Pages

Friday, 16 October 2015

Rasul Allaha vs raja Handik II

Al kisah maka tersebutlah perkataan tuan puteri Zalazaya yang di negeri Kasthon Hirani. Setelah ia mendengar anakanda baginda dengan suaminya berperang dengan nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu maka puteri Zalazaya pun menyuruh menghimpunkan segala raja2 dan rakyatnya yang tiada tepermanai banyaknya itu. Maka pergilah pahlawan menghimpunkan rakyat dan segala bala tentera yang tiada tepermanai banyaknya itu kira2 sebulan perjalanan lamanya maka berhimpunlah rakyat di padang Kasthon Hirani itu.

Setelah sudah berhimpun maka pahlawan itupun datanglah mengadap tuan puteri Zalazaya itu maka sembah segala pahlawan itu “Ya tuanku telah berkampunglah rakyat duli tuanku itu”. Maka titah tuan puteri Zalazaya itu “Suruhlah perjamu dahulu rakyat kita itu” maka di perjamulah rakyat itu tiga hari tiga malam. Setelah sudah di perjamu maka tuan puteri itupun berjalanlah dari negeri Kasthon Hirani lalu ke padang Hunain. Hataya kelakian berapa lamanya di jalan itu maka tuan puteri Zalazaya pun sampailah ke padang Hunain itu maka kelihatanlah panji2 merah daripada pihak maghrib itu. Maka di khabarkan oranglah kepada raja Handik bahawa tuan puteri Zalazaya itu datang membawa rakyat yang tiada tepermanai banyaknya itu.

Setelah di dengar oleh raja Handik dan raja Badar bondanya datang itu membawa rakyat yang tiada tepermanai itu maka raja Handik pun pergilah ia mendapatkan isterinya dan raja Badar pun pergi juga bersama2 dengan ayahanda baginda itu mengalu2kan bonda baginda itu ke padang Hunain. Setelah sampai kepada khemah tuan puteri Zalazaya itu maka di persembahkan oranglah kepada tuan puteri Zalazaya itu “Bahawa paduka kekanda raja Handik dan paduka anakanda raja Badar tuanku datang mengalu2kan tuanku sekarang baginda itu ada di luar tuanku”.

Setelah tuan puteri Zalazaya mendengar paduka kekanda datang mendapatkan itu maka tuan puteri Zalazaya pun segeralah mendapatkan raja Handik. Setelah bertemu kedua laki isteri itu maka tuan puteri Zalazaya di bawa oleh raja Handik isterinya kembali ke istananya. Maka di perjamunya oleh raja Handik tuan puteri itu makan minum bersuka2an tujuh hari tujuh malam. Hataya maka tuan puteri pun menyuruhkan hulubalangnya dan segala rakyatnya berjalan menuju padang Hunain itu. Adapun akan padang Hunain itu luasnya enam bulan perjalanan jauhnya.

Maka daripada kebanyakan rakyat tuan puteri itu penuhlah padang Hunain itu tiada bersalahan lagi datang ke tepi laut Qalzum itu sebab kerana kebanyakan rakyat puteri Zalazaya itu kerana ia di kasihi oleh raja2 sekelian manusia dan sekelian raja di dalam hutan. Maka sekelian raja2 itupun terlalu banyak rakyatnya sebab itulah maka penuh sesak datang ke tepi laut Qalzum itu. Setelah sudah raja Handik berjamu tuan puteri itu maka titah raja Handik kepada isterinya “Ya adinda jikalau ada kiranya orang yang gagah2 barang empat puluh orang kiranya dapatlah kita mengalahkan baginda Ali itu”. Maka sahut tuan puteri Zalazaya “Ya tuanku raja Handik jangankan seorang dirinya Ali itu jikalau empat puluh orang sekalipun ada seperti Ali itu kami lawan juga ia perang. Adapun rakyatku yang seperti laut itu masakan ia habis”. Setelah sudah berkata2 maka raja Handik pun berjamu pula akan tuan puteri Zalazaya dan segala anak raja2 dan hulubalang dan rakyat sekelian makan minum bersuka2an.

Hataya kelakian maka terkhabarlah kepada raja Kastian akan raja Handik makan minum bersuka2an dengan tuan puteri Zalazaya itu. Maka raja Kastin pun terlalu amat amarahnya akan raja Handik itu sebab ia tiada di panggil oleh raja Handik. Maka titah raja Kastin “Baiklah aku tiada di panggilnya oleh raja Handik baiklah aku himpunkan segala rakyatku dengan segala bala tenteraku yang tiada tepermanai itu aku hendak mendatangi raja Handik itu”. Setelah sudah raja Kastin bertitah demikian itu lalu ia menyuruhkan hulubalang yang besar2 mengimpunkan rakyatnya dan segala bala tenteranya sekelian.

Adapun di ceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini adapun akan banyaknya segala bala tenteranya raja Kastin itu tujuh puluh ribu saf sekelian itu habis berkampung. Setelah sudah lengkap sekeliannya itu maka raja Kastin pun berjalanlah menuju negeri raja Handik. Hataya kelakian maka terdengarlah oleh raja jin yang di bukit Qaf itu maka iapun segeralah turun dari bukit Qaf itu lalu ia mendapatkan raja Kastin. Setelah bertemu raja jin itu dengan raja Kastin maka kedua raja2 itu berjabat tangan.

Maka raja jin itupun berkata kepada raja Kastin katanya “Hai saudaraku raja Kastin jangan tuan hamba berperang dengan raja Handik itu kerana rakyatnya pun terlalu amat banyak dan lagi pula ia saudara tua kepada tuan hamba betapa perinya tuan hamba melawan baginda itu”. Maka kata raja jin itu “Hai saudaraku baiklah kita pergi mendapatkan perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman ayahanda itu”. Setelah di dengar oleh raja Kastin kata raja jin itu maka kata raja Kastin “Hai saudaraku jikalau demikian kata tuan hamba marilah kita pergi bersama2 mendapatkan perbendaharaan ayahanda itu”.

Maka sahut raja jin “Hai saudaraku marilah kita berjalan ke dalam laut” maka raja Kastin pun berjalanlah dengan raja jin itu ke dalam laut. Hataya kelakian maka sampailah keduanya raja itu kepada perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama yang di dalam laut itu maka di bukanya oleh raja Kastin perbendaharaan itu. Maka di lihatnya oleh raja Kastin berapa2 ribu seperti tahta kerajaan yang bertatahkan ratna mutu manikam dan berapa2 pula daripada pakaian gajah dan kuda berlaksa2. Maka di bukanya pula oleh raja Kastin suatu bilik berapa2 pula tambunan intan jumantan dan permata yang bagai2 namanya dan warnanya dan beberapa pula tambunan emas dan perak maka raja Kastin pun hairanlah ia melihat kekayaan nabi Allaha Sulaiman itu.

Setelah raja Kastin sudah membuka perbendaharaan itu maka raja Kastin pun keluarlah daripada perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman itu bersama2 dengan raja jin maka kedua raja itupun duduklah pada suatu tempat di luar perbendarahaan itu. Syahdan maka datanglah seorang dewa bermain2 kepada tempat itu kerana ia menunggui perbendaharaan itu. Maka dewa itupun amarah lalu ia berkata kepada raja Kastin katanya “Hai manusia yang berkepala satu apa pekerjaanmu maka engkau datang kemari ini dan apa kehendakmu maka engkau duduk pada tempat nabi Allaha Sulaiman ini dan anak siapa engkau ini dan bangsa apa kamu ini”.

Setelah di dengar oleh raja jin kata dewa itu maka raja jin pun berkata “Hai dewa engkaukah yang menunggui perbendaharaan ini” maka sahut dewa itu “Hambalah yang menunggui perbendaharaan ini”. Maka kata raja jin itu “Hai dewa tiadakah engkau kenal raja ini. Inilah anak kepada nabi Allaha Sulaiman raja Kastin namanya saudaranya kepada raja Handik”. Setelah di dengar oleh dewa itu kata raja jin demikian itu maka dewa itupun memberi hormat kepada raja Kastin maka di sambut oleh raja Kastin dengan sepertinya.

Maka sembah dewa itu “Ya tuanku jikalau ada barang suatu pekerjaan tuanku yang besar2 tuanku sebut nama patik Dewa Seri Gempita. Nescaya patik datang dengan segala bala tentera patik sekelian” maka titah raja Kastin “Sebenarnyalah katamu itu”. Setelah itu maka raja Kastin dengan raja jin pun bermohonlah ia kepada dewa itu lalu ia kembali keduanya pulang masing2 ke negerinya.

Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Handik setelah ia sudah menjamu segala raja2 dan segala hulubalang dan rakyat sekelian itu. Maka baginda pun bertitah pada seorang menteri menyuruhkan segala raja2 dan segala hulubalang dan segala rakyat dengan segala bala tenteranya sekelian ke padang Hunain itu berhimpun maka padang Hunain itupun penuh. Setelah tiada lagi bersalahan oleh kebanyakan segala rakyat raja Handik dan rakyat tuan puteri Zalazaya itu. Setelah kepada keesokkan harinya maka berbunyilah gendang perang daripada kedua pihak tentera itu maka berdirilah ia di medan peperangan bersaf2.

Maka ada seorang hulubalang raja Handik itu adapun nama hulubalang itu Asfar Janggi namanya terlalu amat gagahnya dan beberapa negeri yang besar2 sudah dialahkannya. Maka ia berseru2 demikian katanya “Hai Amir Al Mukminin Ali Karoma Allaha Wajahaha manatah rakyatmu dan hulubalangmu suruhkanlah ia ke medan berlawan dengan aku sekelian supaya kamu aku bunuh”. Setelah baginda Ali mendengar kata segala kafir demikian itu maka baginda Ali pun datanglah gembiranya maka baginda Ali pun mengadap rasul Allaha serta minta izin kepada rasul Allaha.

Maka sabda rasul Allaha “Hai anakku Ali pergilah engkau kuserahkan kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya” maka baginda Ali pun naiklah ia ke atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut itu lalu baginda melompat ke udara. Maka baginda pun bertempik tiga kali berturut2 maka penuhlah segala alam ini bunyinya dan langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan belah rasanya. Maka rakyat raja Handik pun terlalu banyak matinya ada kira2 empat ribu yang mati seperti ikan kena tuba demikianlah rakyat raja Handik itu sebab mendengar bunyi tempik saidina Amir Al Mukminin Ali Karoma Allaha Wajahaha itu.

Maka baginda Ali pun mengunus pedangnya yang bernama Dza Al Faqoro maka Dza Al Faqoro pun memanjangkan dirinya saujana mata menentang jauhnya dan kekang kuda baginda pun di lepaskan dan di kejamkan baginda kedua matanya. Maka di serbukan dirinya kepada laskar raja Handik yang tiada tepermanai lagi banyaknya itu maka di parangkannyalah kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang maka terlalulah banyak matinya rakyat raja Handik itu bertimbun2 seperti bukit dan darah manusia pun seperti laut maka Daladala Jabarut pun mengarung di dalam laut darah itu bunyinya seperti ombak di laut Qalzum yang mengempas pada kaki bukit Qaf gemuruh bunyinya demikianlah rupanya itu.

Adapun baginda Ali mengamuk itu seorang dirinya juga maka baginda Ali pun memandang kekiri dan kekanan kehadapan dan kebelakang seorang pun diri yang berdiri lagi dan lakunya pun seperti harimau masuk kawan kambing demikianlah laku baginda itu. Adapun akan baginda Ali membunuh segala kafir itu terlalu banyak matinya tiada lagi terhisabkan banyaknya mati rakyat raja Handik itu ada kira2 sehari semalam lamanya. Maka baginda Ali pun letihlah tubuh baginda maka iapun berseru2 demikian katanya “Ya junjunganku berilah bantu akan hambamu supaya segala kafir ini kuhabiskan dengan kudrat iradat tuhanku yang maha mulia”.

Maka rasul Allaha pun minta kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya demikian bunyinya “Yaa Alahaya Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku beri apalah bantu akan hambamu kiranya”. Maka dengan seketika itu juga firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Hai Jibril bantu olehmu hambaku Ali itu” maka baginda Ali pun terlalu gagah pula daripada yang dahulu itu datang kepada dua hari dua malam baginda Ali berperang itu. Maka baginda Ali pun tiadalah kuasa lagi membunuh sekelian kafir itu maka baginda Ali pun berseru2 pula maka seru baginda itupun kedengaranlah pada tiga puluh persangga bumi jauhnya maka kedengaranlah kepada raja Kastin.

Maka rasul Allaha pun pergilah mendapatkan baginda Ali maka rasul Allaha mengambil batu yang seni maka di lemparkan oleh rasul Allaha kepada rakyat raja Handik itu. Setelah ia merasai sakit itu maka iapun minta ampun kepada rasul Allaha maka sabda rasul Allaha “Hai orang Handik mahukah engkau masuk Asalama” maka sahut mereka itu “Mahu hambamu masuk agama Asalama”. Maka sabda rasul Allaha “Ucaplah olehmu kalimah Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha” maka membawa imanlah mereka itu dan mengikut agama Asalama maka sekelian mereka itupun masuklah berperang bersama2 baginda Ali.

Dan apabila Amir Al Mukminin Ali melihat rakyat raja Handik itu membawa dirinya kepada rasul Allaha maka saidina Ali pun memegang hulu pedangnya dengan kedua belah tangannya. Maka di serbukannya dirinya kepada rakyat raja Handik yang tiada tepermanai banyaknya itu maka banyaklah mati segala kafir itu. Kira2 sejam lagi lamanya baginda Ali perang itu maka rakyat raja Handik pun pecahlah perangnya maka iapun larilah membawa dirinya barang kemana perginya ada yang lari masuk ke dalam hutan ada yang lari ke tepi laut ada yang lari masuk ke dalam kota lalu ia mengadap rajanya.

Maka iapun berdatang sembah demikian bunyinya “Ya tuanku syah alam adapun akan baginda Ali itu bukan barang2 lagi orang beraninya dengan gagahnya dan dengan pahlawan tiada terkira2 oleh patik. Jangankan patik sekelian dapat melawan dia menentang matanya pun patik sekelian tiada dapat ya tuanku”. Maka titah raja Handik “Hai celaka mengapa engkau berkata demikian itu berapakah hebat Ali itu seorang dirinya. Adapun akan rakyatku terlalu banyak esok harilah aku menyuruhkan hulubalangku berperang kira2 tujuh hari tujuh malam tiada kuperhentikan lagi siang dan malam”.

Maka raja Handik pun menitahkan hulubalang yang nama2 dua belas orang memanggil raja Kastin maka segala hulubalang itupun menyembah lalu ia pergi berjalan. Beberapa lamanya maka sampailah kepada negeri raja Kastin lalu masuk ke dalam kota maka di persembahkan oranglah kepada raja Kastin “Bahawa penyuruh daripada paduka kekanda raja Handik tuanku hulubalang dua belas orang hendaklah mengapa duli syah alam tuanku” maka titah raja Kastin “Suruhlah ia masuk”. Maka orang itupun keluarlah memberi tahu orang itu maka katanya “Hai hulubalang tuan hamba di panggil oleh baginda masuk mengadap” maka hulubalang itupun masuklah mengadap baginda itu.

Maka titah raja Kastin “Apa pekerjaanmu itu datang kepada aku ini” maka hulubalang itupun sujud seraya ia berdatang sembah demikian sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun patik ini di titahkan oleh paduka kekanda kemari ini tuanku di persilakan oleh paduka kekanda sungguh2 berangkat kerana paduka kekanda pun sedang perang dengan baginda Ali”. Setelah raja Kastin mendengar kata sembah hulubalang itu maka raja Kastin pun berlengkaplah akan berjalan itu.

Hataya kelakian maka sepeninggal hulubalang yang di suruh pergi keapada raja Kastin maka tuan puteri Zalazaya pun bertitah kepada segala hulubalangnya dan rakyatnya “Hai segala hulubalangku dan segala raja2 yang di bawahku pergilah engkau kembali ke negerimu. Adapun akan segala rakyat kita dan bala tentera kita seorang pun jangan bertinggalan dan jikalau kamu melalui seperti titahku ini nescaya kota paritmu kusuruh terbangkan kepada angin”. Maka apabila segala raja2 dan segala hulubalang itu mendengar titah tuan puteri itu maka sekelian pun sujud serta katanya “Daulat tuanku duli syah alam gilakah patik melalui titah tuanku itu” maka sekeliannya pulanglah masing2 ke negerinya.

Hataya kelakian maka raja Kastin pun berjalanlah mendapatkan kekanda baginda raja Handik maka rupa rakyat raja Kastin itupun berjalan seperti ombak mengalir dalam laut Qalzum berjalanlah ia menuju padang Hunain itu. Maka sekelian raja dan hulubalang dan rakyat dan bala tentera sekelian yang tiada tepermanai dan terhisabkan oleh segala makhluk melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga yang tahu akan banyaknya itu. Adapun di ceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini adapun akan banyak rakyat raja Kastin itu tujuh puluh ribu saf lagi akan datang mengiringkan baginda itu lain yang di hutan dan di dalam laut dan di udara.

Dan baginda itupun terlalu amat besar panjang dan tingginya tujuh puluh kaza dan lebar dadanya tujuh kaza serta dengan gagahnya dan perkasanya dan terlalu amat besar kerajaan baginda itu. Dan kemudian daripada itu maka raja Kastin itupun sampailah ke padang Hunain itu maka baginda pun menyuruhkan orangnya mendirikan khemah di tengah padang Hunain itu. Hataya maka hulubalang yang di titahkan oleh raja Handik itupun datanglah mengadap raja Handik maka sembahnya “Ya tuanku adapun akan sekarang telah datanglah paduka adinda raja Kastin itu tuanku”.

Setelah raja Handik mendengar sembah hulubalang itu akan adinda baginda sudah datang itu maka raja Handik pun menitahkan anakanda baginda raja Badar menjemput adinda baginda raja Kastin ke padang Hunain itu maka raja Badar pun menyembah ayahanda baginda lalu ia berjalan ke padang Hunain itu. Setelah ia sampai kepada khemah ayahanda raja Kastin maka raja Badar masuklah mengadap ayahanda baginda raja Kastin lalu ia sujud kepada ayahanda. Setelah ia bangkit daripada sujud maka sembahnya raja Badar “Tuanku di persilakan oleh paduka kekanda masuk ke negeri”.

Setelah raja Kastin mendengar sembah anakanda baginda itu maka raja Kastin pun segeralah keluar daripada khemah baginda itu dengan anakanda baginda raja Badar itu dan beberapa ratus raja2 dan hulubalang yang memakai mahkota yang keemasan mengiringkan raja Kastin mengadap kekanda baginda itu. Setelah sampailah ke istana paduka kekanda maka raja Kastin dan raja Badar pun masuklah dengan segala raja2 mengiringkan baginda itu. Setelah di lihat oleh raja Handik adinda baginda datang itu maka raja Handik pun segera ia berdiri turun daripada tahta kerajaannya itu lalu mendapatkan adinda baginda itu.

Serta bertemu maka di peluknya dan di dakapnya maka di pegangnya tangan adinda baginda di bawanya naik duduk bersama2 di atas singgahsana yang keemasan dan bertatahkan ratna mutu manikam. Adapun akan segala raja2 yang di bawanya raja Kastin yang mengikut baginda itu sekelian memakai mahkota gemerlapan rupanya seperti bintang di pandang sekelian orang. Maka di dudukkannya di atas kerusi yang keemasan ada kerusi tembaga suasa ada perak masing2 dengan patutnya. Setelah itu maka di perjamu oleh raja Handik makan minum bersuka2an tujuh hari tujuh malam.

Al kisah maka tersebutlah perkataan Amir Al Mukminin Ali tatkala baginda kembali daripada perang itu maka baginda pun kembali kepada rasul Allaha maka baginda Ali pun sujud kepada tapak Mabaaroka. Setelah ia berbangkit daripada sujud itu lalu ia pergi mengambil air sembahyang lalu baginda sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah maka baginda pun mengaji Qoroana sudah itu maka baginda Ali pun mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka baginda Ali pun berceterakan peri tatkala perang yang dahulu itu maka seketika baginda Ali berkata2 dengan rasul Allaha dan segala sahabat itu maka suruh daripada raja Kastin pun datang di suruhkan melihati peri banyak hulubalang Mahamada dan laskarnya ada berapa lagi yang tinggal itu.

Maka di persembahkan orang kepada rasul Allaha “Bahawa penyuruh daripada raja Kastin itu datang ya junjunganku” maka sabda rasul Allaha “Suruhkanlah ia masuk”. Maka masuklah hulubalang raja Kastin itu mengadap rasul Allaha maka sembah hulubalang itu “Ya nabi Allaha ada berapa kiranya junjunganku dan berapa keti ada rakyat junjunganku”. Maka sabda rasul Allaha “Hai orang Handik adapun orangku tiada berapa hanya empat ribu empat ratus empat puluh empat orang hulubalangku pertama Abu Bakar kedua Omar ketiga Osman dan yang keempat Ali”.

Maka sembah suruh itu “Ya junjunganku ada seorang pahlawan junjunganku terlalu gagah siapa namanya” maka sahut baginda Ali “Akulah baginda Ali Marotadhoya namaku dan apa kehendakmu katakanlah kepada aku”. Maka kata suruh itu “Ya baginda Ali berapakah besar hati tuan hamba maka hendak melawan raja hamba kerana raja hamba itu raja Kastin. Ia datang membantu saudaranya raja Handik kerana baginda itupun terlalu gagah lagi berani dan besar panjangnya raja itu tujuh puluh kaza dan lebarnya dadanya tujuh kaza dan rakyatnya pun terlalu banyak dan segala bala tenteranya pun tiada terhisabkan oleh segala makhluk melainkan Allaha Taa’alaya juga yang tahu akan banyaknya itu.

Syahdan tujuh puluh ribu saf rakyatnya akan datang dari laut dan dari dalam hutan ada yang dari udara kerana raja Kastin itu anak kekasih nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama. Hai baginda Ali demikianlah kata hamba”. Maka sahut baginda Ali “Hai hulubalang raja Kastin kembalilah engkau dahulu. Hendaklah engkau katakan kepada rajamu Ana Shaa Allaha Taa’alaya antaramu dan antaraku di tengah medan peperangan kelak kita bermain senjata. Barang siapa kelak di menangkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya di sanalah kelak kita berketahuan”.

Setelah itu maka sulu itupun kembalilah ia setelah ia sampai kepada raja Handik dan raja Kastin dan raja Badar maka iapun berdatang sembah demikian sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun akan kata baginda Ali itu” semuanya di persembahkan kepada raja Handik dan raja Kastin. Setelah di dengar oleh raja Handik dan raja Kastin akan sembah hulubalang itu maka raja Handik pun menyuruhkan adinda baginda raja Kastin pergi ke padang Hunain itu. Maka raja Kastin pun berjalanlah dengan segala raja2 dan hulubalang serta dengan rakyatnya sekelian yang tiada tepermanai lagi banyaknya itu seperti laut rupanya.

Kemudian daripada itu maka raja Handik pun menyuruhkan memanggil anakanda baginda raja Badar maka pergilah seorang hulubalang memanggil raja Badar. Setelah sudah sampai ke istana raja Badar maka hulubalang itupun masuk mengadap raja Badar sembahnya “Tuanku di panggil oleh paduka ayahanda” maka raja Badar pun segeralah berjalan mengadap paduka ayahanda baginda. Setelah sampai lalu ia menyembah ayahanda baginda maka titah ayahanda baginda “Hai anakku raja Badar apa bicaramu sekarang ini kerana aku hendak menyuruhkan orang kita ke Makah dan ke Madinah kerana Makah dan Madinah itu sunyilah ia tiada ada berapa lagi orangnya. Baiklah kita suruhkah orang kita kira2 tujuh laksa dan tujuh puluh pahlawan akan merampas negeri Makah dan Madinah” maka sembah raja Badar “Sebenarnyalah titah tuanku itu tetapi jangan di ketahui oleh baginda Ali”.

Setelah sudah raja Handik berbicara dengan anaknya demikian itu maka raja Handik pun menyuruhkan perang dahulu dengan baginda Ali segala hulubalang. Maka hulubalang yang di titahkan itupun sampailah ia ketengah medan seraya katanya “Hai baginda Ali marilah engkau ke medan berhadapan dengan aku”. Setelah di dengar oleh baginda Ali suara hulubalang memanggil baginda itu maka baginda Ali pun mengadap rasul Allaha lalu baginda sujud kepada tapak Mabaaroka maka sabda nabi Allaha “Hai anakku Ali pergilah engkau kepada Allaha aku serahkan”.

Maka baginda Ali pun naik ia ke atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut maka iapun melompat ke udara lalu baginda bertempik tiga kali berturut2 maka bunyi tempik baginda itu seperti langit akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurlah rasanya. Maka baginda Ali pun melepaskan kekang kudanya dan pedang baginda yang bernama Dza Al Faqoro pun di persandangnya maka lalu baginda menyerbukan dirinya kepada rakyatnya raja Handik dan raja Badar yang tiada tepermanai itu.

Maka baginda Ali pun mengunus pedangnya maka di parangkannyalah kekiri dan kekanan kehadapan dan kebelakang. Maka kepala segala rakyat raja Kastin itupun seperti rupa anak kati berpelantingan dan segala bangkai pun bertambun2 seperti bukit rupanya dan darah pun menjadi seperti laut. Maka kaki Daladala Jabarut pun mengarunglah dalam laut darah itu seperti bunyi ombak mengempas pada kaki bukit Qaf demikianlah bunyinya. Maka baginda Ali pun membunuh rakyat raja Handik dan raja Kastin itu tiga hari tiga malam lamanya tiada berhenti lagi.
Hataya kelakian maka tersebutlah perkataan menyuruhkan orangnya tujuh laksa dan tujuh ribu hulubalang yang pilihan maka sekeliannya itupun berjalanlah ke Makah dan Madinah. Maka di berjalan dari dalam hutan supaya jangan di lihat oleh baginda Ali siang malam tiada berhenti lagi sebab ia hendak bangat sampai ke Makah dan ke Madinah. Setelah ia sudah sampai ke Makah dan ke Madinah itu maka kata setengah hulubalang itu bukan ini negeri Makah dan Madinah dan setengah mengatakan inilah negeri Makah dan Madinah.

Maka segala mereka itu pun masuklah ia ke dalam kota maka matanya mereka itupun di butakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya sekeliannya berkat kemuliaan mukjizat nabi rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka iapun keluarlah maka apabila ia keluar kota maka matanya mereka itupun di celikkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan telinganya yang tiada mendengar pun mendengarlah. Maka di ceriterakan orang yang empunya ceritera ini tujuh kali ia masuk dan tujuh kali ia keluar demikian juga maka tiadalah ia berdiri berdaya lagi.

Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya datanglah fikirnya mereka itu sekeliannya maka katanya “Apa hal kita ini” hendak pun ia kembali ke negerinya takut ia akan raja Handik dan akan raja Kastin. Maka sekeliannya mereka itu pun mesyuarat dengan segala pahlawan yang tujuh ribu itu maka kata seorang hulubalang yang tertua daripada yang banyak itu katanya “Hai segala tuan2 sekeliannya apa bicara kita sekarang ini atau kembalikah kita barang kemana kita pergi”. Maka kata mereka itu sekelian “Mana bicara pahlawan kamu sekelian kami turut. Jikalau kita kembali apa baiknya dan apa jahatnya”.

Maka sahut pahlawan yang tua itu “Jikalau kita kembali dengan tiada berjasa nescaya kita sekelian mati di bunuhnya” maka kata rakyat yang banyak kepada pahlawannya sekelian “Kami mengikut”. Maka kata pahlawan yang tua itu “Mahukah tuan2 sekelian mengikut bicara hamba” maka sahut mereka itu sekelian “Lamun yang benar bicara tuan hamba mahulah hamba menurut dia”. Maka kata pahlawan itu “Jika demikian marilah hamba katakan bicara hamba. Adapun hamba dengar Mahamada itu terlalu baik perangainya dengan budi bahasanya pun lemah lembut. Lagi pun pemandangan hamba pekertinya pun baik dan lagi pula di menangkan Allaha ia daripada kaum kita sekelian”.

Maka kata pahlawan yang tua itu “Marilah kita mengikut agama nabi Mahamada Rosawala Allaha itu” maka sekelian mereka itu mendengar kata pahlawan itu maka semuanya pun sukalah ia berkenan akan kata dan bicara pahlawan itu. Maka sekelian mereka itu pun berjalanlah mengikut jalan yang benar mendapatkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Hataya kelakian beberapa lamanya ia berjalan itu maka iapun sampailah ke padang Hunain mendapatkan kepada khemah rasul Allaha.

Setelah mereka itu sekelian memandang kepada cahaya nubuat rasul Allaha maka sekeliannya mereka itu pun membuangkan senjatanya. Maka di ajarkan rasul Allaha membawa iman mereka itu sekeliannya dan mengucap kalimah shahadat maka ia ikrarlah membawa iman dengan sungguhnya hatinya. Maka sekelian mereka itu pun masuk peranglah ke padang Hunain menolong baginda Ali membunuh segala kafir itu. Ada seorang pahlawan tiada ia masuk agama Asalama maka iapun lari pulang kepada rajanya.

Setelah sampai kepada raja Handik maka lalu ia berdatang sembah2nya “Ya tuanku syah alam baik juga tuanku memberi bantu akan pahlawan tuanku itu akan melawan baginda Ali itu terlalu amat gagahnya. Sebagai pula akan pahlawan yang tuanku titahkan ke Makah dan ke Madinah itu akan sekarang sudahlah ia masuk pada agama Mahamada maka ia masuk perang menolong baginda Ali perang dengan rakyat tuanku ini”. Setelah sudah di dengar oleh raja Handik akan sembah pahlawan itu maka titah raja Handik “Hai celaka mengapakah maka engkau berkata demikian itu. Jangankan tujuh laksa ia membalik jikalau dua puluh laksa sekalipun tiada aku apa bahana kepada aku. Tetapi yang Ali itu aku lawan juga ia berperang berapakah betahnya Ali seorang dirinya itu akan rakyatku terlalu banyak tiada lagi terbilang oleh segala makhluk”.

Syahdan tatkala itu baginda Ali berperang itu genaplah lima hari dan lima malam membunuh rakyat raja Handik dan raja Kastin itu tiada baginda Ali merasai makan dan minum dan tiada tidur dan lagi pula melihat darah yang seperti laut itu. Maka rakyat raja Kastin sebagai juga ia datang tiada berputusan hulubalangnya berlompatan dan sikapnya seperti harimau lakunya di tengah medan itu maka baginda Ali pun berseru2 dengan nyaring suaranya. Maka kedengaranlah kepada tujuh petala bumi itu demikian bunyinya “Ya rasul Allaha beri apalah hambamu bantu jikalau tiada ada di beri bantu apalah hal hambamu ini”.

Maka sembah Abu Bakar dan Omar dan Osman “Ya rasul Allaha biarlah hambamu tiga orang ini pergi membantu Ali itu” maka sabda rasul Allaha “Hai segala sahabatku pergilah tuan hamba dengan segala orang kita yang empat laksa empat ribu empat ratus empat puluh itu. Aku serahkanlah kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya”. Maka nabi Allaha pun masuk peranglah berjalan mendapatkan baginda Ali itu. Setelah sampai kepada baginda Ali maka di lihatnya oleh baginda Ali rasul Allaha datang itu dengan segala sahabat dan rakyat sekelian membunuh segala kafir itu maka baginda Ali bertambah2 keras tulangnya maka gembiranya pun datanglah.

Maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun masuk peranglah bersama2 dengan baginda Ali dan segala rakyat yang empat laksa empat ribu empat ratus empat puluh empat orang dengan sahabat itupun semuanya masuk peranglah membantu baginda Ali. Maka baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman pun membunuh segala kafir itu terlalu banyak tiada terkira2 lagi banyaknya. Adapun di ceriterakan orang yang empunya ceritera hikayat ini tatkala rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama masuk perang itu maka di lihat oleh raja Kastin akan rakyat baginda Ali dengan nabi Allaha itu terlalu amat banyaknya kepada pemandangan raja Kastin itu tiada terkira2 lagi banyaknya seperti ombak mengalun di laut Qalzum demikianlah rupanya rakyat itu.

Adapun akan baginda Ali berperang itu terlalu sekali hebat rupanya memegang hulu pedangnya itu dengan kedua belah tangannya membunuh rakyat raja Handik maka rakyat itupun matinya seperti kalah2 menyerbukan dirinya ke dalam api demikianlah rupanya. Maka bunyi suara gajah dan kuda dan manusia seperti tagar bunyinya dan tempik segala hulubalang dan jerit segala yang penakut pun gemuruh bunyinya dan jikalau kilat di langit pun kuranglah cahayanya daripada kebanyakan kilat senjata segala pahlawan itu. Adapun perang itu terlalu amat besar seperti bunyi akan kiamat lakunya kemudian dari itu.

Maka raja Kastin pun mengerahkan segala rakyatnya masuk perang mengepung baginda Ali dengan rasul Allaha maka baginda Ali pun memejamkan kedua matanya maka iapun masuk mengamuk ke dalam rakyat yang seperti laut itu. Maka perang itu genaplah tujuh hari tujuh malam maka baginda Ali tiada sedar akan dirinya lagi maka iapun tiadalah kuasa membunuh rakyat raja Kastin dan raja Handik itu. Maka baginda Ali pun bertempik tiga kali berturut2 maka raja Kastin pun bius terhantar tiada khabarkan dirinya daripada kuat baginda Ali bertempik itu.

Maka kedengaranlah kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka nabi Allaha pun menadah ke langit maka air mata yang maha mulia pun berlinang2. Maka nabi Allaha pun minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya demikian bunyinya “Yaa Roba Yaa Sayadaya Yaa Mawala ya tuhanku engkau juga yang memeliharakan hambamu Ali itu daripada tangan segala kafir laknat Allaha itu. Ya tuhanku perangkah ini. Yaa Roba perang dengan kafirkah ini atau perang dengan Asalamakah ini ya tuhanku”. Maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Pergilah engkau bantu hambaku Ali itu dan peliharakan belakangnya hambaku Ali itu olehmu baik2” maka Jibril pun segera turun kepada Amir Al Mukminin Ali memeliharakan belakangnya.

Setelah baginda Ali melihat Jibril ada memeliharakan belakangnya itu maka iapun memarang kekiri dan kekanan kehadapan dan kebelakang. Adapun yang di belakang baginda Ali itu Jibril yang membunuh dia segala kafir itu. Setelah sudah itu maka raja Kastin pun mendengar rasul Allaha ada di medan itu maka iapun terkejut daripada bius itu maka ia memandang pada muka rasul Allaha. Setelah terlihat kepada rasul Allaha maka di lihatnya pada rakyatnya yang tujuh puluh ribu saf itu maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kepada raja Kastin itu maka iapun mengunus pedangnya yang bernama Hadza Al Akhosu namanya dan panjangnya pedang itu delapan hasta serta di hunusnya pedangnya itu.

Maka lalu ia menyerbukan dirinya pada laskarnya yang tujuh puluh ribu saf itu dengan rasul Allaha dan baginda Ali maka apabila di lihat oleh rasul Allaha demikian itu kelakuan raja Kastin membunuh segala rakyatnya itu. Maka baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun tersenyum serta dengan baginda Ali pun tersenyum juga maka sabda rasul Allaha kepada baginda Ali “Hai anakku Ali sarungkanlah pedangmu Dza Al Faqoro itu kerana raja Kastin itu sudah membunuh rakyatnya sendiri dengan kebesaran Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya melakukan kudrat iradatnya atas hambanya” maka baginda Ali pun menyarungkan pedangnya. Maka iapun berdiri di belakang rasul Allaha melihatkan kelakuan raja Kastin akan membunuh rakyatnya sendiri itu maka rakyat yang tujuh puluh ribu saf itupun tiada berapa lagi tinggalnya.

Adapun di ceriterakan orang kepada orang yang empunya ceritera ini adapun tatkala raja Kastin membunuh rakyatnya sendiri itu dua belas hari dua belas malam lamanya. Maka rakyatnya itupun habislah pecah perangnya lari kepada tempat raja Kastin yang dahulu itu dan ada yang lari kepada raja Handik. Maka ia berdatang sembah demikian sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun akan Ali itu bukan barang2 gagahnya dan perkasanya Ali itu. Jangankan sekelian patik dapat melawan dia menentang matanya pun patik tiada dapat. Adapun akan paduka adinda raja Kastin itu entah mati siapa di bunuh oleh baginda Ali itu entah pun hidup tiada patik tahu”.

Maka titah raja Handik “Hai celaka mengapa maka engkau berkata demikian itu apa bahananya Ali itu seorang dirinya itu kerana rakyatku seperti laut”. Adapun kehendak Allaha Taa’alaya itu tiada ia tahu melainkan katanya “Masakan habis rakyatku itu di bunuhnya” tiada dapat tiada keluar juga ia berperang Ali itu maka titah raja Handik “Baiklah esok harilah aku menyuruhkan hulubalangku dan rakyatku yang tiada terpermanai dan terhisabkan itu berperang dengan Ali itu barang empat puluh hari empat puluh malam tiada kuperhentikan lagi”.

Syahdan setelah sudah raja Kastin membunuh rakyat sendiri itu maka ia terdirilah di tengah padang itu dengan seorang dirinya maka iapun membawa dirinya kepada perbendaharaan nabi Allaha Sulaiman yang di dalam laut itu. Setelah ia sampai kepada perbendaharaan itu maka iapun berhentikan lelahnya bekas berperang dengan rasul Allaha dan baginda Ali pada sangkanya.

Hataya kelakian beberapa lamanya maka datanglah Jibril kepada rasul Allaha maka sabda rasul Allaha “Apa kehendak sayada maka datang ini ya habibku Jibril”. Maka kata Jibril “Ya rasul Allaha adapun jikalau ada lagi raja Kastin di dalam dunia ini tiada akan baiknya. Jikalau berhimpun segala manusia dunia ini sekalipun tiada dapat melawan dia”. Maka sembah baginda Ali “Ya rasul Allaha jikalau demikian baiklah hambamu pergi mencari raja Kastin itu dan jikalau rakyatnya yang seperti laut itupun tiada mengapa melainkan Allaha Taa’alaya akan memeliharakan hambanya” maka sabda rasul Allaha “Pergilah engkau kuserahkan kepada Allaha hai anakku Ali”.

Maka baginda Ali pun pergilah ia mencari raja Kastin itu di dalam rakyat yang tiada tepermanai banyaknya itu tiada juga ia bertemu dengan raja Kastin itu. Hataya maka baginda Ali pun sampailah ke tepi laut Qalzum mencari raja Kastin itu tiada juga ia bertemu. Adapun akan raja Kastin itu tiada berapa lagi umurnya. Hataya maka baginda Ali pun kembali pula ia ke padang Hunain itu mengadap rasul Allaha dengan Jibril bersembahkan tiada bertemu dengan raja Kastin kemana gerangan perginya itu.

Syahdan maka Jibril pun memberi salam kepada nabi Allaha dan baginda Ali lalu ia munajat ke hadrat Allaha maka sembah Jibril “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku adapun akan hambamu raja Kastin itu tiada dapat di cari oleh baginda Ali” kemudian maka baginda Ali pun kembalilah kepada rasul Allaha. Maka baginda Ali pun mengambil air sembahyang maka baginda pun sembahyang dua rakaat. Setelah sudah ia sembahyang maka baginda Ali minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya demikian bunyinya “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku engkau pertemukan kiranya raja Kastin itu dengan hambamu”.

Setelah sudah ia minta doa demikian itu maka baginda Ali pun keluarlah daripada sembahyang itu maka baginda Ali pun mengadap rasul Allaha. Maka kata baginda Ali “Ya junjunganku apa juga mulanya maka hambamu tiada bertemu dengan raja Kastin itu” maka rasul Allaha pun diam tiada menyahut katanya itu kerana belum lagi datang firman Allaha akan baginda itu". Hataya maka baginda Ali pun kembalilah pulang ke tempatnya berhentikan lelahnya itu bekas mencari raja Kastin itu.

Ehsan dari : مهدي اسلام
Sumber: Kitab raja Handik
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment