Fitnah Golongan Jahil;
"Di akhir zaman ini, Hati-hati dengan orang-orang yang boleh mendatangkan perasaan was-was pada diri kita. Terutama sekali daripada apa yang kita lihat berlaku di media sosial. Sekarang ini, yang menyatakan pelbagai tohmahan, andaian, hujjah dan sebagainya akhirnya akan mengakibatkan hati kita dan amal kita turut berpenyakit seperti mereka."
"Cara yang paling baik adalah dengan kita sentiasa menjaga adab dan akhlak kita dengan tidak melawan kembali dengan mereka. Kita melawan balik menghentam sana sini dengan komen dan bahasa yang maaf cakap kurang sopan. Apatah lagi memerlu dan menghina mereka kerana itu menunjukkan kita tiada beza sahaja dengan mereka."
"Sebaliknya kita semakin bersemangat untuk menuntut ilmu melakukan amal soleh untuk mendekatkan hubungan kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Bukannya merosakkan amal kita dengan apa yang sedang berlaku."
"Dalam hal-hal yang hari ini cuba ditimbulkan kembali sedangkan ianya dah selesai dah semuanya sejak daripada Para Salafussoleh dahulu. Selesai dah semua masalah dahulu apa-apa perbincangan dah selesai. Akan tetapi hari ini dinaikkan semula kerana tahu pada zaman sekarang ini, orang orang yang malas dan jahil."
"Maka mereka mengunakan kejahilan mereka dan Kemalasan orang-orang ini untuk memburuk-burukkan dan juga menghalang, membangkang ataupun mematikan sama sekali daripada kebaikan-kebaikan,gerakan-gerakan untuk membawa kepada kebaikan."
"Kita kena berhati-hati betul khususnya pada zaman ini. Yang akhirnya, akibatnya pergi kepada apa? Peperangan dan permusuhan. Sebab apa? Selalunya disifatkan kepada orang-orang yang dilabelkan dengan label-label sepeerti kafir, syirik, murtad dan sebagainya maka ia akan pergi kepada halalnya darah mereka dan boleh dibunuh.
Berlakunya peperangan yang asalnya adalah disebabkan oleh perselisihan yang digempar-gempurkan."
"Berhati-hatilah. Bentengkan diri kita dengan kita sentiasa istiqamah menuntut ilmu kerana dengan Ilmu maka kita dapat membezakan yang mana yang Haq dan yang mana yang Batil. Dengan Ilmu juga dapat mengeluarkan seseorang itu daripada kejahilan dan kegelapan kepada Cahaya yang akhirnya akan menyelamatkan diri kita sendiri khusus dengan fitnah-fitnah yang sedang berlaku di zaman kita sekarang."
-Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.
KREDIT-Fb Page Raudhatul Muhibbin
No comments:
Post a Comment