Pages

Tuesday 14 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Assalamualaikum pembuka bicara

buat teman temanku semua
Ramadhan pasti akan meninggalkan kita
terasa diri masih kekurangan pahala

sebulan kita berjuang melawan nafsu
sebulan juga kita mentarbiah diri merdeka
dari nafsu gelojoh setiap jiwa dan qalbu
dari iblis dan syaitan yang dibelenggu semua

telah dipenuhi segala syariat puasa
agar diterima amalan oleh yang Maha Penyayang
moga mendapat keampunan dari semua dosa
yang terdahulu juga hari mendatang

mengharap ibadah dimalam Lailatul Qadar
malam ibadah nikmat umat Muhammad
meratap menangis bukanlah sekadar
mengenangkan dosa dan segala nikmat

memohon dipanjangkan usia kita
agar bertemu kembali Ramadhan Mulia
di tahun hadapan Insya Allah dipanjangkan usia
namun ketentuan Tuhan penentu segala

lebaran semakin dirasai
surau dan masjid semakin dijauhi
hanya kerana ingin merayai
1 syawal berhari raya aidilfitri

lebaran bg mereka yang merasai
segala nikmat Tuhan Maha Pemberi
jangan dirosakkan syawal yang murni
dengan perkara yang menyalahi

dari seberang ingin ke kuala
memakai pakaian indah sekali
dengan hati yang rendah jua
memohon kemaafan kesalahan diri.

......SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KHALIFAH SAMUDERA....

No comments:

Post a Comment