berdoa bertawassul perantaraan pada Nabi Muhammad ﷺ, orang-orang soleh, orang yang dimuliakan Allah, berdoa terus pada Allah سبحانه وتعالى. Ya betul dia cakap tu betul. Tapi adakah salah ? Ini soalan saya adakah salah?"

"Seperti mana salah tak kita pergi jumpa doktor untuk minta di rawat untuk berubat sedangkan Maha Penyembuh itu adalah Allah سبحانه وتعالى. Yang menyembuhkan itu Allah سبحانه وتعالى. Kenapa pergi dekat hospital? Kenapa pergi dekat Doktor? Pergilah pada Allah سبحانه وتعالى."

"Eh, kami berusaha. Sebab Allah سبحانه وتعالى suruh berusaha." Ya, kami pun berusaha. Kalaulah angkat tangan dihadapan kubur itu dianggap syirik, maka banyaklah orang syirik hari ini kerana mengangkat tangan dihadapan ka'bah. Banyak lah orang syirik kerana angkat tangan di depan kiblat."

"Katanya tidak, saya memohon kepada Allah سبحانه وتعالى. Ya kami juga memohon kepada Allah سبحانه وتعالى cuma dengan keberkatan daripada orang solihin, pada Nabi Muhammad saw. Akan tetapi kami minta pada Allah سبحانه وتعالى seperti mana di hadapan Ka'bah kerna tempat itu adalah tempat yang penuh dengan keberkatan."

"Seperti Nabi Muhammad ﷺ di arahkan berhenti di dalam peristiwa isra' di beberapa tempat yang Nabi Muhammad di suruh solat dan doa salah satu tempatnya ialah tempat lahirnya Nabi Isa عليه السلام. Di tempat yang lain adalah tempat Nabi Musa عليه السلام memohon bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Bermakna di atas muka bumi ini ada tempat-tempat yang mulia dengan adanya tempat itu akan mudahnya kabul permintaan atau hajatnya seseorang. Hakikatnya minta pada Allah سبحانه وتعالى tapi tempat itu tempat yang mustajab doa."

"Patut yang kita lihat pada iktikad nya bukan dari cara perbuatannya.
Kalaulah mencium kaki itu adalah tanda syirik, maka berapa banyak ibu dan ayah yang mencium kepada kaki anaknya, main-main kaki anaknya lepas tu cium. Gurau-gurau suami isteri cium kaki, Haa syirik syirik. Eh takda lah saya cium kerna saya sayang. Haa tau pulak."

"Oleh kerna bukan dengan perbuatan itu kita terus menghukum tetapi apa sebab dia buat. Walaupun kita kata kita bukan setuju dengan apa yang di buat atau menyokong apa yang dibuat, dan kita tak minta apa yang di buat akan tetapi boleh ke tidak kita terus menghukum dengan melihat orang itu berbuat dengan perkataan syirik ataupun kafir?"

"Perlunya kita memahami, kerna hari ini banyak tuduhan sewenang-wenangnya. Hari ini kita berhadapan dengan satu fenomena buruknya memahami kepada dalil, orang sebegini menyebabkan musibah kepada pengamal-pengamal orang-orang yang beramal."

"Dia sendiri tak pandai cakap pasal dalil tapi diri sendiri bercakap atas dalil, nas, Al-quran, hadis. Tetapi mereka sendiri tak faham maka rosaklah. Jahil memahami dalil. Ini yang di katakan berfatwa tanpa ilmu dan mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."

"Kita memang boleh berdakwah akan tetapi, bukan semua orang boleh berfatwa. Bukan pada ahlinya. Hari ini orang ramai banyak dikelirukan oleh sebab-sebab dakwaan yg kita mesti berpegang kepada Al-quran dan sunnah tanpa melihat sumber Al-quran dan Sunnah."

"Dan berkata Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad lazimkan kamu dengan Al-quran sentiasa dan mengikuti sunnah Nabi ﷺ tetapi ingat panduan kamu didalam mengambil Al-quran dan panduan kamu didalam mengikuti nabi ﷺ adalah dengan mengikuti Para Salafussoleh, Para Ulama dan Para Solihin dan baru kamu akan dpt panduan yg betul daripada Allah ﷻ."

"Dan inilah usaha mereka, pada hari ini yang ingin dilakukan. Ulama setelah mereka kaji iaitu golongan musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Nasrani dan musuh-musuh Islam dan pelbagai usaha yg ingin dilakukan untuk menjatuhkan Islam."

"Dan apabila ulama ini tidak dipegang lagi dan apabila Ulama ini dijatuhkan maka manusia akan salah mengambil Al-quran. Walaupun mereka mengambil Al-quran tetapi salah, dan salah memahami hadith walaupun mereka merujuk kepada hadith. Akan tetapi memahami hadith ikut nafsu mereka. Ikut ideologi mereka. Guna hadith untuk hentam orang lain."

"Dan salah satu daripada enam perkara yang menyebabkan Ummat itu menjadi hina apabila mereka itu menyalahkan Ulama walaupun Ulama itu ada kesalahan tetapi diperbesarkan dan menutupi kepada kebaikan-kebaikan yg mereka buat."

"Jika seseorang itu untuk berdakwah, tidak diwajibkan ilmu kepadanya. Siapa saja boleh memberikan dakwah. Akan tetapi, orang yang memberi fatwa wajib adalah seseorang yang berilmu, dan berkedudukannya dalam pengetahuan ilmu yang tinggi. Mestilah pada ahlinya."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

No comments:

Post a Comment