Pages

Tuesday 3 July 2012

DENDAM EMBOL. BURU BUJANG SEBELAK



SARATOK - Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.
Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.

"Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.

Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, simbolik ritual dengan menabur beras putih menunjukkan jika dua pihak bertikam lidah atau terlibat dalam satu pergaduhan,beras itu ditabur bagi menunjukkan perasaan dendam yang tidak berkesudahan.
Dalam kejadian pada pukul 5:30 petang selasa lalu, Embol sanggup menggadai nyawa dengan terjun ke dalam sungai dan bergelut dengan buaya ganas itu selama 10 minit dalam usahanya menyelamatkan Siah.

Walaupun dibantu lima lagi lelaki yang menghuni Rumah Panjang Nanga Sungai Anak,mereka tetap tidak dapat menandingi buaya tersebut.


Mayat Siah dilihat oleh penduduk di bawa berenang berulang alik oleh buaya di hadapan mereka selama hampir empat jam sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada pukat tidak jauh dari jeti.




No comments:

Post a Comment