Pages

Tuesday, 20 December 2011

IMAN DAN TAUHID

Zaman pemujaan patung dan berhala,menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak penjelasan untuk memahaminya. Begitu juga tentang Mu'tazilah, Jabariah,Qadariah dan sebagainya sudah cukup untuk dimengertikan. Tetapi ideologi ideologi moden,teori teori moden dan falsafah falsafahnya yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru ( berhala ) , mengubah semah dengan nama pesta pesta, sesungguhnya mengelirukan banyak orang yang mengaku islam. Tanpa disedari atau memang disedari telah bertindak keperingkat melampaui batas batas iman dan tauhid dan terpelanting ke dalam batas batas kufur,syirik dan nifaq.

Apabila segala galanya berpunca dari iman,yang disebut juga aqidah,bahkan menjadi asanya,fahamlah kita betapa perlu iman dan aqidah itu didalam mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Ianya bermula dengan batas batas iman dan kufur,untuk difahami secara ringkas tentang takrif dan huraiannya sebagai ilmu dan amalan,agar tidak melampaui batas batas iman dan islam.

Semoga kita tidak termasuk dikalangan orang orang yang menyesal pada hari kemudian. Amal yang dibina atas iman sahaja menjadi pembela sebenar dihadapan qadhi Rabbul Jalil.
sumber : Muqaddimah Aqidah Muslimin ( Hj Abd Hadi Awang )

No comments:

Post a Comment