Orang yang selalu merendahkan dirinya, maka ia akan merasakan kedamaian dan ketenangan dalam hatinya. Karena dia tidak perlu menyombongkan dirinya dihadapan orang lain dan tidak akan merasa iri ketika ada orang lain yang lebih tinggi dan lebih hebat darinya.
Lalai merupakan penyakit berbahaya bila seseorang telah terjangkit dan penyakit tersebut telah merebak didalam dirinya.
Maka ia tidak akan menyibukkan diri dengan ketaatan kepada Allah, berdzikir mengingat-Nya, dan beribadah kepada-Nya, akan tetapi menyibukkan diri dengan berbagai perkara yang sia-sia dan jauh dari dzikir mengingat Allah.
Terkadang ada orang yang memiliki badan sehat namun tidak memiliki waktu luang disebabkan oleh pekerjaannya. Terkadang juga ada orang yang kaya tetapi dia sakit.
Jika ada orang yang memiliki kedua hal tersebut, lalu dia malas untuk berbuat taat, maka dialah orang yang merugikan dirinya sendiri.
Kehidupan dalam zaman yang serba mencabar menuntut manusia untuk sentiasa berdaya saing, kedepan, sering menggoda jiwa dan fikiran kita supaya sentiasa mahu merasa lebih atau setidak-tidaknya setanding dengan orang di sekeliling. Kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita ada kerana jiwa dan fikiran kita sentiasa melihat kelebihan orang lain. Orang lain itu begini, untungnya dia. Orang lain itu begitu, untunglah dia. Kita tidak lagi berminat untuk menjadi diri sendiri. Sebaliknya, sentiasa mengikut arus perdana orang lain. Perasaan serba kekurangan pada diri menyebabkan jiwa tidak damai dan tenang. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang dimiliki.
Mohon lah hidayah dan taufiq dari Allah.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana membuatnya beramal?” beliau menjawab: “Allah akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal shalih sebelum dia meninggal.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment