Wahai anakku yang tercinta ,
Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala .
Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah taala mahu menunjukkan keadaannya ini kepada para malaikat, maka Allah taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa :
Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.
Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal ini kepadanya lalu ia berkata :
Itu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang mesti saya lakukan. Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata :
Wahai tuhanku sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya. Lalu Allah berfirman :
"Apabila hambaku itu tidak berpaling daripada beribadat kepadaku , maka Aku membalasnya dengan kemurahanku , Aku juga tidak akan berpaling daripadanya . Wahai para malaikatku bersaksilah kamu semua bahawa aku telah mengampuni akan segala dosanya.
Dan telah bersabda Rasulullah ,
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.
Dan berkata Saidina Ali ,
Siapa yang menyangka bahawa usaha ia akan dapat masuk kedalam surga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala.
Dan berkata Hassan Al-Basri r.a.
Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.
Dan beliau berkata lagi,
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan .
Dan bersabda Rasulullah s.a.w :
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.
#AYYUHAL_WALAD
No comments:
Post a Comment