Pages

Sunday, 27 September 2015

Mencintai Ulama

"Duduklah kamu didalam majlis yang baik-baik di mana di dalamnya kita boleh melihat dan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh. Para ulama mengatakanpandangan mata orang-orang soleh apabila dia memandang kita ia akan menjadi suatu kesan yang positif di dalam diri kita sehingga yang jahat akan berubah menjadi yang baik."

"Daripada yang buruk akan berubah menjadi cantik dan orang yang jahil akan bertambah ilmunya. Mereka yang duduk di dalam majlis ilmu itu sudah dikategorikan sebagai halaqah ilmu dan ia juga termasuk dalam erti kata lain halaqah zikir iaitu halaqah yang mengingati Allah سبحانه وتعالى. Belajar ilmu dengan orang alim, ulama."

"Menuntut ilmu itu adalah satu cara untuk mengingati Allah bahkan ianya merupakan cara yang mana seseorang itu lebih kenal kepada Allah, lebih kenal kepada hukum hakam dan syariat Allah سبحانه وتعالى. Di dalam majlis ilmu seseorang itu dapat mengetahui bagaimana perjalanan hidupnya sebagai seorang mukmin dalam perjalanan kehidupannya menuju kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Di akhir zaman ini, ada satu kelompok kecil yang timbul. Kelompok kecil yang menyesatkan amalan orang islam. Mengkafirkan orang islam. Mensyirikkan orang islam. Mereka merasakan merekalah yang paling betul, merekalah yang paling sahih. Mereka mengambil ilmu itu tanpa bersanad. Maka kefahaman yang diterima itu adalah salah."

"Natijahnya, yang mengikut ulama imam besar mazhab adalah salah. Majoriti ummat empat mazhab ahlul sunnah wal jamaah tidak betul. Bahkan menyesatkan. Mereka sahaja yang sahih. Ulama dahulu tidak betul. Kerana tidak sependapat dengan mereka, tidak sealiran dengan mereka, yang lain semuanya salah."

"Kenapa ikut ulama? Kenapa tak ikut Al-Quran dan Hadith. Mereka menyesatkan ulama. Terutamanya ulama-ulama yang beraliran daripada tasawuf. Ulama-ulama sufi semuanya sesat. Inilah akhir zaman. Walhal, jika kita memahami mengkaji sejarah islam. Kita akan tahu bahawa agama islam yang sampai ke nusantara ini adalah berkat usaha daripada ulama-ulama sufi, ulama-ulama tasawuf."

"Tidak ada negara dalam dunia ini yang didatangi agama islam itu yang pada mula-mula membawa islam kedalam sesuatu negara itu kalau bukan ulama-ulama sufi. Jika kita buka lembaran sejarah, kita dapati tidak ada negara yang dibawa agama ini kedalamnya kalau bukan ulama-ulama sufi. Sewenang-wenangnya menghukum sesat."

"Kalau bukan ulama-ulama sufi ulama tasawuf ini yang membawa islam siapa lagi. Buka sejarah. Diturki itu, siapa yang membuka turki. Siapa Sultan Muhammad Al-Fateh? Siapa Sultan Salahuddin Al-Ayyubi? Siapa Sheikh Muhammad bin Qassim?"

"Siapa Sheikh Abdul Aziz yang membawa agama ini ke melaka. Siapa Sheikh Muhammad Al-Baghdadi yang membawa agama ini ke kedah dan terengganu. Bukankah mereka ulama-ulama sufi, ulama-ulama tasawuf,"

"Kaji sejarah. Sejarah kedatangan islam. Kita buka lembaran sejarah nusantara, india, samarkand, morocco, afrika. Dari jeddah, hadramaut ke india. Kemudian ke passai ke china ke nusantara. Islam telah sampai ke nusantara sudah lama. Kalau bukan kerana ulama sufi. Fakta sejarah telah digelapkan oleh golongan orientalis yang tidak mahu agama ini yakni agama islam bangkit."

"Agama islam telah masuk ke nusantara sejak zaman dulu lagi. Buktinya ada makam sahabat di sumatera. Ada makam sahabat di china. Buktinya ada. Apabila kita memahami sejarah barulah kita faham yang islam telah sampai ke nusantara sejak sekian lama."

"Kalau bukan usaha dakwah ulama-ulama sufi, ulama tasawuf, yang membawa agama ini diseluruh dunia siapa lagi. Ulama adalah cahaya yang menerangi alam ini. Moga-moga kita dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى sifat kasih sayang dan cinta kepada ulama dan orang-orang soleh."

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment