Pages

Saturday, 31 October 2015

Kedudukan Ulama.

"Mengkritik Ulama? Perlulah kita tahu di mana kedudukan kita. Para ulama menyebutkan. Kita dibenarkan untuk mengkritik atau memberikan komentar terhadap seseorang ulama jika kita memenuhi tiga syarat ini."

"Antara syarat-syaratnya ialah Ilmiyyah iaitu mempunyai keilmuan alim seumpama atau seakan-akan orang yang ingin kita kritik. Yang kedua, Ma'lumiyyah iaitu maklumat dan sumber yang tepat digunakan sebelum mengkritik."

"Dan yang ketiga, Al-Maudhu'iyyah iaitu mengkritik bukanlah atas tujuan hawa nafsu tetapi atas dasar ilmu dan bukannya hasad serta mengambil peluang atas kebencian terhadap individu yg dikritik. Jika tiga syarat ini tidak mampu dipenuhi maka diam lebih baik daripada bercakap."

"Sikap manusia sekarang ialah suka mengkritik tetapi tidak sedar diri sebelum mengkritik. Al-Imam Hujjatul Islam Muhammad al-Ghazali rah sendiri pernah menyebut; "Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu."

"Orang itu menyangka semua masalah yang dia hadapi dan temui, itu juga adalah perkara yang perlu ulama menganggapnya sebagai masalah seperti yang dia sangka. Maka ini adalah salah satu kebodohan yang ada pada zaman sekarang yg sangat sukar diubati"

"Berapa ramai yang kita lihat sikapnya sebegini? Dia menjumpai sesuatu yg menyebabkan dia berfikir itu adalah masalah dan dia mewajibkan para ulama besar juga menganggap bahawa masalah yg dia hadapi adalah juga masalah kepada para ulama. Sedangkan bagi ulama itu adalah perkara yg mudah bukan masalah."

"Manusia yang paling jahat sekali dahulu adalah Manusia yang membunuh Para Nabi dan Dibunuh oleh Nabi. Zaman kita Sekarang manusia yg paling jahat sekali adalah manusia yang membenci Ulama'dan yang membunuh para Ulama. Bagi mereka yang mengakui mencintai ulama. Mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran , Al-Sunnah , Ijma ulama dan qiyas."

"Selain itu, hendaklah mencintai Baginda Nabi ﷺ serta seluruh ahli keluarga Baginda tanpa berbelah bahagi. Mencintai seluruh para sahabat Baginda Nabi ﷺ. Mengikut jalan para ulama dan salafussoleh radhiyallahu anhum ajma’in. Mengikuti pengajian dengan cara berguru bukan hanya dengan membaca buku sendiri dan memiliki sanad pengajian berguru dan bersambung sehingga kepada Rasulullah ﷺ."

"Juga bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah mencintai Ilmu Tasawwuf dan beramal dengannya. Bukan hanya mencintai malah mengamalkan. Menghormati pandangan ulama-ulama terdahulu dan meletakkan kedudukan para ulama pada tempat yang sebaik-baiknya. Bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh."

"Mereka yang menentang fahaman yang bertentangan dengan mereka bukanlah kerana ingin mencari popular tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ. Bukan juga mereka menentang kerana ingin menyerang peribadi susuk tubuh tertentu."

"Paling Penting sekali bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh adalah mereka mengamalkan akhlak Baginda Nabi ﷺ. Baik dalam percakapan, perbuatan dan suluk hidup mereka Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, yakni ulama. Yang mengikuti jalan salafusoleh. Dekatilah mereka dan santunilah mereka. Cintailah mereka. Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Sheikh Nazrul Nasir Al-Azhari.

No comments:

Post a Comment