Setiap lepas solat anda jangan lupa mendoakan anak-anak anda supaya mereka menjadi anak-anak yg soleh dan solehah dan berbahagian dunia dan akhirat
Selain daripada itu doa anda di perlukan untuk anak-anak anda iaitu setiap kali melihat wajah anak anda dari dia bayi hingga dia bersekolah.perlulah anda mendoakannya.
1. Ketika melihat dia sedang bermain-main, anda perlu berdoa "Ya Allah baguskanlah nasibnya".
2. Ketika melihat dia sedang menyiapkan kerja-kerja sekolah, anda perlu berdoa "Ya Allah bahagiakan hidupnya dunia akhirat".
3. Ketika anda melihat anak anda sedang makan, ada patut berdoa "Ya Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuknya yang berkat dan yang membawa kebaikan".
4. Ketika anda melihat anak anda sedang tidur, saya berdoa "Ya Allah pandanglah dia dengan pandangan kasih sayang-MU".
5. Setiap kali anda lihat anak anda dalam apa keadaan sekali pun, anda perlu doakan mereka.
Doa apa saja yang terlintas difikiran anda, kerana anda perlu yakin bahawa sekarang, esok atau lusa, pasti ada diantara doa-doa tersebut yang dimakbulkan oleh Allah SWT kerana doa ibu bapa kepada anak-anaknya mustajab di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment