Pages

Wednesday, 30 September 2015

SANGKAAN ADA DIRI SENDIRI

Sangkaan ada diri sendiri dan ada selain dari Allah... Itulah tuhan selain dari Allah yang telah diadakan oleh sangkaan tadi...

Maksudnya berpunca dari sangkaan ada diri kita dan selain dari Allah (kita menyangka Ada yang ditunjukkan oleh Allah sebagai pengenalan kepada AdaNya, adalah sebagai ada kita dan ada selain dari Allah) adalah punca dari segala sifat keakuan diri sendiri iaitu dipanggil sebagai hawa nafsu..

Sangkaan ada diri sendiri yang hendak dimatikan, yang hendak dihapuskan, yang hendak dinafikan (iaitu menafikan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada diri yang disangka ada tadi)......

Sesungguhnya sangkaan ini timbul dari rasa dan perasaan yang sedang menyaksikan segala sifat yang wajib bagi Allah dan secara automatik mengakui segala sifat yang wajib bagi Allah tadi adalah sifat diri yang disangka ada tadi... Pengakuan segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat diri yang disangka ada tadi berlaku secara tidak disedari kerana penyaksian dan pengakuan kita kepada Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu disangka oleh rasa dan perasaan yang sedang dirasai sebagai ada kita sendiri...

Sebab segala sifat yang wajib bagi Allah semuanya bergantung kepada sifat ADA...

Jika ADA yang dirasai itu disangka sebagai ada diri sendiri, maka segala sifat yang wajib bagi Allah tadi secara automatik telah pun disangka sebagai sifat kepada yang disangka Ada tadi.....

Untuk itu apabila sedang merasai (atau sedang menyaksikan) sifat ADA, maka hendaklah menyangka dan mengakui bahawa ADA yang dirasai ADA itu adalah ADA ALLAH..  Sehingga hilang sangkaan ada diri kita ( kita tidak lagi merasai ada diri kita)...

CARA MENGADAKAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Bila ADA yang sedang dirasai itu disangka dan diAkui sebagai ADA ALLAH, maka segala sifat yang wajib bagi Allah yang sedang dirasai itu secara automatik telah kembali menjadi milik Allah...

Jika tidak mampu untuk mengadakan pengakuan yang sifat ADA yang sedang dirasai oleh rasa dan perasaan sekarang ini sebagai sifat ADA Allah, maka lakukanlah praktik dengan mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH" sehingga rasa dan perasaan  yang menyangka Ada diri sendiri itu hilang dengan sendiri,

Lakukan latihan seperti diatas sehingga tinggal didalam rasa dan perasaan itu, yang ADA hanya Allah (merasai ADA ALLAH, tidak lagi rasa ada diri sendiri dan selain dari Allah)....

BERPERANGLAH DENGAN SANGKAAN SENDIRI

Ustaz Iqbal Zain

No comments:

Post a Comment