Pages

Friday, 16 October 2015

Mahamada Amayana (Amin) Allaha (bah II) (Sir segala sir)

Sebermula di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala berhimpun segala pendita dan ulama dan hakama bahawa mengatakaan Mikraj rasul Allaha sudah setahun berpindah dari Makah ke Madinah. Ujarnya setengah bahawa Mikraj rasul Allaha pada bulan Rajab setengah berkata pada bulan Romadhon pada malam Layalata Al Qodaro. Bermula kaul yang sah pada bulan Robayaa’ Al Awala pada malam Isnin kerana pada hari itu Abu Bakar datang mendapatkan rasul Allaha.

Kemudian maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun menceterakan peri Mikraj pada Abu Bakar demikian bunyinya “Ya Abu Bakar mengapa maka tuan hamba segera menyungguhkan Mikraj tiada dengan tandanya”. Maka sahut Abu Bakar “Ya rasul Allaha yang telah dahulu daripada ini dua belas tahun sudah hamba tahu bahawa Allaha A’za Wa Jala memberi tahu menitahkan Jibril kepada tuan hamba. Adapun Allaha Taa’alayaa kuasa menyuruhkan membawa tuan hamba kepada tempat ketinggian”.

Maka segala mereka yang sesat jalannya ia mendengar rasul Allaha Mikraj itu di persesatnya dengan kudrat Allaha daripada celakanya. Adapun kata malaun kaum yang sesat ujarnya “Adapun lama rasul Allaha Mikraj itu tiga ratus tahun lamanya tidur”. Bermula suatu kaum berkata Hasada Yaana namanya ujarnya “Rasul Allaha Mikraj enam bulan lamanya”. Setengah kaum berkata Ayaro Jaana namanya “Rasul Allaha Mikraj tiada dengan tubuh bahawa nyawa juga Mikraj”.

Adapun kata ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta bahawa rasul Allaha Mikraj serta tubuh dan nyawa seketika juga rasul Allaha Mikraj kepada Kursi seperti firman Allaha Taa’alaya Wasaa’ Karosayaha Al Samawaata Wa Al Arodho ertinya bahawa seluas Kursi itu seperti tujuh langit dan ketujuh bumi. Maka ujar Jibril “Ya Mahamada adapun firman kepadamu bahawa ayat Al Kursi ini katakan dan ajarkan pada segala umatmu. Bahawa Allaha A’za Wa Jala berjanji dengan daku barang siapa daripada umat Mahamada membaca ayat ini di dalam seumurnya sekali pun bahawa pahalanya orang itu datang pada hari kiamat jemah di peliharakan Allaha Taa’alaya daripada titian Shoroatho Al Masataqoyama.

Setelah rasul Allaha mendengar kata Jibril demikian itu maka terlalulah amat sukacita hati baginda oleh mendengar kurnia Allaha A’za Wa Jala akan segala umat Mahamada demikian itu maka nabi Allaha pun hendak melihat besar Kursi itu maka firman Allaha kepada Jibril “Bahawa kekasihku hendak melihat Kursi kekayaanku pergilah engkau bawa ia kemari tunjukkan Kursi itu pada kekasihku supaya segala manusia di dalam dunia tahu bahawa aku mengasihi hambaku kuberi kelebihan akan dia tiada dapat di kira2 oleh seorang pun kurniaku itu. Bahawa segala nabi yang lain tiada beroleh kemuliaan yang demikian ini. Bahawa nabi Mahamada juga kekasihku yang berbuat akan kebaktian kepada aku sebab itulah maka kuberi kurnia akan dia”.

Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala rasul Allaha Mikraj itu dahulu daripada berpindah dari Makah pada ketika itu bahawa Khatijah dan Abu Tholib pun telah hilanglah. Bermula tatkala lagi ada hayat Khatijah dan Abu Tholib bahawa seorang kafir tiada dapat mengharu birukan rasul Allaha setelah segala sahabat rasul Allaha akan Khatjiah sudah hilang kemudian maka Abu tholib pun hilang. Bermula tatkala lagi ada hayat Abu tholib itu tiada dapat segala kafir berbuat nakal kepada segala sahabat rasul Allaha.

Apabila segala kafir berbuat khianat kepada segala sahabat rasul Allaha juga maka oleh Abu Tholib di ambilnya shamsaranya lalu di bawanya naik ke atas bukit Jabal Qosa itu. Maka Abu Tholib pun berseru2 ujarnya “Hai segala kaum keluargaku daripada bani Hasyim dan segala keluargaku daripada A’bada Al Manaf marilah kamu naik ke atas bukit Jabal Qosa ini”. Maka ujar segala mereka itu “Hai penghulu Arab apa kehendak tuan hamba” maka ujar Abu Tholib “Adapun kehendakku tolong olehmu akan anak saudaraku ini”.

Setelah di lihat oleh Abu Jahal dan Abu Lahab pun diamlah kerana segala kaum Quraish dan segala kaum bani Hasyim berhimpun serta Abu Tholib itu maka si Abu Jahal dan Lahab pun diamlah tiada dapat ia mengaru birukan segala sahabat nabi Mahamada. Setelah Abu Tholib hilang itu maka rasul Allaha pun dapatlah di haru biru oleh segala kafir itu. Bermula datang suatu hari rasul Allaha naik ke atas bukit Judi maka tatkala itu rasul Allaha pun menangis datang pada waktu malam maka beberapa air mata rasul Allaha setelah sudah lalu ia kembali.

Adapun rasul Allaha berjalan lalu itu di muka pintu Abu Jahal maka pada ketika itu Abu Jahal dengan segala keluarganya dan Abu Lahab semuanya pun ada berdiri di pintu. Maka matanya pun memandang kepada rasul Allaha daripada sebab dengkinya yang tiada berguna jikalau dapat tiadalah ia mahu memandang. Maka Abu Jahal berkata “Baharukah engkau kembali janganlah engkau menghendak jalan penghulu itu di manakan dapat. Bahawa siang malam engkau dengan kelaparanmu tiada makan”.

Setelah Abu Lahab mendengar kata Abu Jahal demikian itu maka ujarnya Abu Lahab “Hai penghulu Arab tuan hamba katakan kepada anak piatu itu kerana aku tahu akan dia hendak mencari kebesaran daripada kami sekelian maka ia melakukan dirinya demikian itu”. Setelah Abu Jahal mendengar kata Abu Lahab demikian itu maka rasul Allaha pun di usirnya oleh Abu Jahal. Kelakian rasul Allaha pun segera berjalan keluar daripada pintu Abu Jahal A’layaha Al Laa’nata maka tiada sempat di usirnya. Maka oleh Abu Jahal dari belakang rasul Allaha itu di suruhnya lontar pada budak2 kanak2 seraya katanya “Adapun Mahamada telah majnunlah”. Maka di lontarnyalah oleh segala kanak2 itu kena kepala rasul Allaha dan kakinya pun kena lalu berdarah maka pada ketika itu segala malaikat yang di langit semuanya pun menangis.

Pada tatkala Mahamada luka itu kedengaranlah kepada Abu Bakar maka iapun segera berlari2 datang mendapatkan rasul Allaha. Maka di lihat oleh Abu Bakar kepala rasul Allaha dan kaki rasul Allaha pun berdarah maka tiadalah tertahan hati Abu Bakar lalu ia hendak pergi ke kampong Abu Jahal dan Abu Lahab. Maka sabda rasul Allaha “Hai Abu Bakar adapun pada ketika ini percintaan tiada mengapa daripada Allaha Taa’alaya juga datangnya” maka ujar Abu Bakar “Ya rasul Allaha jikalau demikian marilah hamba bungkus luka tuan hamba itu kerana darah tuan hamba itu tiadalah terlihat oleh hambamu”.

Maka ujar rasul Allaha “Hai Abu Bakar adapun telah segeralah aku akan halku demikian ini kerana Allaha Taa’laya A’za Wa Jala menunjukkan dia pada segala malaikat yang maqorobin. Bermula aku bersakiti kepadanya supaya pada hari kiamat jemah segala umatku yang tiada berbuat kebaktian bahawa darah kakiku itulah akan melepaskan dia daripada titi Shoroatho Al Masataqoyama supaya segala umatku lalu dari sana dengan tiada berlelah dengna sentosanya ia berjalan.

Bermula aku pun berdiri dengan darahku pada penjuru titian Shoroatho Al Masataqoyama itu. Maka sembahku “Ya tuhanku dengan peliharamu bahawa kupohonkan kepadamu bagi kekasihku yang berdarah itu anugerahkan bagi dosanya segala umatku hambamu memohonkan kurnia minta engkau peliharakan dia daripada titi Shoroatho Al Masataqoyama itu haraplah aku kepadamu memohonkan ampun dosa segala umatku””.

Maka oleh rasul Allaha sangatlah di permuliakan Abu Bakar itu hataya maka hampirlah waktu Isyak maka rasul Allaha pun masuk ke dalam Kaabah sembahyang Isyak dengan lukanya serta dengan darahnya pada ketika sembahyang fardhu Isyak. Setelah sudah rasul Allaha sembahyang maka ia pun fikir dalam hatinya malam ini “Kemana baik aku pergi membawa dukacitaku ini pada siapa baik aku katakan. Adapun sekarang baiklah aku pergi ke rumah saudaraku Atikah supaya segala dukacitaku ini kukatakan kepadanya”.

Hataya maka rasul Allaha pun datanglah ke pintu Atikah maka di dengar oleh rasul Allaha bunyi suara Atikah menangis seraya katanya “Wah sayang sekali yang di permulia Allaha dalam dunia dan di dalam akhirat telah ada daripada berkat cahaya makrifatnya datang pada hati kiamat jemah jadi teranglah daripada cahaya nubuatnya dan syafaatnya memohonkan pada Allaha Taa’alaya ampun bagi segala yang menurut katanya itu lepas ia daripada hisab hari kiamat itu jadi teranglah sebab cahaya. Bermula segala yang tiada dosa itupun beroleh sentosalah daripada berkat syafaatnya bahawa sekarang ini seterunya banyak ia hanya seorang juga”. Setelah rasul Allaha mendengar kata Atikah demikian itu maka iapun menangis seraya katanya “Bahawa aku datang pada ibuku hendak mengatakan dukacitaku ini sekarang kudengar iapun dukacita juga”.

Kelakian maka rasul Allaha pun perlahan2 datang menepuk pintu maka ujar Atikah “Siapa kamu datang menepuk pintu rumahku ini” maka ujar rasul Allaha “Hai ibuku aku”. Demi di dengar Atikah suara rasul Allaha itu maka Atikah pun segeralah membuka pintu seraya katanya “Hai nyawa ibu mengapa maka datang ke rumah ibu bukan ketikanya anakku datang ini” maka ujar rasul Allaha “Oleh daripada ibukulah maka aku datang membawa dukacitaku ini. Jika bukan ketikanya pun pada malam ini oleh rumah ibuku maka aku hendak tidurlah di sini pada tempat yang suatu”.

Setelah itu maka rasul Allaha pun naiklah ke rumah itu lalu beradulah kemudian maka Atikah pun fikir dalam hatinya “Adapun anak saudaraku ini bahawa segala orang dalam Makah ini semuanya menjadi seterunya. Akan sekarang ini ia hanya seorang dirinya diam dalam rumahku ini takut siapa tahu seterunya datang kalau apa akan dia. Jikalau demikian baiklah aku turun berkawal jika kuliat seterunya datang maka aku berseru2lah supaya di dengar oleh segala sahabatnya nescaya ia datang menolongi dia”.

Kelakian maka Atikah pun mengambil shamsaranya pusaka daripada Abu Tholib itu maka kain selimutnya pun di ikat akannya pada pinggangnya. Syahdan pedang itupun di pikulnya maka ia pun turunlah lalu ia berlari2 ke hadapan rumahnya sesaat ia berlari2 ke belakang rumahnya. Setelah pada waktu tengah malam maka firman Allaha Taa’alaya kepada malaikat yang memegang tidur ruh Nabuan namanya. Maka firman Allaha Taa’alaya “Hai malaikat ruh Nabuan siapakah lagi yang jaga belum tidur dalam dunia” maka ujar ruh Nabuan “Ya tuhanku bahawa engkau juga yang lebih tahu adapun yang lagi jaga ada perempuan tuha ia seorang jaga mengawal kekasihmu” maka firman Allaha Taa’alaya “Hai ruh Nabuan itupun tidurkan olehmu”.

Hataya maka Atikah pun hendak tidur tiadalah dapat di tahaninya lagi maka ia pun tersandarlah pada pagar lalu tidur dan pedang itu pun jatuh daripada tangannya Atikah. Maka firman Allaha kepada Jibril “Hai Jibril bahawa kekasihku dalam dunia terlalu amat dukacita. Pergilah engkau bawa mahkota dan kain dan baju dari dalam syurga suruh pakai pada kekasihku itu dan iapun bawa naik olehmu pada Makmur urati supaya dukacitanya itu di katakan pada aku akan tempatnya mengadukan halnya itu tiada ada yang lain lagi hanya aku juga”.

Hataya maka Jibril pun pergilah ia membawa firman kepada rasul Allaha demikian bunyinya Fa Awaa’ya Rohaa Maa Wahaya. Maka ujar Jibril “Ya rasul Allaha bangun tuan hamba” maka rasul Allaha pun bangun lalu ia berjalan sama2 dengan Jibril. Maka Atikah pun jaga lalu ia pergi kepada tempat rasul Allaha beradu itu maka rasul Allaha pun tiadalah maka Atikah pun mengampiri supaya di dengar orang “Wah Mahamada di bawa oranglah gerangan ia apakah halnya perbuat oleh seterunya” maka sekali lagi Atikah hendak mengharap. Maka baharu ia hendak mengharap maka di dengarnya oleh Atikah suatu suara demikian bunyinya ujarnya “Hai Atikah yang lemah hati jangan engkau takut bahawa Mahamada lagi naik ke langit”.

Setelah ia mendengar suara itu maka Atikah pun diamlah adapun pada suatu kaul mengatakan sebab pun rasul Allaha naik ke langit itu sekali persetua bahawa langit dan bumi berbantah. Maka ujar bumi “Aku juga lebih kerana segala pohon kayu kayuan daripada aku barang suatu dirikannya kepada aku daripada emas sepuluh kubelakan dia” maka ujar langit “Aku yang lebih daripadamu kerana aku tinggi dan cahaya pun ada kepadaku bulan matahari dan bintang semuanya pun ada padaku. Bahawa engkau hanya tanah yang lain suatu pun tiada kepadamu. Firman Allaha ertinya bahawa engkau bumi tanah yang hitam itulah hanya yang ada padamu”.

Setelah bumi mendengar kata langit demikian itu maka bumi pun menangis dengan dukacitanya maka ujarnya “Hai langit bahawa segala katamu itu tiadalah berguna. Adapun yang kau besarkan itu bulan matahari dan bintang semuanya daripada setitik cahaya Mahamada juga dan tapaknya itu ada di atasku”. Setelah langit mendengar kata bumi demikian itu maka lagint pun menangislah serta minta doa ujarnya “Ya tuhanku betapa barang yang engkau anugerah akan dia itu akan aku pun demikian lagi kehendakku bahawa yang tapak kekasihmu itu suruh unjukkan kepada aku dan hendaklah kekasihmu itu kau naikkan ke atasku supaya aku beroleh pahala daripada berkatnya itu”.

Kelakian maka firman Allaha demikian bunyinya Al Hamada Allaha Aladzaya Asaroya Ba A’badaha Layalaa Mana Al Masajada Al Haroama ertinya bahawa malam engkau berlelah ya Mahamada dengan dia bertambahlah sembahyang sunat supaya mudah mudahan engkau di angkatkan tuhan kepada tempatmu yang tersuci ertinya pada makam syafaat. Adapun akan rasul Allaha itu ada kalanya pada malam ia tidur ada kalanya ia jaga bermula jika mata Mahamada tidur sekalipun yang hati Mahamada itu jaga juga.

Bermula adapun tatkala Jibril datang memanggil Mahamada itu Jibril lalu pada ketujuh langit bunyi sayapnya sudahlah kedengaran kepada rasul Allaha. Maka rasul Allaha pun tahulah akan Jibril datang membawa firman Allaha yang maka mulia itu. Setelah Jibril datang pada langit dunia maka nabi Allaha pun duduklah pada tempat yang suci. Pada seketika itu Jibril pun datanglah membawa firman Allaha daripada tuhan seru sekelian alam demikian bunyinya “Ya nabi Allaha bahawa tuhan seru sekelian alam berkirim salam kepada tuan hamba. Adapun tuan hamba di jadikan akan menyampaikan kata pada segala hamba Allaha datang kepada hari kiamat jemah. Adapun firman kepada tuan hamba suruh hamba membawa tuan hamba keluar negeri supaya tuan hamba di lihat oleh segala umat tuan hamba supaya ia mengetahui akan dosanya dan kebaktian”.

Kelakian maka Jibril pun berpegang2 tangan dengan rasul Allaha lalu di bawanya berjalan keluar negeri. Setelah datang kesana maka Jibril pun menunjukkan dirinya pada segala umat rasul Allaha bahawa seorang2 berkata “Adapun siapa anak siapa pada masa ini jadi dari dalam perut ibunya seumurnya dalam dunia berbuat kebaktian dan yang setengah pula dalam dunia berbuat a’si”. Barang ada umat rasul Allaha itu semuanya di tunjukkan oleh Jibril kepada nabi Allaha maka ujar Jibril “Ya rasul Allaha jika tuan hamba datang kepada makam Mahamawada (Mahmuda) kelak maka kau pohonkann dosanya mereka itu seperti firman Allaha Taa’alaya demikian bunyinya Wa Mana Allaha Fa Tahaba Baro Faaqolaha Laka A’saya Ana Nabayayana Robaka Maqoama Mahamawada.

Di sanalah Jibril kembali maka rasul Allaha pun serta pulang sambil menangis oleh ia melihat hal umatnya demikian itu ada yang berbuat baik ada yang berbuat jahat daripada beberapa ribu dosa suatu pun tiada kebaktian semuanya derhaka juga yang di perbuatnya itu. Maka rasul Allaha pun berseru2 “Ya tuhanku derhaka mana yang mudah hambamu pohonkan kurnia mereka itu yang hamba pintakan syafaat itu. Bahawa mereka itu semuanya pun sama berbuat derhaka kepadamu”. Kemudian daripada itu maka rasul Allaha pun minta doa pada malam dan siang bahawa dengan seorang pun rasul Allaha tiada bertemu dan tiada berkata2 pagi dan petang rasul Allaha tiada lagi makan dan tidur.

Bahawa ia sembahyang juga dua rakaat salam serta minta doa demikian bunyinya “Ya tuhanku bahawa umatku terlalu dhoif tiada kuasa merasai seksa api neraka. Bahawa hambamu memohonkan ampun dan syafaat akan mereka itu engkau anugerahkan bagiku”. Maka beberapa2 rasul Allaha berseru2 minta ampun serta menangis dan segala malaikat maqorobin pun turut menangis oleh ia melihat rasul Allaha menangis itu. Maka ujar segala malaikat “Ya tuhanku dukacita apa guna kerahkan kekasihmu itu” maka firman Allaha Taa’alaya “Hai Jibril pergi engkau bawa ayat ini pada kekasihku demikian bunyinya Maa Anazaalanaa A’layaka Al Qoroana Lanatafaya”.

Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Musa munajat ke bukit Thowaro Sayanaa pertama tongkat Musa di suruh buangkan. Maka firman Allaha “Hai Musa buangkan olehmu” maka tongkat itupun di buangkan Musa maka menjadi naga jikalau takut ia akan naga itu berapa perinya akan bertakut seterunya. Barang kala Musa hendak naik ke bukit Thowaro Sayanaa itu maka Musa pun membuangkan tongkatnya maka tongkat itupun menjadi naga.

Setelah di lihat oleh Musa akan naga itu maka nabi Musa pun takut akan dia maka firman Allaha pada Musa demikian bunyinya “Hai Musa jangan engkau takut akan naga itu”. Maka barang kala Musa hendak melawan seterunya maka Musa pun membuangkan tongkat itu menjadi naga jika beberapa ribu sekali pun seterunya datang hendak melawan Musa demi ia melihat tongkat itu jadi naga maka barang ada mereka itu pun semuanya habis lari maka Musa pun diamlah pada tempatnya juga ia berdiri.

Adapun bahawa rasul Allaha pada hari kiamat jemah mohonkan ampun akan bagi segala umatnya yang berdosanya sekelian akan seksa api neraka yang terlalu besar itu. Bermula rasul Allaha pun sudah melihat neraka maka tiadalah sangat hebat akan dia sebab itulah tatkala rasul Allaha Mikraj di suruh pergi melihat neraka supaya kemudian lagi jangan hebat melihat dia. Bermula pada hari kiamat jemah segala manusia semuanya di suruh himpunkan yang dahulu dan yang mati kemudian. Setelah berhimpun maka semuanya pun duduk bersaf2 seraya menundukkan kepalanya.

Bermula banyak saf itu seratus dua puluh saf daripada pertama datang kesudahan manusia. Adapun yang delapan saf itu umat Mahamada Rosawala Allaha lain daripada itu segala jin. Pada suatu saf segala malaikat semuanya daripada langit yang pertama datang pada langit dunia semuanya bersaf2 turun pada padang A’roshoata Al Qoyamaha. Maka segala dunia pun penuhlah sehingga segala malaikat turun menunggui Sajarota Al Manatahaya itupun turun sepuluh bahagi lebih daripada itu malaikat yang menunggu langit. Bermula segala malaikat menunggui Arash pun turun dan malaikat yang menunggui Kursi itupun turunlah akan bilangan banyaknya seorang pun tiada mengetahui dia hanya Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga yang mengetahui dia.

Bermula segala orang yang berdosa itupun semuanya berdiri berhimpun menangis dan beberapa dinding dan segala penjuru beberapa terhantar di sana segala yang berdosa itu beberapa bendahari neraka berdiri memegang tangan orang itu. Bermula neraka itupun telah berhadir akan dirinya nanti hari kiamat akan datang seperti sabda nabi dan firman Allaha A’za Wa Jala di dalam Qoroana. Maka ujar bendahari neraka itu sembahnya “Ya tuhanku kurniakan hambamu segala mereka yang makan nikmatmu maka di sembahnya lain daripadamu dan engkau pun di lawannya. Bermula yang kau jadikan itu di suruh menyembah dikau akan sekarang ini berikan daku supaya dengan firmanmu kubalaskan baginya. Bermula ingin pula aku hendak mendengar suaranya pada hari ini”.

Adapun banyak mereka itu pada lakunya masing2 pada masa itu bahawa seorang pun malaikat yang maqorobin tiada lagi berdiri semuanya duduk dengan takutnya sambil menundukkan kepalanya. Bermula segala nabi yang berasal semuanya pun duduk bertelut. Adapun segala orang yang berdosa semuanya merendahkan diri dengan takutnya maka segala laki2 dan perempuan yang berdosa semuanya itu di helanya oleh malaikat yang bernama Zabaniah lalu di gugurkannya ke dalam neraka. Bermula pada ketika itu seorang pun tiada ada yang menolong dia lagi melainkan dirinya dengan dirinya juga.

Setelah rasul Allaha melihat demikian itu maka rasul Allaha pun turun dari atas mimbar berdiri di hadapan segala nabi yang bernama beribu2 itu dan malaikat beribu2. Maka malaikat yang maqorobin itupun semuanya duduk bertelut di hadapan rasul Allaha maka ujarnya “Wah Nafasaya2” maka tatkala itu segala nabi yang beribu2 itupun kesemuanya mengatakan “Wah Nafasaya2” melainkan nabi Mahamada juga yang berkata Amataya. Maka sembah rasul Allaha “Ya tuhanku bahawa aku tiada meminta ampun akan cucuk Hasan dan Husin. Adapun akan aku meminta ampun akan segala umatku juga”. Maka firman Allaha A’za Wa Jala demikian bunyinya “Hai kekasihku yang sembahyang itu telah aku perkenankan” maka rasul Allaha pun berdatang sembah “Ya tuhanku anugerahkan kepada aku supaya aku berlepas akan dia”.

Adapun di ceterakan akan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya “Bahawa Allaha A’za Wa Jala pertama menjadikan semata sekelian daripada tiada kepada ada. Yang dahulu daripada Arash dan Kursi dan Qalam dan Luh dan langit dan bumi syurga dan neraka semuanya pun belum jadi. Pertama yang di jadikan Nur Mahamada tiga ratus tahun lamanya yang dahulu di jadikan daripada tiada kepada ada. Kemudian daripada itu maka di jadikan empat puluh ribu bingkisan biji sawi2 itu setahun di makannya oleh burung itu. Apabila habis biji sawi2 itu di makannya oleh burung itu kemudian maka burung itupun mati.

Adapun ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini sekali persetua maka rasul Allaha duduk serta Jibril. Maka rasul Allaha pun berkata “Hai Jibril engkaukah tuha daripada hamba” maka Jibril pun tersenyum sebab ia mendengar kata rasul Allaha demikian itu. Maka ujar Jibril “Ya Mahamada terlalulah indah yang tuan hamba tanyakan kepada aku itu. Adapun kulihat bilangan umur tuan hamba yang tersurat pada Luh Mahfuz itu hanya enam puluh tiga tahun juga tiada lebih daripada itu. Adapun akan bilangan umurku tiada kutahu tetapi ada kulihat suatu bintang di langit tiga puluh ribu tahun lamanya tiga puluh ribu kali ia masuk terbit”.

Maka ujar rasul Allaha “Ya Jibril tuan hamba kenalkah Kahadin” maka rasul Allaha pun memusarkan dahinya. Maka di lihat oleh Jibril adalah bintang itu pada dahi rasul Allaha bahawa di kenalkannya seperti yang telah di lihatnya dahulu itu tiada bersalahan lagi. Maka Jibril pun menundukkan kepalanya maka ujar rasul Allaha “Hai Jibril adakah malaikat yang dahulu daripada diri di jadikan Allaha Taa’alaya atau tiada” maka ujar Jibril “Bahawa seorang pun malaikat tiada di jadikan Allaha dahulu daripada hamba”. Maka ujar rasul Allaha “Adapun telah tuan hamba sudah jadi serta terbuka mata tuan hamba apa2 yang pertamanya tuan hamba lihat” maka ujar Jibril “Serta terbuka mata hamba juga bahawa cahaya tuan hambalah yang hamba lihat”. Maka ujar Jibril “Ya rasul Allaha bahawa sungguhnya tuan hamba tua daripada hamba”.

Maka berkata Kaa’ba Al Akhobaaro berapa hayat adapun kulihat di dalam Taurat cahaya rasul Allaha di jadikan Allaha A’za Wa Jala daripada semata sekelian tiga ratus lima puluh ribu tahun di ajar mengucap tasbih demikian bunyinya memujikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Setelah itu maka Allaha A’za Wa Jala menjadikan hidayat dan menjadikan dinding dua belas pertama dinding syafaat kedua dinding Saa’dat ketiga dinding Keramat keempat dinding Rahmat kelima dinding Taat keenam dinding Minta ketujuh dinding Menjawat kedelapan dinding Wilayat kesembilan dinding Hebat kesepuluh dinding Kudrat kesebelas dinding Roafat kedua belas dinding Azat.

Maka Allaha A’za Wa Jala pun memberi firman kepada Nur Mahamada itu di suruh masuk ada segala dinding itu. Adapun suatu2 dinding itu dua belas ribu tahun lamanya maka datang kepada dinding dua belas itu kemudian daripada itu maka Allaha A’za Wa Jala menjadikan sepuluh laut. Pertama laut Syafaat kedua laut Nasihat ketiga laut Sakar keempat laut Jabarut kelima laut Senahawat keenam laut Amanat ketujuh laut Rahim kedelapan laut Qonaa’t kesembila laut Mahabat kesepuluh laut Baa’da. Di atas laut sekelian itu maka firmannya kepada Nur Mahamada “Hai cahaya kekasihku pergilah engkau berenang kepada laut itu” maka Nur Mahamada itupun pergilah ia.

Bermula pada laut yang pertama di sana ia berenang seribu tahun lamanya serta dengan puji pujian cahaya itu demikian bunyinya Yaa Roba2. Datang pada laut yang kedua di sana ia berenang serta dengan di sebutnya Yaa Alahaya2. Pada laut yang ketiga di sana ia berenang tiga ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa Mawalaya2. Pada laut yang keempat di sana ia berenang empat ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa Mahamada2. Pada laut yang kelima di sana ia berenang lima ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Wahayada2.

Pada laut yang keenam di sana ia berenang enam ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa Farodawasa2. Pada laut yang ketujuh di sana ia berenang tujuh ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa A’lamaa2. Pada laut yang kedelapan di sana ia berenang delapan ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa A’zhoyama2. Pada laut yang kesembilan di sana ia berenang Sembilan ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Yaa Rowafa2. Pada laut yang kesepuluh di sana ia berenang sepuluh ribu tahun lamanya serta dengan sebutnya Sabawaha Qodawasa Yaa Allaha Yaa Karoyama.

Kelakian maka Allaha A’za Wa Jala pun menjadikan suatu hamparan adapun besarnya hamparan itu seperti tujuh laut dan tujuh bumi. Bermula di atas hamparan itu di jadikan Allaha Taa’alaya tujuh belas makam. Pertama makam Waahada kedua makam Makrifat ketiga makam Asalaama keempat makam Hawawa kelima makam Rokhoa keenam makam Sakaba ketujuh makam Habaro kedelapan makam Faqowaa’ kesembilan makam Khoshawaa’ kesepuluh makam Khosaaba kesebelas makam Amafata kedua belas makam Habata ketiga belas makam Khobaro keempat belas maka Qonaa’t kelima belas makam Qofaraya keenam belas Tasalayama ketujuh belas makam Mahabat. Hataya maka Nur Mahamada itupun bernyala sendirinya daripada sangat berahinya memuji tuhannya.

Setelah sudah cahaya itu melalui segala makam itu maka firman Allaha kepada cahaya itu demikian bunyinya “Hai cahaya kekasihku setelah mengenal daku demikian sembahku”. Maka Nur Mahamada pun memulai menyembah serta berdiri sembahyang maka di sana ia mengikat takbir serta seribu tahun dan qiam seribu tahun dan rukuk seribu tahun dan sujud pun seribu tahun dan duduk seribu tahun maka ia sujud pula seribu tahun bangun berdiri pula seribu tahun lalu ia rukuk sujud pula sambil tahayat dan memberi salam semuanya itupun seribu tahun lamanya juga.

Setelah sudah Nur Mahamada sembahyang dua rakaat salam itu maka firman Allaha A’za Wa Jalan kepada Nur Mahamada “Hai cahaya kekasihku terlalu sangat kebaktian kepada aku ini. Apa juga kehendakmu supaya aku anugerahkan” maka cahaya itupun berdatang sembah “Ya tuhanku telah engkau ketahui bahawa aku engkau jadikan penghulu orang sekelian mereka itu menjadi umatku. Bahawa kebaktian hambamu inilah akan balasnya kepadamu”. Maka firman Allaha “Hai cahaya kekasihku barang yang kau pohonkan kepada aku itu sekarang telah kuperkenanlah yang seperti sembahmu itu”.

Setelah ia mendengar firman Allaha Taa’alaya demikian itu maka cahaya itupun terlalu amat sukacita lalu ia meruap maka menjadi dua puluh empat ribu titik. Maka di ambil setitik di sana ada tilik tuhan dengan tilik kudratnya maka menjadi seratus dua puluh titik empat qothrah daripada suatu2 qothrah itu jadi nyawa Israfil suatu qothrah jadi nyawa Mikail maka suatu qothrah jadi nyawa Izrail suatu qothrah jadi nyawa malaikat yang mengeliling Arash suatu qothrah jadi nyawa Jibril suatu qothrah di ambil di jadikan semata sekelian alam.

Bermula yang sepuluh qothrah itu di tilik pula dengna tilik kudrat jadi sepuluh qothrah daripada sepuluh qothrah itu di ambil daripada suatu qothrah di jadikan Luh suatu qothrah di jadikan Qalam suatu qothrah di jadikan matahari suatu di jadikan bulan suatu qothrah di jadikan bintang suatu qothrah di jadikan hayat dan khalifah Rodhowaana. Bermula di ambil pula daripada sepuluh qothrah itu di jadikan laut dan bumi syurga neraka dan yang kesepuluh qothrah itu nyawanya daripada akan tilik kudrat tuhan Malaka Al Jabaaro itu jadi segala darah.

Maka firman Allaha Taa’alaya kepada cahaya itu menyuruh ia diam ada penjuru Arash itu tujuh ribu tahun lamanya kemudian maka ia mengucap tasbih. Maka daripada Arash itu ia berenang kepada Kursi enam ribu tahun lamanya kemudian maka cahaya itupun berenang kepada Luh pula lima ribu tahun lamanya ia diam di sana serta mengucap tasbih akan Allaha A’za Wa Jala. Maka firman Allaha kepada Jibril “Ambil akan aku hati bumi” maka Jibril pun turun ke bumi maka bumi pun membelah akan dirinya maka kelihatanlah hati bumi terlalu putih seperti kafur daripada sangat berahinya itu.

Maka iapun merupakan dirinya maka Jibril pun mengambil hati bumi itu kira2 semisyghal beratnya. Adapun akan suatu misyghal itu beratnya kurang dua kupang supaya maka oleh Jibril akan hati bumi itu pun di bubuhnya pada tapak tangannya lalu di bawanya kembali ke hadrat Allaha Taa’alaya. Maka firman Allaha A’za Wa Jala kepada Jibril “Pergi engkau ke dalam syurga ambilkan aku kafur dengan kasturi dan ambar dan kamakama yang memecah baunya minuman tasnim dan salsabil. Maka dengan sekejap mata itu juga Jibril pun datanglah sembahnya “Ya tuhanku perbuatan apa dan hikmat apa di dalamnya itu hambamu tiada tahu”.

Maka firman Allaha A’za Wa Jala “Hai Jibril tahukah engkau bahawa daripada kafur inilah tulang Mahamada kujadikan dan daripada kamakama itulah tubuh Mahamada kujadikan dan daripada kasturi itulah darah Mahamada kujadikan daripada minuman tasnim itu air muka Mahamada kujadikan dan daripada minuman Maa’yana itulah mulut Mahamada kujadikan dan daripada minuman Salsabil itulah akan tempat syukur Mahamada kujadikan. Hai Jibril akan Mahamada itulah jumlahnya kujadikan penghulu segala yang kujadikan di dalam dunia ini dan guru segala yang banyak itu. Datang kepada hari kiamat jemah lagi akan berkata2 dengan aku ialah hanya memohonkan ampun dosa bagi segala umatnya. Bahawa syafaatnya itulah kuperkenankan”.

Bermula maka tanah itupun lagi terhantar pada tapak tangan Jibril itu juga maka Nur Mahamada itupun terbang lalu masuk ia pada tanah yang di pegang Jibril itu di sanalah ia diam. Maka Allaha A’za Wa Jala pun menitahkan Jibril mengarak tanah kekasihku itu berkeliling Arash Allaha. Bahawa tanah itu pun memohonkan ampun akan segala umatnya yang berdosa pada hari kiamat jemah dan inilah yang tersebut pada azali yang tersebut Allaha A’za Wa Jala menunjukkan pendil Arash Allaha penuh berisi air rahmat. Maka tanah kekasihku itupun terbanglah kepada pendil itu di sanalah ia terhantar.

Kelakian maka Allaha A’za Wa Jala pun menjadikan Adam A’layaha Al Salaama daripada tiada kepada ada. Setelah berapa lamanya maka tubuh Adam itupun sudahlah. Bermula pada antara kening Adam iu di sana lambung maka tanah daripada pendil itupun terbang pada lambung batil dahi Adam itupun bercahaya seperti bintang Timur. Kemudian maka Nur Mahamada itupun turun kepada Hawaya maka daripada Hawaya turun kepada nabi Shayatsa daripada nabi Shayatsa turun kepada Idris daripada Idris turun kepada Ibrahim daripada Ibrahim turun temurun kepada A’bada Allaha. Hataya berapa lamanya turun kepada nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka firman Allaha Taa’alaya “Hai kekasihku pergilah engkau turun ke dunia membawa jalan yang betul benar dengan sempurnanya”.

Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini pertama kejadian Mahamada Rosawala Allaha tatkala sudah turun ke dunia bahawa yang dahulu membawa iman kepada rasul Allaha Bakhira Zaahaba yang pertama pada halnya sama dan Khatijah Kabaroya dan Abu Bakar Al Shodayaqo dan Ali anak Abi Tholib. Bermula pada sekali persetua Khatijah masuk ke dalam tirai maka Jibril pun turun membawa ayat kepada nabi Allaha demikian bunyinya Yaa Ayahaa Al Mazamala Qoma Alayala ertinya Hai yang berkelubung baca olehmu kitab ini maka sabda rasul Allaha “Bahawa aku tiada tahu mengaji”. Maka ujar Jibril “Akulah saudaramu” maka sabda nabi Mahamada “Bahawa bapaku A’bada Allaha seorang pun tiada anak yang lain lagi hanya aku juga seorang betapa maka engkau mengatakan aku saudaramu. Telah di ketahuinyalah aku ini pesuruh tuhan seru sekelian”.

Setelah itu maka nabi Mahamada pun memberi ijazat pengajar maka ujar Jibril “Ya Mahamada adapun segala keluarga tuan hamba itu hendaklah tuan hamba ajari pada segala mereka itu sekelian. Bahawa hendaklah ia percaya akan keesaan Allaha dan percaya ia akan tuan hamba pesuruhnya. Bermula segala pihak alam itupun hendaklah engkau perbenarkan kerana telah lamalah sekarang maka segala mereka itu pun habis sesat tunggang langgang ada yang menyembah api ada yang menyembah matahari ada yang menyembah bulan ada yang menyembah bintang sekelian itu di katakannya Allaha. Sebab itulah maka hamba datang membawa firman tuhan seru sekelian yang maha suci kepada tuan hamba yang di kasihnya. Bermula hendaklah tuan hamba tunjukkan pada segala mereka itu jalan yang betul demikianlah firman yang hamba bawa ini”.

Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini telah datanglah kepada empat puluh tahun umur rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka Jibril pun turun membawa ayat kepada rasul Allaha dengan di beri ijazat menyuruhkan orang membawa iman. Adapun sekelian dengan firman Allaha A’za Wa Jala terkadang Mikraj terkadang dengan titah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka firman Allaha demikian bunyi Wa Qoatalawa Al Masharokayana Kaafaha ertinya Ya Mahamada bunuh olehmu segala kafir itu barang siapa yang tiada mahu masuk agama.

Adapun barang siapa yang masuk agama itu kebanyakan daripada segala alam di perolehnya seperti Abu Bakar dan Omar dan Osman dan Ali Rodhoya Allaha A’na Hama Ajamaa’yana. Bermula barang siapa tiada mahu membawa agama dan iman maka orang itu beroleh celaka datang kepada Yawama Al Qoyaamata seperti Abu Lahab dan Abu Jahal A’layaha Al Laa’nata Allaha.

Ehsan dari : مهدي اسلام
Sumber: Kitab kisah nabi
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment