Pages

Friday, 16 October 2015

Asal usul wali 9 IV

Al kisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah pulau hampir negeri Minangkabau. Adapun akan namanya pulau itu Pagi namanya maka terlalu amat elok warnanya pulau itu berapa laksa daripada pohon kelapa dan berapa puluh daripada tanam tanaman yang lainnya dan empat ribu banyak manusia di dalam pulau itu. Maka terlalu amat permainya pulau itu seperti dapat di tuliskan di dalam kertas rupanya maka warnanya manusia yang di dalam pulau itu terlalu amat baik parasnya seorang demi seorang pun demikian juga.

Adapun nama rajanya itu Turangga namanya maka kepada suatu hari Turangga itu duduk di hadap oleh anak isterinya maka ia berfikir di dalam hatinya demikian fikirnya “Jikalau aku ini mati di dalam pulau ini nescaya rosaklah sekelian anak cucuku dan jikalau demikian baiklah aku mencari tempat yang baik dan yang luas”. Setelah sudah ia berfikir demikian itu maka Turangga pun pergilah masuk ke dalam hutan mencari kayu yang besar akan di perbuat perahu pilang serta di iringkan oleh sekelian rakyatnya.

Maka berapa hari lamanya ia di dalam hutan maka bertemulah dengan sepohon kayu ketapang terlalu amat besarnya kemudian maka Turangga pun menyuruh kepada sekelian rakyatnya menebang kayu ketapang itu daripada pagi2 hari sampai masuk matahari sekelian rakyat yang beribu2 itu menebang pohon kayu itu tiada roboh. Maka kepada malam harinya kayu ketapang bekas tebangan orang itupun bertaup pula kemudian maka kepada pagi harinya di lihat oleh Turangga bekas tebangan itu bertaup pula maka Turangga pun terlalu amat hairan melihat kelakuan kayu itu.

Kemudian maka Turangga pun menyuruh menebang pula kepada sekelian rakyat maka sekelian rakyat pun menebang pohon ketapang itu kepada siang harinya maka kepada malamnya pun ia bertaup pula dan jikalau ia di tebang kepada malamnya maka kepada hampir siang hatinya ia bertaup pula. Maka Turangga pun terlalu amat hairan melihat hal yang demikian itu istimewa segala rakyat sekelian maka Turangga pun berbicaralah dengan segala rakyat sekelian. Setelah sudah ia berbicara maka Turangga pun kembalilah dengan segala rakyat sekelian.

Setelah Turangga itu sampai ke rumah maka Turangga pun duduk diam di dalam masygulnya maka berapa bulan lamanya ia diam maka kepada suatu malam Turangga itu tidur dengan masygulnya. Maka Turangga pun bermimpi demikian mimpinya datang seorang2 tua kepada Turangga katanya “Hai Turangga jikalau engkau hendak menebang pohon kayu ketapang itu agar supaya jangan ia bertaup pula tebangannya itu. Maka hendaklah engkau himpunkan sekelian sanak saudaramu dan sekelian rakyatmu maka hendaklah sekelian rakyatmu itu taruh di bawah condongnya kayu itu. Adapun akan sekelian sanak saudaramu itu taruh di atas condongnya kayu itu”.

Setelah sudah Turangga terkejut daripada tidurnya maka keesokkan harinya maka Turangga pun mengimpunkan sekelian sanak saudaranya sekelian istimewa sekelian rakyat maka Turangga pun masuklah ke hutan mendapatkan pohon kayu ketapang itu. Setelah sampai ia kepada pohon kayu ketapang itu maka Turangga pun mengatur sekelian sanak saudaranya dari atas condong kayu itu. Adapun akan segala rakyat sekelian itu betul di bawah condong kayu itu di taruhnya oleh Turangga itu kemudian maka Turangga pun menebang pohon kayu ketapang itu daripada pagi2 hari segala rakyat itu menebang pohon kayu ketapang itu.

Sampai kepada dua hari dua malam maka dengan tempik soraknya serta dengan makan makanan yang nikmat itu kemudian sampai kepada tiga harinya Turangga itu menebang kayu ketapang maka pohon ketapang pun rebahlah. Adapun rebahnya pohon ketapang itu rebah berbalik tiada mahu rebah kepada betul condongnya maka sekelian sanak saudara Turangga itu melihat pohon kayu ketapang itu rebah menimpa dirinya. Maka sekelian pun larilah maka yang tiada sempat lari itu di timpalah oleh pohon ketapang itu. Adapun yang lari merangkak itulah yang menjadi di aruk kemudian maka Turangga pun menangis melihat kelakuan sanak saudaranya banyak mati di timpa oleh kayu itu kerana fikir Turangga bahawa sekali2 tiada patut kepada akal lamun kayu itu rebah berbalik.

Kemudian maka sekelian sanak saudara Turangga pun syaklah hatinya kepada Turangga kerana seperti di perdayakan oleh Turangga akan dia sekelian itu. Setelah sudah pohon ketapang itu roboh maka Turangga pun menyuruh membuat perahu pilang pada sekelian rakyat maka sekelian rakyat pun berbuat perahu pilang. Adapun yang di perbuat pilang itu ialah kayu ketapang yang di tebang bertaup pula itu. Adapun akan timbunan kerut beliung yang putus2 itu setinggi berdiri tambunannya maka sampailah tiga bulan lamanya ia berbuat pilang itu maka pilang itupun sudahlah. Kemudian maka Turangga pun menyuruh menurunkan pilang ke laut maka sekelian rakyat pun menyorong pilang itu ke laut maka pilang pun mengambanglah di laut.

Setelah sudah pilang itu mengambang ke laut maka Turangga pun mengimpunkan sekelian sanak saudaranya. Setelah sudah berhimpun maka Turangga pun berkata kepada sekelian sanak saudaranya “Siapa kamu hendak mengikut aku maka hendaklah engkau berlangkap kepada sepuluh hari bulan timbul ini aku hendak berpindah dari pulau ini” maka sekelian sanak saudara Turangga pun berlengkaplah. Adapun akan segala anak saudara Turangga yang tiga puluh buah rumah itu tiadalah ia mahu pergi bersama2 dengan Turangga kerana ia sakit hatinya daripada sangat sakit hatinya sanak saudara Turangga daripada banyak matinya di timpa kayu itu.

Kemudian maka sampailah kepada sepuluh hari bulan maka Turangga pun bermuatlah sekelian perkakas yang ringan2 dengan sekelian sanak saudaranya yang mengikutkan dia. Setelah datanglah kepada hari yang baik maka Turangga pun berlayarlah. Adapun akan layarnya pilang kenaikan Turangga itu laqo yang merah maka berlayarlah Turangga itu di dalam laut maka berapa Turangga itu melhat kekayaan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Maka sampailah tiga bulan lamanya pilang itu berlayar di dalam laut maka sampailah ia ke pulau Mangkasar. Adapun pelayaran perahu yang kebanyakan itu sepuluh hari lamanya maka di layari oleh pilang itu dengan sehari juga.

Setelah Turangga melihat pulau terlalu amat besar serta dengan elok rupanya maka kata Turangga kepada sekelian sanak saudaranya katanya “Hai sanak saudaraku lihat apalah olehmu pulau ini kalau2 ada negeri di dalamnya”. Maka sekelian sanak saudaranya pun pergilah melihat pulau itu maka di lihatnya ada negeri di dalamnya. Maka sekelian sanak saudaranya pun berkata kepada Turangga katanya “Ya tuanku jikalau patut kepada tuanku di sinilah kita berhenti dahulu kerana kekurangan air” kemudian maka Turangga pun menyuruh menepikan pilang itu ke darat.

Setelah sampailah pilang itu ke darat maka di lihatnya oleh Turangga banyak pohon kelapa di darat maka Turangga pun berkenan hatinya melihat negeri itu. Maka Turangga pun naiklah ke darat membuat pondok dengan sekelian sanak saudaranya maka kepada ketika itu orang Mangkasar di dalam negeri itu masing2 itu datang membawa tebu dan pisang kepada Turangga. Maka oleh Turangga di balasnya dengan kain dan baju yang indah2 itu maka Turangga pun minta tolong kepada kepala dusun itu masing2 kepada ketumbukannya kerana Turangga itu henak membuat rumah. Kemudian maka Turangga pun mengimpunkan segala sahabatnya yang menjadi kepala dusun itu.

Setelah sudah ia berhimpun maka Turangga pun berjamulah segala sahabatnya itu masing2 kepada tempatnya. Setelah sekelian sahabat Turangga itu sudah makan maka Turangga pun berkata kepada segala sahabatnya katanya “Hai sahabatku sekelian betapakah bicara tuan2 sekelian akan hamba ini kerana hamba ini hendak pulang kepada tempat hamba kerana hamba ini anak dagang maka kembalilah kepada dagang hamba. Maka sebab itulah maka tuan hamba sekelian ini hamba himpunkan kalau2 tiada bertemu lagi kita sekelian kerana kepada perasaan hamba ini sangatlah masygul daripada akan bercerai dengan tuan2 sekelian kerana telah menjadi dagang dan darah kepaada hamba ini”.

Kemudian maka segala kepala dusun itu mendengar kata Turangga itu demikian maka iapun terlalu amat belas hatinya mendengar kata Turangga demikian itu seperti akan pergi sungguh rupanya. Maka sekeliannya pun berkata kepada Turangga katanya “Ya saudara hamba jikalau boleh dengan bolehnya janganlah tuan itu pergi daripada tempat ini”. Kemudian maka kata Turangga kepada sahabatnya katanya “MenKapakah maka tiada hamba mahu tinggal kepada tempat ini kerana tempat ini terlalu amat baik dan tuan sekelian itupun telah menjadi sanak saudaralah kepada hamba tetapi ada sedikit susah hamba kerana hamba tiada berumah hendak pun hamba menyuruh berbuat kepada sekelian sanak saudara hamba yang baharu datang ini kerana ia belum lagi tahu kepada hutan2 di sini”.

Maka sahut sekelian mereka itu kepada Turangga katanya “Janganlah tuanku bersusah hati jikalau ada lagi hayat hamba sekelian ini dan jikalau sekadar lagi pegawai rumah tuan hamba ini atas hambalah yang mengadakannya”. Maka kata Turangga kepada sekelian sahabatnya itu “Adapun yang kasih saudara hamba sekelian ini sepenuh penuhnyalah batu kepala hamba menanggung dia” maka sekelian sahabatnya pun berbahagi kerja. Ada yang memberi tiang dan ada yang memberi alang dan ada yang memerbi gelagar dan ada yang memberi lantai dan ada yang memberi kasu dan ada yang memberi atap maka masing2lah kepada ketumbukannya. Setelah sudah mustaib segala perkakas itu maka sekeliannya pun berhimpunlah membangunkan rumah itu.

Setelah sudahlah rumah itu maka Turangga pun menjamu sekelian sahabatnya makan dan minum maka kata Turangga kepada segala sahabatnya katanya “Hai saudaraku sekelian baiklah saudaraku menyurati masing2 kepada pekerjaan tuan2 sekelian agar supaya esok lusa jangan saudaraku lupa akan hamba dan daripada anak cucu hamba pun tiada lupa akan tuan hamba itu”. Kemudian maka segaala penghulu dusun pun masing2 ia menyurat daripada segala pekerjaan yang sudah di kerjakannya kepada Turangga itu seperti ia memberi tiang dan atap semuanya itu habislah di suratnya masing2 lalulah di berikannya kepada Turangga demikianlah pekerjaan Turangga itu.

Maka tatkala sudah matilah segala sahabatnya yang tua2 maka tinggal lagi anaknya kemudian maka tiadalah anaknya itu mahu mengikut seperti pekerjaan bapanya. Maka surat yang peninggal bapanya itu di tunjukkannya oleh Turangga kepadanya serta katanya “Hai anakku sekelian bahawa segala pekerjaan bapamu kepada aku ini masing2 ia ada menaruh surat kepada aku semuanya ada kutaruh. Maka betapalah engkau hendak undur daripada pekerjaan bapamu” maka tiadalah berdaya lagi sekelian mereka itu maka Turanggalah yang memerintahkan negeri itu.

Kemudian maka Turangga pun pura2 berkelahi dengan saudaranya kemudian maka di suruhnya pindahlah daripada tempat Turangga duduk itu. Maka berapa bulan lamanya datanglah seorang2 di negeri Luwuk maka ia memberi khabar kepada saudara Turangga. Kemudian maka di suruh Turangga pergilah ia ke negeri Luwuk maka di sanalah ia di jadikan raja oleh orang Luwuk maka berapa lamanya Turangga diam dalam pulau Mengkasar itu maka Turangga pun matilah. Maka oleh orang Mangkasar akan mayat Turangga itupun di kuburkan oranglah maka anak Turanggalah yang menjadi raja dalam negeri itu.
Kemudian maka raja Luwuk pun mati pula maka anaknya yang di jadikan raja dalam negeri itu maka turun tujuh kali maka baharulah negeri Mangkasar alah oleh Walanda. Adapun akan raja Luwuk itupun turun tujuh kali daripada anak cucu Turangga juga yang jadi raja dalam kedua buah negeri itu bukan kepada yang lainnya maka tiap2 ia sudah mati itu kemudian maka anak cucunya juga menggantikan dia.

Al kisah maka tersebutlah perkataan sanak saudara Turangga yang tinggal tiga puluh buah rumah itu. Setelah sudah Turangga itu pindah maka orang yang tiga puluh buah rumah itupun pindahlah ia ke negeri Indera Pura namanya di sanalah ia membuat negeri maka sekeliannya daripada anak cucu Turangga itu semuanya berdarah putih. Adapun akan tempat rebah kayu benung yang menjadi pilang itu telah menjadi anak sungai. Adapun akan keraut dan jati yang buruk kepada tempat menebang itu tumbunnya seperti sebuah rumah maka semuanya tetal benuang dan keraut beliung yang buruk itu semuanya telah menjadi batulah ia sampai kepada sekarang ini.

Adapun barang siapa syak akan perkataan ini dan perkhabaran yang di dalam surat ini maka hendaklah di ambilnya tetal penebangan kayu benuang yang telah menjadi batu itu. Maka bawalah ke Mangkasar maka tampilkan kepada pilang yang di negeri Mangkasar itu nescaya bertambun pula seperti dahulu kala demikianlah asalnya dahulu negeri Mangkasar itu rajanya. Maka sampailah turun tujuh kali daripada anak cucu Turangga itu menjadi raja dalam negeri Mangkasar maka sampailah kepada zaman Tuk Minang Beluk Pinggan maka baharulah negeri Mangkasar itu alah oleh Walanda itu demikianlah permulaannya.

Ada seorang anak raja2 Bugis bernama Tuanarak maka di perbuat penggawa oleh anak raja Mangkasar bernama Asnamanak. Berapa lamanya maka Tuanarak pun larilah ia masuk ke Bugis maka di suruh ikut oleh raja Mangkasar masuk ke Bugis. Maka Si Tuanarak pun larilah ia pergi ke negeri yang bernama Buton maka di sanalah ia diam. Maka berapa lamanya ia diam di dalam negeri Buton maka raja Buton pun berbicaralah dengan sekelian menteri dan hulubalang sekelian akan membawa Si Tuanarak ini pergi ke negeri Betawi.

Setelah sudah mesyuaratlah raja Buton dengan segala menteri yang tiga puluh itu istimewa dengan segala raja2nya maka Tuanarak pun di turunkan ke perahu lalu ia berlayar pergi ke Betawi. Berapa lamanya ia di dalam laut itu maka iapun sampailah ke Betawi maka iapun masuklah mengadap Jenderal seraya ia minta tolong kepada kompeni. Maka oleh kompeni di cakapinyalah daripada ia memulangkan Si Tuanarak itu pulang ke Mangkasar sertalah Si Tuanarak itu mendengar kata Jenderal demikian itu maka Si Tuanarak pun terlalu amat suka hatinya.

Kemudian maka Tuanarak pun di beri beras dan belanja oleh kompeni kepada tiap2 bulan maka berapa lamanya diam di dalam Betawi. Maka ada kepada sekali waktu Si Tuanarak itu di panggil oleh Jenderal maka Tuanarak pun pergilah mengadap raja Jenderal. Setelah sampai kepada Jenderal maka lalu ia memberi hormat kepada Jenderal maka kata Jenderal kepadanya “Hai raja tolonglah kompeni dahulu kemudian maka kompeni itu menolong raja” maka kata Tuanarak kepada Jeneral “Baiklah.

Maka titah tuan Jenderal sahaya ikut” maka kata Jenderal kepada Tuanarak “Baiklah raja berlengkap kepada empat hari bulan timbul maka raja turun” maka Tuanarak pun bermohonlah pulang serta ia berlengkap. Kemudian maka sampailah empat hari bulan timbul maka Tuanarak pun naiklah ke kapal lalu ia berlayar ke Periaman dengan segala kompeni Walanda dan kompeni Bugi dan kompeni Bali dan lain daripada itu tiada terbilang serta dengan tempik soraknya dan makan minum ia sepanjang laut maka berapa bulan ia di jalan maka sampailah ke Periaman.

Al kisah maka tersebutlah perkataan negeri Bentan yang lama bernama Carit itu maka rajanya beranak seorang perempuan terlalu amat elok rupanya sederhana perhiasannya. Maka sampailah umurnya tuan puteri itu empat belas tahun lamanya maka dengan takdir Allaha Taa’alaya datanglah seorang2 Arab turun ke Bentan bernama Sheikh A’bada Allaha namanya. Setelah ia sampai ke Bentan maka di perbuat guru oleh raja Bentan maka sultan Bentan pun terlalu amat hormat kepadanya. Maka berapa lamanya ia diam di dalam negeri Carit itu maka Sheikh A’bada Allaha pun di ambil menantu oleh sultan Bentan.

Maka berapa lamanya Sheikh A’bada Allaha itu duduk dengan puteri Carit itu maka iapun beranak seorang laki2 maka di namai oleh ayahanda akan anakanda itu Sheikh Ibrahim namanya. Maka sampailah empat belas tahun umurnya Sheikh Ibrahim itu maka ayahanda pun kembalilah ke rahmat Allaha Taa’alaya daripada negeri yang fana datang kepada negeri yang baqo. Kemudian maka di kuburkan oleh sultan akan mayat Sheikh A’bada Allaha itu di atas gunung Carit maka berapa lamanya maka Sheikh Ibrahim pun beristerilah ia dengan anak bendahara.

Maka berapa lamanya maka sultan pun kembali ke rahmat Allaha Taa’alaya maka di kuburkan oranglah di atas gunung Carit bersama2 dengan sheikh A’bada Allaha itu. Maka anaknya pun menjadi sultanlah menggantikan kerajaan itu maka sampailah tiga tahun lamanya ia di dalam kerajaan itu. Maka sultan pun pindahlah ke negeri Bentan maka dengan takdir Allaha Taa’alaya maka datanglah sebuah perahu dagang Mangkasar ia berdagang ke negeri Bentan kemudian maka nakhoda Mangkasar pun bersahabatlah ia dengan Sheikh Ibrahim.

Adapun kepada nama Bentannya itu Kiyahi Bagas Cali namanya kemudian maka nakhoda Mangkasar itupun terlalu amat berkasih kasihan dengan Sheikh Ibrahim itu. Maka sehari2lah nakhoda Mangkasar itu di perjamunya oleh Sheikh Ibrahim di rumahnya daripada makan dan minum. Maka nakhoda Mangkasar itupun berceteralah daripada khabar negeri Mangkasar yang amat indah2 itu kepada Sheikh Ibrahim maka berapa perintah sultan Mangkasar dan titah segala anak raja2 sekeliannya itu habis di ceterakannya oleh nakhoda Mangkasar itu kepada Sheikh Ibrahim.

Kemudian maka Sheih Ibrahim pun terlalu amat berahi hatinya hendak melihat negeri Mangkasar daripada ia mendengar khabar nakhoda Mangkasar itu. Maka kata Sheikh Ibrahim kepada nakhoda Mangkasar itu katanya “Jikalau sungguh yang seperti khabar saudara hamba itu mahulah hamba mengikut kepada tuan hamba kerana sangat berahi hamba hendak melihat negeri Mangkasar itu daripada mendengar khabar tuan hamba itu”. Maka kata nakhoda Mangkasar kepada Sheikh Ibrahim “Jikalau tuan hamba sudi juga bersama2 dengan hamba ini hambalah yang membawa tuan hamba pergi ke Mangkasar” maka Sheikh Ibrahim pun berteguh teguhan kata dengan nakhoda Mangkasar itu.

Maka sampailah nakhoda Mangkasar itu enam bulan lamanya ia di dalam negeri Bentan maka musim barat pun turunlah maka nakhoda Mangkasar pun hendaklah ia berlayar. Maka Sheikh Ibrahim pun masuklah ia mengadap sultan Bentan serta ia bermohon kepada sultan Bentan hendaklah pergi ia ke negeri Mangkasar bermain. Maka kata sultan Bentan kepada Sheikh Ibrahim katanya “Ya anakku kepada perahu siapa yang di ikut itu” maka kata Sheikh Ibrahim kepada sultan katanya “Tuanku adapaun akan hamba tuanku ini mengikut kepada perahu nakhoda Mangkasar itu”. Maka kata sultan kepada Sheikh Ibrahim “Ya anakku bawa kemari nakhoda Mangkasar itu kerana aku hendak bertemu dengan dia” maka Sheikh Ibrahim pun pergilah ia memanggil nakhoda Mangkasar itu maka nakhoda Mangkasar pun masuklah ia mengadap sultan.

Setelah ia datang ke hadapan sultan nakhoda Mangkasar pun memberi hormat kepada sultan Bentan maka sultan pun segera menegur nakhoda Mangkasar itu katanya “Marilah sini nakhoda duduk”. Maka nakhoda Mangkasar pun segera ia datang ke hadapan sultan maka titah sultan kepada nakhoda Mangkasar katanya “Hai Kari Kapa adapun akan anakku ini hendak pergi ke Mangkasar bersama2 dengan dikau habaya2 petaruhkulah padamua kepada barang sesuatu pekerjaannya yang tiada patut kepada hatimu maka hendaklah engkau beri ingat akan dia dan jikalau ia pulang ke negeri ini maka hendaklah engkau juga yang mengantarkan dia”.

Setelah sudah sultan Bentan berpesang kepada nakhoda Kari Kapa itu maka sultan Bentan pun memberi persalin kepada nakhoda Kari Kapa dengan sepertinya maka nakhoda Kari Kapa pun menyembah kepada sultan. Kemudian maka sultan pun memberi nagerah akan anakanda baginda Sheikh Ibrahim beberapa ratus daripada riyal dan pakaian yang indah2 itu. Setelah sudah sultan memberi nagerah akan Sheikh Ibrahim itu maka Sheikh Ibrahim pun bermohonlah ia kepada sultan serta dengan nakhoda Mangkasar itu maka nakhoda Kari Kapa pun turunlah ia ke perahunya serta berlengkap perkakas akan berlayar. Adapun akan Sheikh Ibrahim itu setelah ia sudah bermohon kepada sultan maka lalulah ia pulang ke rumahnya berlengkap.

Setelah sudah ia berlengkap maka Sheikh Ibrahim pun turunlah ke perahunya nakhoda Kari Kapa dengan isterinya. Kemudian maka angin yang baik pun turunlah maka nakhoda Kari Kapa pun berlayarlah ia ke Mangkasar. Setengah bulan lamanya ia dalam laut maka Kari Kapa pun sampailah ia ke Mangkasar maka nakhoda Kari Kapa pun membawa Sheikh Ibrahim itu naik ke darat lalu pergi mengadap Sebandar. Kemudian maka Sebandar pun membawa Sheikh Ibrahim itu pergi mengadap sultan Mangkasar.

Setelah sultan Mangkasar itu melihat Sheikh Ibrahim itu datang maka sultan pun segera memanggil Sheikh Ibrahim pun berjabat tangan dengan sultan. Kemudian maka sultan Mangkasar pun bertanya kepada Sheikh Ibrahim katanya “Ya Sheikh dari mana tuan hamba ini datang”. Kemudian maka Sheikh Ibrahim pun berceteralah ia kepada sultan Mangkasar daripada permulaannya datang Kari Kapa itu ke negeri Bentan datang kepada kesudahannya. Maka sultan Mangkasar pun terlalu amat sukacita hatinya mendengar kata Sheikh Ibrahim demikian itu maka sultan Mangkasar pun bergurulah kepada Sheikh Ibrahim itu.

Maka Sheikh Ibrahim pun di nagerahi sultan akan dia rumah dengan kampungnya maka Sheikh Ibrahim pun duduklah ia di negeri Mangkasar mengajar mengaji kitab dan Qoroana. Maka sampailah lima tahun lamanya Sheikh Ibrahim itu diam di dalam negeri Mangkasar maka Sheikh Ibrahim pun beranak seorang laki2 maka di namai oleh ayahanda akan anakanda itu Encik Jinal. Maka di peliharakan oleh ayahanda akan anakanda itu dengan sepertinya maka sampailah umurnya Encik Jinal itu enam tahun lamanya.

Maka kepada suatu malam maka orang pun gegarlah mengepung pencuri maka Sheikh Ibrahim pun pergilah mengikut mengepung pencuri kepada waktu tengah malam. Maka pencuri itupun tiada sempat lari lagi maka lalu ia mengunus kerisnya maka menikam kepada Sheikh Ibrahim maka kena dada Sheikh Ibrahim itu terus ke belakangnya. Maka Sheikh Ibrahim pun kembalilah ke rahmat Allaha Taa’alaya maka kepada siang harinya maka sultan pun menyuruh menguburkan Sheikh Ibrahim itu dengan sepertinya.

Setelah sudah Sheikh Ibrahim itu di kuburkan maka tinggal Encik Jinal itu di peliharakan oleh bondanya maka sampailah umurnya Encik Jinal itu sembilan belas tahun maka Encik Jinal pun beristerilah ia. Kemudian maka sampailah dua tahun lamanya Encik Jinal itu nikah maka Encik Jinal pun beranaklah seorang laki2. Maka antara tengah dua tahun lamanya itu maka Encik Jinal pun pergilah berdagang ke negeri Timur. Enam bulan lamanya ia di dalam negeri Timur maka Encik Jinal pun kembalilah ke Mangkasar serta membawa ambar ada berat lima puluh pikul kerana Encik Jinal boleh mendapat di tepi pulau juga.

Setelah sampailah ke Mangkasar maka lalu Encik Jinal itu masuk mengadap sultan Mangkasar serta sultan melihat Encik Jinal itu datang serta membawa ambar. Maka sultan pun segera menegur Encik Jinal itu katanya “Marilah sini engkau duduk” maka Encik Jinal pun memberi hormat kepada sultan serta dengan mempersembahkan ambar ada berat barang lima puluh kati. Setelah sultan melihat rupa ambar itu maka sultan pun bertanya kepada Encik Jinal katanya “Dari manakah engkau beroleh ambar ini” maka sembah Encik Jinal kepada sultan katanya “Tuanku hamba boleh mendapat di pulau dekat negeri Timur tuanku”.

Maka Encik Jinal pun mempersembahkan sekelian hal ehwalnya mendapat ambar itu maka sultan pun terlalu amat hairan ia mendengar khabar itu. Kemudian maka sultan pun memberi nagerah persalin akan Encik Jinal dengan sepertinya maka Encik Jinal pun di negerah sultan tempat duduk diam di Belang Baru namanya maka Encik Jinal pun kembalilah ia pulang ke rumahnya. Setelah ia pulang ke rumahnya maka lalu ia pindah ke Belang Baru maka sekelian ambarnya pun habislah di jualnya kepada orang Inggeris dan Peringgi kerana kepada ketika itu banyaklah Inggeris dan Peringgi diam di dalam tanah Mangkasar.

Setelah sudah habis ambarnya maka Encik Jinal pun membeli perahu lembu tiga buah maka di suruhnya berdagang kepada barang di mana tempat maka Encik Jinal pun di sebut orang datuk nakhoda Jinal di Belang Baru maka sultan pun terlalu amat kasih akan dia maka nakhoda Jinal pun bertambah2 hormatnya kepada sultan.

Adapun akan anak Melayu yang termahsyur kaya di dalam negeri Mangkasar ketika itu pertama2 datuk Perak Mahaja Lela namanya ialah yang menjadi kepala kepada sekelian anak Melayu dan kedua datuk orang kaya Encik Amar namanya iapun umpama penghulu juga kepada sekelian orang Melayu dan ketiga datuk nakhoda Jalil namanya iapun orang kaya yang terbilang juga dalam negeri Mangkasar dan keempat datuk nakhoda Jinal yang diam di Belang Baru itulah Melayu yang terbilang di dalam negeri Mangkasar kepada tiap2 hari ia masuk mengadap kepada sultan Mangkasar mempersembahkan kepada barang sesuatu yang patut kepada sultan maka sultan pun terlalu amat kasih akan orang yang empat orang itu maka tiadalah kami panjangkan lagi.

Al kisah maka tersebutlah perkataan kompeni dan raja Buni itu. Setelah sampailah ia ke Periaman maka lalulah ia naik ke darat berperang berapa bulan lamanya maka Periaman pun alahlah oleh kompeni serta dengan raja Buni kemudian maka kompeni pun setengah kembalilah ia ke Betawi. Adapun akan raja Buni itu setelah alahlah Periaman maka ia pun kembalilah ke Betawi di bawa kapal bersama2 dengan kompeni yang banyak. Setelah sampailah ia ke Betawi maka lalulah ia masuk mengadap Jenderal melihat raja Pelaka itu datang maka segera di tegurnya katanya “Marilah sini” maka raja Pelaka pun memberi hormat. Maka Jenderal pun bertanya kepada raja Pelaka katanya “Apa khabar negeri Periaman itu” maka kata raja Pelaka “Baik tuanku”.

Setelah sudah raja Pelaka itu berkata maka kata raja Pelaka kepada Jenderal “Ya tuanku Jenderal adapun akan pekerjaan kompeni yang sudah sahaya kerjakan ini selamat ia tetapi jikalau ada kasih tuan Jenderal kepada sahaya maka hendaklah segera pekerjaan sahaya ini”. Maka kata Jenderal kepada raja Pelaka “Baiklah ya raja Pelaka kepada sepuluh hari bulan timbul inilah kelak kita berlayar ke Mangkasar”. Maka raja Pelaka mendengar kata Jenderal demikian itu maka raja Pelaka pun terlalu amat suka hatinya maka raja Pelaka pun bermohonlah ia kembali ke tempatnya.

Maka sampailah kepada sepuluh hari bulan timbul itu maka kompeni dan raja Pelaka pun turunlah lalu naik ke perahu kapal lalu ia berlayar ke Mangkasar. Adapun akan banyak bilangan perahu kompeni yang pergi ke Mangkasar itu semuanya tiga puluh buah kapal dengan selap dan pergata. Maka datanglah kepada hari yang baik maka kompeni pun berlayarlah ke Mangkasar. Maka berapa lamanya ia di dalam laut itu maka sekelian kapal pun sampailah ke Mangkasar. Setelah sampailah segala kapal itu ke Mangkasar maka lalu ia memasang meriam tiada berhenti lagi.

Kemudian maka sultan pun menyuruh menglawati kapal itu bertanya kepada nakhoda kapal itu akan maksudnya maka suruhan raja yang bernama Jabar itupun pergilah ia ke laut memeriksa ke hendak Walanda itu maka Amiral Sipulman kepada suruhan itu “Adapun kami sekelian datang ini hendak berperang dengan raja Mangkasar”. Setelah sudah itu mendengar kata Amiral Sipulman itu maka iapun kembalilah setelah sampailah utusan itu ke darat maka lalu ia masuk mengadap sultan. Maka titah sultan kepada A’bada Al Jabar itu “Hai A’bada Al Jabar apakah kehendak Walanda itu”.

Maka sembahnya “Ya tuanku sudahlah hamba tuanku bertanya kepadanya. Adapun akan katanya kepada hamba tuanku ini hendak berperang dengan tuanku dan seperkara lagi si Tuanarak itu adalah ia di atas kapal bersama2 dengan Amiral Sipulman dan Kapitan Jangkar”. Setelah sultan mendengar katanya demikian itu maka sultan pun bertitah kepada sekelian anak raja2 maka sekelian anak raja2 pun semuanya bercakap2lah kepada sultan hendak melawan Walanda. Maka gendang pekenjar pun di palu oranglah maka berhimpunlah sekelian rakyat Mangkasar itu.

Setelah sudah berhimpun maka sultan Mangkasar pun peranglah dengan kompeni dan raja Buni maka berapa lamanya ia berperang itu maka raja Mangkasar pun menyuruh pergi perang ke Buton maka sekelian anak raja2 Mangkasar pun pergilah perang ke Buton. Adapun yang menjadi kepala perang itu maka ialah raja Patikni namanya maka rakyat Mangkasar pun berlayar ke Buton berapa lamanya raja Patikni itu di dalam laut maka raja Patikni pun sampailah ke Buton. Setelah sekelian rakyat Mangkasar itu sampai ke Buton maka raja Patikni pun peranglah dengan raja Buton. Maka berapa lamanya maka sampailah sebulan lamanya raja Patikni itu berperang dengan raja Buton maka negeri Buton pun hampirlah alah.

Kemudian maka Amiral Sipulman dan raja Pelaka mendengar khabar lamun raja Mangkasar itu menyuruh perang ke Buton maka Amiral Sipulman pun menyuruh enam kapal pergi ke Buton. Setelah kapal enam buah itu sampai ke Buton maka raja Patikni pun peranglah dengan Walanda berapa hari lamanya ia berperang itu maka raja Patikni pun takluklah kepada raja Pelaka. Setelah raja Patikni itu takluk kepada raja Pelaka maka sekelian anak Mangkasar yang baik2 sikapnya itupun habislah mati di bunuh oleh Walanda ada yang mati di bunuhnya dengan senjata dan ada yang di bungkusnya di pulau dan adalah yang mati di buangnya di dalam laut.

Maka beratus2lah mati anak Mangkasar yang baik2 itu sebab kerana anak Mangkasar itu hendak mengamuk tiada di beri oleh raja Patikni. Maka sekelian keris anak Mangkasar itu semuanya habis di ambil oleh raja Patikni henda pun ia mengamuk tiada ia empunya keris. Adapun akan raja Patikni itu bersama2lah ia dengan raja Pelaka di kapal duduk makan dan minum. Setelah sudahlah raja Patikni oleh kompeni itu maka kapal yang enam buah itupun berlayarlah kembali ke Mangkasar. Adapun akan anak raja itu setelah ia melihat raja Patikni itu takluk kepada Walanda maka iapun berlayarlah ia membalam kapal lalu pulang ke Mangkasar dengan nama yang kebajikan.

Adapun akan kapal dan pergata itu sekeliannya setelah sampailah ia ke Mangkasar maka lalu ia memasang Meriam tiada berhenti serta ia makan dan minum bersuka sukaan tanda kemenangan itu. Adapun akan anak Melayu itu tiap2 hari ia berperang dengan Bugis dan Walanda bersama2 dengan Mangkasar maka banyaklah anak Melayu itu beratus2 ia mati berperang itu. Adapun akan datuk Raja Lela dan orang kaya Encik Amar dan datuk nakhoda Jalil dan datuk nakhoda Jinal semuanya itu peranglah ia dengan kompeni dan Bugis.

Maka banyaklah Bugis itu mati di bunuhnya demikian lagi anak raja2 Mangkasar yang berani2 itu sehari2 ia masuk mengamuk kepada Walanda da Bugis demikianlah halnya. Kemudian maka sampailah tujuh tahun lamanya kompeni perang dengan Mangkasar itu maka raja tua pun nampaklah lamun ia membalik kepada raja Pelaka kerana ia sudah berjanji dengan raja Pelaka. Kemudian pula maka raja Senarbuni itu membalik kepada kompeni. Maka sampailah delapan tahun lamanya raja Mangkasar perang dengan kompeni itu maka Sembu pun alahlah kerana daripada sebab di masuki ubat bedil oleh kompeni kala kota maka lalu di bakarnya maka kota Sembu pun terbanglah ke udara batunya banyak menimpa orang.

Setelah berapa bulan lamanya antaranya maka raja Mangkasar pun undurlah ke negeri lama yang bernama Gowa di sanalah sultan diam dengan segala rakyat. Setelah kompeni dan raja Pelaka melihat sultan itu undur ke Gowa maka kompeni dan raja Pelaka pun pergilah ke Gowa perang dengan raja Mangkasar itu. Adapun akan sultan Mangkasar itu setelah ia undur ke Gowa maka berapa bulan lamanya maka rakyat banyaklah mati kerana tiada makan. Adapun kepada ketika itu makanan terlalu amat mahal kepada masa itu segantang seriyal tiada ada orang yang berjual maka sekelian mereka itu pun makan segala daun daunan dan ubi pisang.

Maka sultan pun terlalu amat masygulnya akan rakyat itu banyak matinya maka sultan pun menyuruh mengimpunkan sekelian nakhoda2 yang nama ada ia empunya perahu daripada anak Melayu istimewa daripada anak Melayu dan Mangkasar itu semuanya di suruh masuk mengadap sultan maka sekelian nakhoda2 pun masuk mengadap sultan. Setelah ia datang kepada sultan maka titah sultan kepada sekelian anak Melayu istimewa anak Mangkasar maka titah sultan kepadanya “Hai tuan2 sekelian daripada anak Melayu istimewa anak Mangkasar hendaklah tuan2 sekelian pergi mencari makanan kepada barang di mana tempat kerana isi Gowa ini terlalu amat lapar”.

Maka sembah segala nakhoda kepada sultan sembahnya “Ya tuanku adapun akan titah tuanku itu sebenarnyalah tetapi sekali tuanku akan berkehendak kepada kebajikan tanah Mangkasar ini sepuluh kali hamba tuanku kerana hamba tuanku ini telah menjadi hamba kepada tuanku. Jikalau sudi juga tuanku berperhambakan akan hamba tuanku ini” maka titah sultan kepada sekelian nakhoda itu “Adapun akan kasih sekelian nakhoda itu sangatlah menerima kami akan dia”. Kemudian maka sembah segala nakhoda kepada sultan “Jikalau ada kurnia duli tuanku akan patik sekelian ini kepada sepuluh hari bulan timbul inilah patik berlayar ke Bima dan ke Sembawa mencari beras itu”. Kemudian maka nakhoda pun bermohonlah kepada sultan kembali masing2 rumahnya serta menyuruh membaiki perahunya.

Hataya berapa lamanya maka sampailah kepada sepuluh hari bulan timbul maka segala nakhoda pun masuklah mengadap sultan. Maka titah sultan kepada segala nakhoda itu “Bilamana engkau sekelian berlayar itu” maka sembah segala nakhoda itu kepada sultan sembahnya “Jikalau dengan berkat daulat tuanku esok harilah hamba tuanku akan berlayar itu”. Maka titah sultan kepada segala nakhoda “Hai sekelian nakhoda moga2 di sampaikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang seperti engkau maksudkan itu dan moga2 di pertemukan Allaha engkau dengan anak isterimu”.

Setelah nakhoda itu mendengar sultan memintakan doa kepada Allaha akan dia maka nakhoda pun sekeliannya habis bercucuran air matanya. Maka sembahnya “Ya tuanku moga2 di pertemukan Allaha apa kiranya hamba tuanku memandang diraja yang maha mulia itu. Demi hari malam gelap gelita demi siang hari amat bercahaya dan jikalau dengan kehendak Allaha bahawa sekali2 tiadalah hamba tuanku ini mahu memalingkan muka hamba tuanku ini daripada mengadap diraja yang maha mulia”. Setelah sultan mendengar sembah segala nakhoda itu maka sultan pun berlinang2 air matanya seraya katanya “Moga di peliharakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya apalah kiranya tuan2 sekelian hamba yang tinggal dalam negeri ini daripada bahaya daratan”.

Setelah sudah sultan bertitah demikian itu maka sekelian nakhoda pun bermohonlah kepada sultan lalu sujud sekelian nakhoda itu kepada duli yang maha mulia serta dengan air matanya maka sekelian nakhoda pun kembalilah ia masing2 kepada tempatnya. Setelah keesokkan harinya maka sekelian nakhoda pun turunlah ke perahunya masing2 menarik layarnya lalu ia berlayar setengah ia pergi berlayar ke Bima dan yang setengah ia pergi ke Sembawa. Adapun akan nakhoda Jinal itu setelah segala nakhoda itu kembali maka titah sultan akan dia “Hai nakhoda Jinal pergilah engkau bersama2 dengan nakhoda yang banyak itu lihat olehmu betapa halnya”.

Setelah nakhoda Jinal itu mendengar titah sultan demikian itu maka nakhoda Jinal pun bermohonlah kepada sultan lalu ia kembali ke rumahnya. Setelah ia sampai ke rumahnya maka lalu ia berlengkap akan perbekalan berlayar itu setelah itu maka kepada keesokkan harinya maka nakhoda Jinal pun turunlah ke perahunya lalu ia berlayar ke negeri Bima berapa lamanya ia dalam laut maka nakhoda Jinal pun sampailah ia ke negeri Bima. Setelah ia sampai ke negeri Bima maka lalu ia bermuat beras bersama2 dengan nakhoda yang banyak itu maka sampailah sebulan lamanya segala nakhoda bermuat di dalam negeri Bima dan Sembawa. Setelah sudahlah sarat perahunya maka kepada hari yang baik maka segala nakhoda itupun berlayarlah kembali ke Mangkasar.

Kemudian maka tersebutlah perkataan Amiral Sipulman dan raja Pelaka setelah ia mendengar khabar lamun sultan di Gowa itu menyuruh segala nakhoda pergi membeli beras ke Bima dan Sembawa maka Amiral Sipulman pun menyuruh kapal empat buah berlabuh di muara sungai Gowa dua buah kapal berlayar kepada sebelah muara itu di sanalah ia menanti perahu yang banyak itu. Setelah perahu segala nakhoda itu datang ke Mangkasar maka ia berlabuh hampir muara sungai Gowa. Maka di lihatnya ada empat buah kapal berlabuh di muara sungai Gowa itu maka sekelian nakhoda pun berbicara sama sendirinya katanya “Betapalah hal kita ini hendak masuk ke Gowa ini kerana ada kapal empat buah berlabuh itu”. Adapun kepada fikir segala nakhoda yang banyak itu melainkan ia di suruh oleh Amiral juga rupanya itu.

Setelah segala nakhoda sudah berfikir demikian itu maka sekelian nakhoda2 yang banyak pun semuanya itu habis berlayar masing2 membawa dirinya kepada barang di mana tempat serta dengan air matanya kerana ia bercerai dengan anak isterinya. Ke mudian maka nakhoda Jinal pun datangah ia ke Mangkasar setelah datang lalu ia berlabuh kemudian maka nakhoda Jinal pun melihat empat buah kapal berlabuh di muara Gowa. Kemudian maka nakhoda Jinal pun fikir di dalam hatinya “Jikalau demikian halnya ini sekelian nakhoda2 pun habislah lari ke mana2 ia membawa dirinya dan jikalau binasalah negeri Mangkasar ini”.

Setelah sudah nakhoda Jinal berfikir demikian itu maka iapun menyerahkan dirinya kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya serta ia tawakal kepada Allaha. Setelah itu hari pun malam maka kepada waktu baa’da Isyak maka nakhoda Jinal pun berlayarlah ia membelah kapal lalu masuk ia ke negeri yang bernama Gowa. Adapun akan nakhoda kapal itu setelah ia melihat perahu lembu itu berlayar masuk ke Gowa maka iapun terkejut kerana ia tiada sempat hendaklah ia membedil kepada perahu nakhoda Jinal itu takutkan sama temannya sendiri kerana kapal itu berlabuh sebelah ia menyebelah itu. Maka nakhoda Jinal pun sampailah ke Gowa maka lalu ia masuk mengadap sultan.

Setelah sultan melihat nakhoda Jinal itu maka sultan pun terlalu amat sukacita hatinya maka sultan pun bertitah kepada nakhoda Jinal katanya “Hai nakhoda Jinal ada di mana sekelian nakhoda2 itu”. Maka sembah nakhoda Jinal “Tuanku adapun akan segala nakhoda2 itu telah dahulu ia berlayar daripada patik ini” maka titah sultan kepada nakhoda Jinal “Dan jikalau ia berlayar dahulu mengapa maka tiada ia datang”. Maka sembah nakhoda Jinal “Tuanku kalau2 ia takut masuk kerana ada kapal empat buah berlabuh di laut muara Gowa ini tuanku”.

Maka titah sultan kepada nakhoda Jinal “Jikalau ia sudah berlayar dahulu itu nescaya datang maka di lihatnya kapal berlabuh itu. Kemudian maka ia takut masuk maka lalulah ia berlayar ia membawa dirinya kepada barang di mana tempat yang laku beras itu”. Kemudian maka nakhoda Jinal pun takut ia melihat sultan itu terlalu amat marahnya maka nakhoda Jinal pun kembalilah ke perahunya serta dengan awak perahunya serta datang ke perahunya lalu ia memunggahkan segala muatannya itu naik ke darat.

Setelah sudah nakhoda Jinal itu menunggahkan segala muatannya maka nakhoda Jinal pun masuklah mengadap sultan serta mempersembahkan beras sekoyan dan kepada bendahara itu setengah koyan dan kepada sekelian anak raja2 yang memegang perintah itu semuanya lima2 puluh gantang dan kepada sekelian anak raja2 yang tiada memegang perintah itu semuanya sepuluh2 gantang. Adapun akan dayang2 dan kari2 itu semuanya ada yang kena empat gantang dan ada yang kena dua gantang dan dan ada yang kena segantang. Adapun akan orang yang keluaran itu semuanya secupak ada yang kena setengah gantang demikianlah nakhoda Jinal itu membahagi beras kepada segala isi negeri Gowa itu secupak pun tiada ada yang di jualnya.

Setelah sudah nakhoda membahagi beras itu maka sultan pun memberi titah kepada sekelian anak raja2 maka titah baginda “Hai engkau sekelian anak raja2 saksi olehmu kalau aku lupa jikalau selamat kelak tanah Mangkasar ini. Maka hendaklah engkau sekelian ingatkan akan daku daripada nakhoda Jinal ini berbuat ibadat kepada aku dan memberi kebajikan akan isi Gowa ini dan jikalau di pendekkan Allaha umur aku ini hendaklah engkau sekelian ingatkan akan anak cucunya yang datang ke tanah Mangkasar ini esok lusanya maka hendaklah engkau balas juga akan kebajikan bapanya kepada kepada kita sekelian ini”.

Setelah sultan bertitah demikian itu maka sultan pun diamlah maka berapa bulan lamanya maka sultan pun kembalilah ia ke rahmat Allaha Taa’alaya. Maka anakanda raja Besik lah menggantikan kerajaan maka sampailah enam bulan lamanya kompeni dan raja Pelaka berperang dengan sultan di Gowa itu maka sekelian rakyat pun banyaklah mati sakit dan mati lapar kerana makanan terlalu amat mahal. Kemudian maka segala anak raja2 yang setengah itupun banyaklah yang membalik kepada raja Pelaka kemudian maka sultan pun berdamailah ia dengan kompeni dan raja Pelaka lah. Maka sultan pun turunlah dari Gowa lalu ia pergi ke Hujung Pandang maka berapa lamanya ia diam di Hujung Pandang maka sultan pun di bawa oleh kompeni pergi ke Betawi.

Adapun akan nakhoda Jinal itu setelah sultan sudah ia pergi ke Betawi maka ipaun pergilah dengan raja Galisang dan orag kaya Encik Amar dan raja benua Maranu dan anak raja Ujuk bernama Urung Cayang dan haji Bulu2 semuanya itu pergilah ke tanah Jawa. Adapun akan raja Kalisang dan nakhoda Jinal pun berlayarlah ia ke tanah Jawi lalu pergi ke Lawabawang di sanalah ia bermain2. Adapun akan orang kaya Encik Amar dan Arung Cayang dan raja Bentu Hartu dan haji Bulu2 semuanya itu berlayarlah ia ke tanah Jawa. Adapun akan raja Kalisang itu mula2 ia meninggalkan tanah Mangkasar lalu ia pergi perang ke Bima kemudian dari Bima lalu ia pergi ke Sembawa dari Sembawa lalu ia pergi ke tanah Jawa yang bernama Penarukan di sanalah ia diam bermain2 dengan sekelian anak raja2 yang banyak.

Ehsan dari:  مهدي اسلام
Sumber: Hikayat Tanah Jawa
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment