Pages

Saturday 28 July 2012

SUBUH.

Pada suatu hari Umar al-Khattab r.a telah mendapati Sulaiman bin Abi Hathmah tidak hadir untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Pada pagi itu juga beliau pergi ke rumah sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa' " Saya tidak melihat Sulaiman semasa solat subuh ?.
Lalu al-Shifa' menjawab " dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya."
Kemudian Umar berkata " Sungguh, berjemaah dalam solat subuh itu lebih baik bagi ku daripada solat malam."

Begitulah perihatinnya Saidina Umar tentang solat subuh berjemaah.Malah ketika beliau parah ditikam oleh Abu Lu'lu'ah dan keadaannya sangat kritikal sekali,namun solat subuhnya tidak sekali kali diabaikan.
Bukan sahaja beliau,para sahabat Rasulullah SAW dan umumnya para salafussoleh juga sangat mengambil berat akan solat subuh berjemaah.

" Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur, dengan setiap lilitan syaitan membisikkan : Nikmatilah malam yang panjang ini, . Apabila dia bangun lalu mengingati Allah,maka terlepaslah lilitan itu.Apabila dia berwudhuk lerailah lilitan kedua,.  Kemudian apabila ia solat maka terlerailah lilitan yang ketiga,sehinggakan dia menjadi bersemangat.Tetapi kalau tidak dia akan terbawa lembap dan malas." ( HR Bukhari dan Muslim ).


Musuh-musuh islam,terutamanya para pendeta Yahudi yang sangat arif tentang kerasukan Nabi Muhammad s.a.w menyedari dimana letaknya kekuatan dan kelemahan umat Islam. Dalam hal solat subuh berjemaah ini mereka para pendeta Yahudi pernah menegaskan :

 MEREKA TIDAK TAKUT DENGAN ORANG ISLAM KECUALI APABILA BERLAKU SATU KEADAAN , YAKNI APABILA JUMLAH JEMAAH UMAT ISLAM YANG SOLAT SUBUH MENYAMAI JUMLAH JEMAAH SOLAT JUMAAT.

Ironinya ramai dalam kalangan umat islam kini begitu bersemangat membakar bendera Yahudi dan Israel dan juga mengutuk-ngutuk mereka,dan bermacam macam mengeluarkan resolusi dan memo untuk menyatakan kemarahan kepada pihak Zionis...tetapi sebenarnya lemah dalam melawan peperangan dalam diri sendiri untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Golongan yang banyak mengagalkan kemajuan Islam adalah golongan Munafik. Rasulullah SAW menjelaskan sifat orang munafik dalam hadisnya yang bermaksud :
" Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam dua solat itu , nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dengan merangkak. Sungguh,aku ingin menyuruh melaksanakan solat,lalu solat itu ditegakkan,kemudian aku perintahkan orang lain untuk solat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat,dan segera mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah ,sehingga aku bakar rumah mereka." ( HR Bukhari dan Muslim ).



SUMBER :


No comments:

Post a Comment