Apabila kita memandang setiap ujian yang dilalui itu 'besar' bebanannnya, maka semakin beratlah tanggungannya, sebaliknya jika kita memandang setiap ujian itu merupakan kasih sayang Allah terhadap hambaNya, maka kita kan merasa tenang dan lapang dengan ujian itu, sehinggakan kesukaran bagi syaitan mengganggu kehidupan ini. jadilah mukmin yang sentiasa tenang dan lapang..agar kita disirami renjisan rahmatNya...
Saat di kau di beri nikmat, aturkan dibibir rasa syukur kepada pemberi, dialah Allah!, usah terleka dengan hilai tawa yang panjang, kan mengejutkan lena panjang kehidupan, tetiba berdiri dari penghujung langit menjunam ke bumi, malaikat maut sedang bersedia merentap hilai panjang kalian, nafas mula tercungap cungap, mencari setitik lagi nafas kehidupan agar ia panjang!!! jangan lena teman teman!! dengan dunia yang penuh penipuan!! kita bakal di pacak batu nesan di hujung kaki dan di atas kepala bersendirian di alam kebingungan dan kesengsaraan.. itu pun jika tiada persiapan,,..
Hidup ini hanyalah untuk Allah. Tak kira apa yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Sama ada dalam kekeluargaan, ekonomi, kerja, berkawan dan apa sahaja. Bila kita letakkan urusan kita kerana Allah. Ia akan menjadi ibadah. Makan jadi ibadah, kerja jadi ibadah, tidur jadi ibadah hatta buang air kecil pun ibadah.
Apa yang kita ingin lakukan, jadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.
Moga-moga semua amalan kita menjadi ibadah dari awal bangun tidur hingga ke tidur.
Sesiapa yang sibuk membaiki amalan zahirnya, maka Allah jua pasti menolong untuk membaiki hatinya, sesiapa yang ter uji melakukan kesilapan dalam hidupnya, bersegeralah untuk bertaubat dan kembali kepada Allah sebelum Allah menzahirkan kesilapan dalam hatinya. Sesungguhnya keburukan yang tersembunyi itu bagai biji benih yang jika tidak di matikan di awal pasti akan tumbuh dan terzahir jua.
Antara dosa terbesar dilakukan ummat ini ialah syirik kepada Allah. Tatakala mencampur aduk keyakinan kita terhadap Islam dan segala fahaman dan Isme yang lain, itulah kesyirikan yang terjadi dikalangan kita. Bersihkan diri dan keluarga dari fahaman Nasionalis, sekularis, liberalis, sosialis dan segala fahaman karut yang di reka oleh manusia!!! hanya meletakkan keyakinan diri dan keluarga kepada. ISLAM sebagai dinulhayah ..ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Al Quran usah ditinggalkan.. ia bermanfaat dalam kehidupan sekarang dan mendatang, ia membezakan antara kita sesama insan, antara yang membaca dan mengamalkan dan yang hanya memandang al quran dari kejauhan.. hatinya jauh dari rasa berhamba kepada Allah yang menjaga sekelian alam..
Apabila kita membawa dakwah agama ini, kita akan berhadapan musuh yang membenci kita tersusun rapi menyerang di segenap penjuru, mereka terdiri dari
1) Orang kafir yang yang membenci agama ini.
2) Si munafik yang yang berusaha menghancur reputasi diri dan keluarga
3) Sahabat dan teman yang menghidupkan perasaan dengki sesama sendiri
4) Syaitan yang menghasut di setiap penjuru
5) Hawa nafsu yang menggoda supaya menambahkan kecintaan keduniaan ini
Demikianlah jalan agama ini.. bersyukurlah agar terjauh dari keegoan diri dan terjauh dari sifat dan kelompok yang terkeji itu..
Telah datang Jibril kepadaku katanya :
Wahai Muhammad, hiduplah semahumu, kerana suatu masa nanti kamu jua akan mati,
Cintailah sesiapa sahaja yang ingin di cintai, kerana suatu hari nanti pasti engkau akan berpisah dengannya,
Berbuatlah sebanyak mungkin amalan yang mampu dilakukan, kerana semua itu pasti akan di balas setiap amalan itu,
Hendaklah kamu ketahui, sesungguhnya kemuliaan mukmin itu dengan qiamnya di malam hari,
dan ketinggiannya (darjatnya disisi Allah) merasa cukup (tidak tamak) dari apa yang di miliki dari manusia itu..
Penataan cahaya yang indah, saat menjelang maghrib oleh Allah yang maha besar. Mata tidak terkelip melihat gumpalan awan yang tersusun, hanya dialah Allah yang mencipta dan menyusun setiap gumpalan awan dan titisan air yang merenjis bumi itu..... perhatikanlah ayat ini...
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira.
Melalui perjalanan hidup dengan penuh ketabahan dan keyakinan, menambahkan lagi ketaatan, usahlah berpaling dengan ujian hidup yang sementara, menyakini masa depan yang bercahaya dengan Islam.. Duhai insan, kita adalah hamba, sabarlah menghadapi karenah dunia, di sana Syurga yang tersedia..
Untuk mengenali ujian dan fitnah di hujung zaman dan di hujung usia, kita perlukan keikhlasan. Ikhlas dalam pegangan serta keyakinan, ikhlas dalam ibadah, ikhlas ketika bertingkah laku sesama insan, tanpa keikhlasan kitakan buta menghadapi ujian dan kerenah kehidupan di hujung zaman!!..
Bersahabatlah kerana Allah, itulah simbol keikhlasan sepanjang kehidupan, tika itu ikatan di rapatkan oleh jalinan hati yang kuat, para malaikat akan mengukuhkan persaudaraan itu, teman teman yang soleh itu akan saling ajak mengajak ke arah kebaikan, tiada rasa cemburu dan dengki, kerana kita semua hamba di sisiNya.. moga kita istiqamah mengikut Al Quran dan Hadis suatu masa nanti..
Harta tidaklah membahagiakan jika kita terlalu asyik bertelagah kerananya, tidaklah pelik pula bila pandainya kita pandai memanfaatkan harta membawa kita ke syurga pula..kebijaksanaan kita menyusun dari Al Quran bakal menguntungkan kita..
Sentiasalah 'berbicara' dengan Allah, dalam sujudmu, dalam doamu, dalam solatmu, dalam munajatmu dalam apa jua perjalanan hidup ini.. kerana dialah sebaik baik pergantungan!!.. Ya Allah, bantulah hambamu ini...
Didiklah hati kita menjadi menjadi manusia yang rapat kepada Allah. Berlatih menjadi penyabar dan penenang, jauhilah diri menjadi pemarah dan penyombong.. sabarlah dengan kerenah hati, agar hati kita sentiasa subur dengan keimanan kepadaNya..
No comments:
Post a Comment