Pages

Tuesday 24 July 2012

ZALIM



Islam memang mengajar umatnya menentang dan menghapuskan sebarang bentuk kezaliman. Tidak kira sama ada zalim itu terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain. Tidak kira sama ada zalim itu bersifat lahiriah mahupun rohaniah. Zalim yang bersifat lahiriah memang mudah dikesan. Ini yang ditakuti dan sering diperkatakan di mana-mana malah ditentang.

Pada tafsiran Islam, Zalim itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya iaitu sesuatu perbuatan yang dikatakan zalim itu ialah tindakan yang melampaui batasan agama Islam sendiri. Contohnya jika tindakan seseorang itu melampaui batasan akidah dan peraturan kehidupan yang ditetapkan.

Kezaliman bersifat rohaniah ini sering diabaikan malah umat Islam sendiri ada yang tidak mengetahui dan tidak memahaminya. Lantas dipandang remeh dan terus tidak dipedulikan. Malah Islam lebih mengutamakan penghapusan kezaliman rohaniah ini. Kerana inilah punca berlakunya kezaliman lahiriah. Ianya ibarat seseorang yang memiliki racun berbisa. Dengan adanya racun itulah maka orang lain boleh turut terkena bisanya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)
Kezaliman yang paling besar ialah bagi siapa saja yang tidak menyembah Allah SWT. Inilah kezaliman rohaniah. Kezaliman lahiriah yang tampak dan disaksikan setiap hari itu hanyalah manifestasi dari kezaliman besar ini iaitu tidak menyembah Allah SWT. Dosa, maksiat dan kemungkaran itu semua kerana manusia sudah tunduk kepada hawa nafsu dan tidak tunduk kepada Allah SWT. Membelakangkan agama dan syariat Allah itu adalah bukti bahawa kita berada dalam kezaliman yang amat besar. Kerana kita sudah tidak meletakkan diri kita tepat pada tempatnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Sayidina Umar memberi peringatan dengan katanya: "Hendaklah kamu lebih takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Kalau kamu mati di tangan musuh, hanya jasad bercerai dengan roh. Kalau kamu mati dengan dosa kamu itu akan membawa kamu ke Akhirat. Orang kafir itu dikalahkan oleh sebab kederhakaan mereka kepada Allah (zalim). Kalau kamu juga turut berdosa (zalim) kamu tidak dibantu oleh Allah SWT."


kesimpulannya zalim terbahagi kepada 3

-Zalim terhadap Allah (SWT), rumpun semua kezaliman. Zalim terhadap Tuhan bererti tidak mentaati-Nya dan mengerjakan perkara dilarang-Nya,

- Zalim terhadap makhluk atau terhadap orang lain seperti menyakiti, merampas dan memperkosa haknya,

- Zalim terhadap diri sendiri. Setiap orang mempunyai hak peribadi yang harus dipeliharanya dan kewajipan mesti dipenuhi. Tidak melaksanakan hak peribadi bererti merosakkan diri sendiri.

Adil pula...meletakkan sesuatu pada haknya.keadilan, memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mengajak supaya selalu menjaga keadilan itu. Sementara kezaliman pula harus dikikis habis-habisan dan wajib dilemparkan jauh-jauh.
Perintah berkenaan kezaliman ditegaskan dalam al-Quran. Allah (SWT) berfirman bermaksud:

“Janganlah kamu berbuat zalim dan jangan pula dizalimi.” (Surah al-Baqarah, ayat 270).

No comments:

Post a Comment