"Suatu hari, ketika Rasulullah menyampaikan pesanan. ada seorang 'Arabi meninggikan suara dan bertanya; "Ya Muhammad, bilakah kiamat?" Nabi mendengar tetapi Baginda meneruskan menghabiskan pesanannya. Setelah selesai, Rasulullah ﷺ bertanya siapakah yang bertanya tadi?"
"Ketika itu, 'Arabi itu sudah hampir keluar di muka pintu. Rasulullah ﷺ bertanya kembali padanya; "Apa kah persiapanmu?" Jawabnya dengan jujur; "Aku tak ada sedia apa-apa yakni dia buat yang fardhu, cuma amalan sunat tak banyak, kecuali aku cinta kepadamu Ya Rasulullah."
"Janganlah kita jadi seperti kaum Yahudi dan Nasara yang Allah سبحانه وتعالى beri kitab kepada mereka dan menceritakan secara terperinci tentang rasulullah ﷺ dari kulitnya, tubuhnya dan banyak ciri lain lagi sehinggakan mereka lebih mengenali Nabi berbanding anak mereka sendiri."
"Namun mereka telah menolak kebenaran dan meninggalkan Nabi mereka. Gologan ini jauh dari Nabi dan akibatnya hati menjadi keras. Oleh sebab itu kita perlu sangat-sangat bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Dengan izin Allah سبحانه وتعالى, kita duduk dimajlis ini, usaha mereka pihak yang menganjurkan, kepada alim ulama' yang duduk bersama dan memberi nasihat dalam majlis yang mendekatkan kita kepada Nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ."
"Sesiapa dalam ayat ini merujuk kepada kita semua, yang perempuan, lelaki, tua, muda, semuanya sekali. Syiar pula merujuk kepada tanda-tanda kebesaran Allah سبحانه وتعالى. Pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tanda kasih sayang Allah yang utama ialah lahirnya utusan Allah سبحانه وتعالى iaitu Nabi Muhammad ﷺ."
"Nabi Muhammad diberikan banyak mukjizat dan keistimewaan, contohnya air mengalir dari celah-celah jari Baginda dan mencukupi untuk diberi minum kepada angkatan tentera Baginda rasulullah ﷺ. Ketika Nabi Musa عليه السلام bertemu Allah di Gunung Tursina, Nabi Musa diminta menanggalkan kasutnya untuk menghormati kesucian tempat itu. Namun, Nabi Muhammad ﷺ diizinkan bertemu Allah سبحانه وتعالى tanpa Nabi kita diminta membuka seliparnya."
"Pesan Al-Imam Ghazali rah; "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan". Oleh itu, perbuatan kita memuji-muji Rasulullah ﷺ melalui alunan qasidah tadi sudah bagus, tapi kita perlu buat lebih daripada itu. Itulah juga yang dipesan ibu dan ayah saya. Kalau yang hadir ialah ayah, contohilah Rasulullah ﷺ. Kalau yang hadir ialah anak, contohilah Rasulullah ﷺ. Kalau yang hadir ialah suami, contohilah Rasulullah ﷺ."
"Tirulah akhlak Rasulullah ﷺ dalam semua keadaan. Inilah yang sepatutnya menjadi hasil daripada kita duduk dalam majlis ilmu sebegini. Oleh itu, jangan ada dalam kalangan kita yang hadir, yang mengalunkan kata-kata pujian kepada Nabi ﷺ, menggunakan bibir yang sama untuk berkata-kata keji."
"Jangan ada antara kita yang menggunakan anggota badan yang sama yang memuji Rasulullah ﷺ untuk berbuat kemungkaran pula selepas ini. Kenapa? Kita tak tahu siapa yang datang, tetapi Rasulullah ﷺ bersabda bahawa; "Malaikat melebarkan sayapnya dalam majlis sebegini. Malaikat itu kenal kita. Oleh itu, jangan kita hilangkan mutiara ilmu daripada majlis ini dengan perbuatan yang tidak baik selepas ini."
"Pesan Nabi ﷺ kepada Ashabul Suffah. Nabi ﷺ berkata; "Siapa nak ikut aku untuk ambil dua ekor unta?" Katakan, nilainya hari ini lebih kurang enam belas ribu. Semua sahabat pun kelihatan seronok. Melihatkan itu, Nabi ﷺ pun berkata, "Dua potong ayat Al-Quran adalah lebih bernilai daripada dua ekor unta!."
"Pengajaran yang ingin saya sampaikan ialah ulama' yang berada di hadapan kita ini telah membaca beribu-ribu potong ayat Al-Quran. Namun mereka tidak pernah meminta upah daripada kita, dan mereka cuma mengharapkan kita semua berubah mengikut akhlak Nabi Muhammad ﷺ. Oleh itu, jadilah orang yang disukai dan disayangi, biarpun ketika kita marah kepada mereka."
"Nasihat terakhir kepada diri saya dan semua ialah, Datanglah dengan hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu dan amalkan apa yang diperolehi. Kalau tak dapat banyak, dapat sedikit pun tidak mengapa dan amalkan terus. Semoga kita dimasukkan sebagai golongan orang yang cintakan Nabi Muhammad ﷺ. Disamping itu, jangan lupa untuk cintakan ulama juga. Ulama ialah pewaris Nabi. Ulama pewaris mutiara ilmu. Oleh tu, cinta, cinta, cintalah para ulama', ini yang Nabi tinggalkan untuk kita."
Daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
No comments:
Post a Comment