Pages

Saturday 21 July 2012

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah ( huraian 1 ~ 15 )

1.Malas beribadah kepada Allah swt.

Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempatkan diri disaf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah s.a.w orang-orang munafiQ sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢)

Ertinya:Sesungguhnya orang-orang munafiQ itu menipu Allah s.w.t,sedang Allah s.w.t menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah s.w.t,melainkan hanya sedikit. (An-Nisa 142)
Orang MunafiQ jika dating ke masjid,dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

2. Lupa kepada Allah swt.

Orang munafiQ memiliki sifat kemunafiQan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah s.w.t baik ketika senang atau susah.

Firman Allah s.w.t.:
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٩)

Ertinya:
“Mereka telah dikuasai oleh syaitan,lalu lupa mengingati Allah s.w.t.Mereka itulah golongan(pengikut)syaitan.Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.”
(Al-Mujadalah:19)

3.Melalaikan Solat Fardu

Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya.Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah s.w.t di akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t:
۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا (٥٩)

Ertinya:
“Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat,mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu,sebab itu mereka menemui kejahatan(seksa)Allah s.w.t”
(Maryam:59)

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang-orang yang solat,mereka itu lalai daripada solat,mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat
(Al-Ma’un:47)

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Eritinya:
“Hai orang-orang beriman,janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t(solat).Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.”
(Al-Munafiqun:9)

Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan:

Ertinya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang lalaikan solatnya,maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya’
(HR.Tirmizi)

Dalam Hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti,sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya,dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti,bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun,Qarun,Haman,Ubaiy bin khalaf.”
(HR.Ahmad dan Tabrani)

4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat

Orang yang mempercepatkan solatnya tanparasa khusyuk dan lupakan Allah s.w.t,maka solatnya tidak diterima Allah s.w.t.Itulah solat orang-orang munafiQ.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Itulah solat orang munafiQ,lalu mempercepatkan empat rakaat”
(HR.Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
“Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya.Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk,sujud,dan bacaan di dalam soaltnya.”
(HR.Ahmad dan Hakim)

5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani,mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’I,tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan,maka dia tergolong orang munafiQ.

Sabda Rasulullah s.a.w”

Ertinya:
“Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah,kecuali orang munafiQ yang sudah diketahui kemunafikannya.”
(HR.Muslim)

6.Meninggalkan Solat Jumaat

Dalam islam solat JUMAAT adalah wajib.maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiQ.

Rasulullah S.a.w Bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya,maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.”
(HR.Abu Dauh dan Nasa’i)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah s.w.t akan mematri hati mereka,kemudian mereka menjadi(menafik)yang lalai.”
(HR.Muslim)

7.Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikandi tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafik yang amat dibencikan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَلَا يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمۡ إِذۡ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرۡضَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطًا (١٠٨)

Ertinya:Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah s.w.t.Allah meliputi(pengetahuan-Nya)apa-apa yang mereka kerjakan.
(An-Nisa’:108)

8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.

Orang-orang munafik inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman.Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam.

Firman Allah s.w.t:
ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنڪَرِ وَيَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَقۡبِضُونَ أَيۡدِيَہُمۡۚ نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡۗ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٦٧)

Ertinya:
“Orang-orang munafik lelaki dan wanita,sesetengahnya serupa dengan yang lain.Mereka menyuruh(berbuat)yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya(bakhil).Mereka lupakan Allah s.w.t lalu Allah s.w.t melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang fasik.”
(Al-Taubah:67)

9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.

Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya.Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩)

Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab,nescaya mereka itu dikutuk Allah s.w.t dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’
(Al-Baqarah:159)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ (١٨٧)

Ertinya:
“Ingatlah ketika Allah s.w.t mengambil janji orang-orang ahli kitab:”Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya,lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya(tidak tepati)dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.”
(Ali-Imran:187)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya,maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.”
(HR.Ata’)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.a.w bersabda:’Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya,nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.”
(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

10.Mengamalkan Riak.
Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menutut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda,iaitu malas apabila bersendirian,rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela.
Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil,merosakkan amal kebajikan,meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak.”

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ

Ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.”
(Al-Baqarah:264)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil,lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?”Kemudian baginda s.a.w bersabda:”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda.:

Ertinya:
“Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim,Hai orang yang menyeleweng,Hai orang yang berbuat riak,amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia.Pergilah,maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.”
(HR.Ibnu Abid Dunya)
ungguhnya orang-orang munafiQ itu menipu Allah s.w.t,sedang Allah s.w.t menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah s.w.t,melainkan hanya sedikit. (An-Nisa 142)

Orang MunafiQ jika dating ke masjid,dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

11. HASAD DENGKI

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya.Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan,kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya.Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam,permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik.

Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)

Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa':54)

Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.

Firman Allah s.w.t:

 وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

Ertinya:
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka,lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)

Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.

Rasulullah s.a.w bersabda.:
Ertinya:
"Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah s.w.t lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah s.w.t lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12.DUSTA

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn keadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ (١٠٥)

Ertinya:
"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(An-Nahl:105)

Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya."
(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR.Muttafaq 'Alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik."
(HR.Ibnu 'Adi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Tanda orang munafik itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat."
(HR.Muttafaq Alaih)

Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan  tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya.

Firman Allah s.w.t:
 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ۬ كَذَّابٌ۬ (٢٨)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta."
(Al-Mukmin/Ghafir:28)

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar."
(Az-zumar:3)

13 MUNGKIR JANJI

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu."
(Al-Maidah:1)

Firman Allah s.w.t:
وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٤)

Ertinya:
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
(Al-Isra':34)

Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak,amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan.Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini,maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya,maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut,apabila ia berbicara ia berdusta,apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri."
(HR.Bukhari dan Muslim)

14. BAKHIL

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik.Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain.Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.

Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat,enggan membayar akat.Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam.

Firman Allah s.w.t:
وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۖ بَلۡ هُوَ شَرٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ

Ertinya:
"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran:180)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah terhadap kezaliman,sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.Takutlah terhadap bakhil,sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu,ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka."
(HR.Muslim dari Jabir r.a)

Ertinya:
"Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti."
(HR.Ahmad)

islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٩)

Ertinya:
"barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr:9)


15. Fitnah.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain.Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

 Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati,kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٍ۬ مَّهِينٍ (١٠) هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬ (١١) مَّنَّاعٍ۬ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ (١٢)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah,banyak menghalang berbuat baik,melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam:10-12)

Firman Allah s.w.t:
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)

Ertinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al-Baqarah:10)

Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah s.w.t:
 وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan."
(Al-Baqarah:191)

Firman Allah s.w.t:
 وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۗ

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar(dosanya)daripada membunuh."
(Al-Baqarah:217)

Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah s.w.t.Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah s.w.t didunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡغَـٰفِلَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ لُعِنُواْ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٢٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh(memfitnah)wanita-wanita yang baik lagi beriman,berzina,mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar."
(An-Nur:23)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."
(HR.Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu ,bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan.Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita(fitnah),maka perhatikanlah dengan teliti(kebenarannya)."
(Al-Hujurat:6)

bersambung.......
http://khalifah-samudera.blogspot.com/2012/07/50-tanda-tanda-orang-munafiq-menurut-al_9841.html









No comments:

Post a Comment