Pages

Monday 9 July 2012

Bahana hati dan lidah




Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman Al Hakim seraya ia berpesan:

"Sembelihlah kambing ini dan berilah saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah disembelih, dikirimnyalah kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing seraya berpesan agar sudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya.


Pada kali kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim pula hati dan lidah kepada ibu yang dermawan itu.

"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta dikirimi bahagian yang terburuk. Dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" Demikian pertanyaan ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab: "Hati dan lidah, amatlah baik ketika baiknya; dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya!"

Mendengar jawapan itu, maka mengertilah ibu tersebut akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu juga terbit segala kejahatan dan keburukan.

No comments:

Post a Comment