Kini masyarakat Islam sekali lagi boleh berbangga dengan kewujudan Komplek Abraj Al Bait yang dibina oleh syarikat tersohor Arab Saudi iaitu Kumpulan Binladin Saudi.
Terletak berhampiran Masjidil Haram di Mekah yang menjadi tumpuan jutaan umat islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji, komplek yang dinina pada tahun 2004 itu mengundang perasaan kagum pada sesiapa yang melihatnya.
Secara umumnya komplek tersebut dibina dikawasan seluas 1.5 juta meter persegi,dan ia RM9 bilion. Ia terbahagi kepada tujuh menara gergasi. Antaranya, menara hotel ( 595meter ),Menara Hajar ( 260 meter ), Menara Zam Zam ( 260 meter ) Menara Al- Maqam ( 250 meter ),Menara Qibla ( 250 meter ) Menara Marwa ( 240 meter ) dan Menara Safa ( 240 meter ).
Di menara-menara tersebut terdapatnya beberapa rangkaian hotel mewah seperti Menara Zam Zam dan Menara Hajar .Bangunan yang paling menonjol di komplek itu dikenali sebagai Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter.
Jam gergasi itu memiliki muka jam di setiap sisinya dengan keluasan paparan setiap satunya 43m panjang dan 43m lebar. Berat kasar setiap muka jam ialah kira-kira 36 tan.
Diiktiraf antara menara jam tertinggi dan terbesar didunia, menara jam diraja Mekah jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya seperti Palace of Culture dan Science di Warsaw Poland.
Bagi melancarkan sistem operasinya jam gergasi itu dilengkapi empat enjin berkuasa dan setiap satunya seberat 21 tan.
Beberapa panel solar bertindak sebagai jana kuasa sokongan untuk mengendalikan enjin masa ini.
Sementara itu 20 rod kilat yang berfungsi secara automatik digunakan bagi melindungi jam dan mentol daripada renjatan elektrik.

Setiap kali azan berkumandang ia akan memancarkan sebanyak 2 juta diod pemancar cahaya (LED ) yang boleh dilihat pada jarak sehingga 28 kilometer.
Bagi menambahkan fungsinya, ia turut dilengkapi
Muzium Islam,Balai Cerap Astronomi untuk tujuan saintifik dan melihat anak bulan serta masjid yang mampu memuatkan kira-kira 10,000 jemaah.
1. MENARA HOTEL
2. MENARA HAJAR
3. MENARA ZAM ZAM
4. MENARA QIBLA
5. MENARA AL-MAQAM
6. MENARA MARWA
7. MENARA SAFA
Moga islam terus maju dan berkembang dari segi kemodenan dan juga umatnya...ini juga salah satu dakwah untuk menarik orang2 kafir memeluk islam dengan cara melihatkan kepada mereka kemampuan kita sebagai umat islam dalam pelbagai bidang dan juga kekayaan......Insya Allah.
No comments:
Post a Comment