Dengan akal kurniaan Allah s.w.t. manusia cuba mengkaji alam ini,kedudukan dan matlamatnya.Tetapi dengan akal sahaja manusia tidak akan mampu mengatasi kelemahan yang sedia ada pada dirinya.Akal tidak mampu memahami sesuatu yang diluar batas kemampuannya tanpa petunjuk daripada Allah s.w.t. Kita melihat betapa mereka yang bernama ahli-ahli falsafah ketuhanan yang kononnya dengan membelakangkan Wahyu Ilahi,telah meletakkan manusia yang mulia kejadiannya mengabdikan diri kepada sesama manusia,kebendaan,haiwan,kayu,batu dan perkara-perkara ghaib yang diada-adakan.
Dengan akal sahaja tidak cukup bagi manusia untuk membezakan baik dan buruk menurut fitrah Insaniyyah yang sebenarnya. Di samping itu terdapat perkara-perkara ghaib yang hanya dapat diketahuimelalui Wahi dan Syara' seperti beriman kepada Allah s.w.t dan sifat-sifat Nya yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna,beriman kepada Malaikat, Hari Qiamat, Kebangkitan dan lain-lain
Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Adil lagi Mha Bijaksana, dimana manusia yang ditugaskan menjadi khalifah dengan segala kelatakan yang ada pada mereka tidak dibiarkan begitu sahaja. Adanya manusia itu penting u7ntuk memikiul amanah di muka yang menjadi tanda kebesaran Allah s.w.t. Manusia perlu dibimbing samada bagi dirinya yang peranannya sangat besar itu. Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan manusia dan bumi tempat kediamannya, juga pencipta segala bahan-bahan alam yang mempunyai hubungan dengan manusia itu tidak membiarkan manusia dengan begitu sahaja. Di antara Keadilan Allah s.w.t. yang Mha Tinggi terhadap manusia yang memikul amanah didunia ini dan bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya,maka diturunkan ajaran yang mengatur seluruh fitrah mereka yang meliputi rohani,jasmani,individu,masyarakat ,moral dan material.Juga dijelaskan perbezaan antara petunjuk dengan kesesatan, hak dan bathil yang memberi manfaat dan mudharat dan seterusnya natijah dari apa yang dilakukan oleh mereka samada ke syurga atau ke neraka. Ajaran yang dipanggil Islam, penyuluh bagi manusia mengenal Tuhan pencipta alam termasuk juga manusia,agar kepada-Nya sahaja diabdikan diri dan petunjuk-Nya sahaja yang membawa kebahagian di awal dan di akhir.
Allah s.w.t melahirkan para Anbiya' untuk mengajak manusia dan juga memimpin mereka . Islam dibawa oeh Rasul-rasul untum menyelamatkan manusia agar tidak terpesong dari jalan-Nya yang sebenar.
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:213)
Ayat tersebut menyatakan bahawa manusia itu pada asalnya mengikut petunjuk ( agama sebenar ) ,kemudian mereka bertelingkah lalu melakukan kejahatan dibumi dengan menentang jalan yang sebenar kerana ada antara mereka mencipta jalan sendiri. Oleh kerana kekufuran dan tipu daya syaitan menyebabkan mereka lupa atau sengaja melupakan jalan Allah s.w.t ,lalu Allah melahirkan para Anbiya' untuk mengembalikan mereka kejalan yang sebenar-benarnya disamping memberi gambaran gembira dan peringatan.
Menurut riwayat Ibn Abbas r.a jarak manusia diantara Nabi Adam a.s dengan Nabi Nuh a.s ialah sepuluh kurun. Dalam masa itu manusia masih berada dijalan yang benar ,sehinggalah berlaku penyelewengan lalu Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Nuh a.s dan diikuti selepasnya dengan Rasul-rasul yang silih berganti dengan syariat Allah s.w.t. menurut keperluan umat dan masa.
Sehinggalah dibangkitkan Nabi kita, Muhammad s.a.w untuk seluruh pelosok dunia dan setiap masa sebagai Nabi penyudah ketika suasana benar-benar memerlukan Rasulullah s.a.w yang menghadapi dunia akhir zaman .
sumber : Aqidah Muslimin ( Hj Abd. Hadi Awang )
No comments:
Post a Comment