SOALAN RASULULLAH SAW ( 2 ).
" Hai Iblis ! Mengapakah engkau suka bersusah susah dan berpenat penat pada pekerjaan yang tiada memberi faedah pada dirimu bahkan menambahkan laknat atas dirimu yang akan menimpa atasmu sebesar besar siksa didalam neraka yang terkebawah sekali ? "
" Hai Iblis , Siapakah yang menghidupkan engkau ? Siapakah yang menjadikan engkau ? Siapakah yang melanjutkan umur engkau ? Siapakah menerangkan mata engkau ? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau ? Siapa yang memberi kuat anggota engkau ?."
Maka sembah Iblis : " Adalah sekalian itu anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar jua. Akan tetapi hawa nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar besar kejahatan kerana tuanhamba terlebih tahu bahawa hamba ini telah beribu ribu tahun menjadi ketua segala Mlaikat berbuat sujud kepada Tuhan didalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit kepada satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam didalam dunia ini berbuat ibadat bersama sekalian Malaikat berkhidmat kepada Tuhan beberapa lamanya. Maka tiba tiba datang firman Allah SWT kepada hamba sekalian hendak menjadikan seorang khalifah ( raja ) didalam dunia ini,maka hamba pun membantah tiada suka berkhalifah atau beraja.
Kemudian Tuhan menjadikan seorang lelaki ( Nabi Adam alaihis salam ) maka dititah hamba sekalian Malaikat memberi hormat kepada Adam itu, hanya hamba seorang sahaja yang tiada hendak sujud kepadanya dan hamba ingkar akan hukum-Nya ( Allah ), maka hamba pun kena murka Tuhan lalu dihalaunya serta dilaknat hamba hinggalah Hari Kiamat. Maka wajah hamba yang bercahaya dan molek itu telah terhapus dan menjadi hodoh dan keji,maka sakitlah hati hamba dan sentiasa hamba menaruh dendam kepadanya.
Kemudian Adam pun diangkat oleh Tuhan dijadikannya raja didalam syurga serta dikurniakan seorang isteri ( Siti Hawa ) dan dijadikannya permaisuri yang memrintah sekalian bidadari ,maka sentiasalah ia didalam kesukaan dan kesenangan. Hamba pun bertambah tambah hasad dengki kepada keduanya dan menaruh khianat kepadanya. Akhirnya dapat juga hamba tipu kepadanya melalui Siti Hawa yang memberi nasihat ia ( Adam ) supaya memakan buah khuldi larangan Tuhan.Maka daripada perempuan ( Hawa ) itulah Adam termakan buah larangan itu lalu kena halau keduanya dari syurga turun kedunia bercerai keduan suami isteri itu beberapa lamanya kemudian dipertemukan oleh Tuhan dengan selamatnya hingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil hingga mati. Itupun tidak juga hamba berpuas hati hingga hamba lakukan berbagai tipu daya di atas sekaliann anak cucunya hingga hari Kiamat, ( tetapi ) tuanhamba telah membatalka dan menghalang sekalian pekerjaan hamba kerana tuan hamba ,menarik mereka itu supaya berpeluk kepada agama islam.
Ada pun sebelum tuan hamba zahir kedunia ini dapatlah hamba sera sekalian bala tentera hamba naik ke langit dengan mudahnya mencuri segala rahsia dan tulisan tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat yang akan mendapat balasa pahala dan syurga, demikian jua mereka yang ibadat waktu jauh malam mendapat setinggi tinggi pahala. Apakala hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada sekalian mereka itu dengan bersalahan daripada asalnya dengan berbagai bagai tipu daya hingga tersesat mereka itu dengan memegang kitab kitab yang bidaah dan karut karut, tetapi tuanhamba zahir ke alam dunia ini,maka tiadalah dibenarkan oleh Allah akan hamba ini naik ke langit lagi dan tiadalah hamba mendapat apa apa rahsia umat tuanhamba kera banyak Malaikat menjaga di pintu tiap tiap lapisan langit itu dan jika hamba berkeras juga naik ke langit maka dipanah oleh Malaikat itu dengan anak panah daripada api yang menyala nyala. Maka beberapa banyak bala tentera hamba daripada jin syaitan yang telah kena lontaran Malaikat itu lalu terbakar sekalian badannya menjadi abu.
Maka besarlah kesusahan hamba dan bala tentera hamba menjalankan hasutan,tambahan pula beberapa tuanhamba mengeluarkan mukjizat yang besar besar di hadapan sekalian raja raja dan dihadapan mata khalayak ramai."
bersambung.....
8/12/11
No comments:
Post a Comment