ASAL USUL
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:
"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".
Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.
Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.

Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pengertian Cekak Petikan daripada artikel yang bertajuk 'Cekak'
Suara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975

Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-nama yang lain?
Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?
Perkataan Lama. Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.
Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri.
Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:
"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."
Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.
Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:
"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.
Secekak. Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.
Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.
Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu.
Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-pengamalnya.
Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat pelajarannya.

Pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia Pelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistem
yang unik berbanding dengan seni beladiri yang lain
Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:
a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda). b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan. c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi. Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah:
d. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:
PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI e. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat. f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap. g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau. h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya. |
Senjata Rasmi Seni Silat Cekak Malaysia
Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Kesebatian parang lading dengan negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi di negeri lain jarang kedapatan. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekak ini berasal dari Kedah.
Kita berkeyakinan demikian kerana sebenarnya parang lading adalah senjata rasmi silat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Parang lading adalah senjata yang tunggal di dalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup. Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluh peratus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri. Seratus Peratus Senjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus. Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Ini merupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima-panglima. Ada Perbezaan Satu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata di antara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmi silat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaan yang mustahak sekali diterangkan. Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidak dengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya. Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai dengan mempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikut ukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan parang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu. Peringatan Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api. Memandangkan kepada keistimewaan parang lading sebagai satu pusaka Melayu yang begitu asli dan bererti, maka persatuan kita telah cuba mengenengahkannya kepada umum serta disimpan sebagai satu bahan sejarah. |
Salasilah Guru Silat Cekak
Guru-guru Silat Cekak
Guru-guru Silat Cekak
Panglima Ismail | Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. | |
Panglima Tok Rashid | Panglima Kanan Negeri Kedah telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. | |
Yahya Said (Pemegang Amanah) | Menerima Silat Cekak dari Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965. | |
Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad | Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. | |
Tuan Haji Ishak bin Itam SUMBER : http://www.silatcekak.org.my/ | Guru Utama & Presiden PSSCM mulai dari 21 September 1986 ~ |
No comments:
Post a Comment