Pages

Thursday 30 August 2012

17 DI PANCUNG KEPALA.

Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Semua mangsa dipercayai dibunuh kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita serta iringan muzik serta tarian.

Di Afghanistan,ajaran Islam di amalkan nsecara ketat dengan lelaki dan wanita jarang bergaul kecuali mereka adalah muhrim.Pesta melibatkan percampuran kedua-dua jantina pula amat jarang diadakan kecuali secara bersembunyi. Keadaan tersebut berlaku ekoran kumpulan Taliban mengecam pergaulan lelaki dan wanita secara bebas dan terbuka.

Mengamalkan fahaman Salafi,Taliban pernah memerintah Afghanistan selama lima tahun sebelum dikalahkan oleh tentera yang diketuai Amerika Syarikat pada 2001.Sepanjang pemerintahan Taliban,kaum wanita dilarang daripada keluar brumah tanpa ditemani oleh suami atau saudara-mara lelaki.

Sempena hari kemerdekaan negara kita,tentunya dan kebiasaan bagai sudah menjadi kemestian akan mengadakan malam pesta bg menyambut hari kemerdekaan. Malam yang penuh dengan nyanyian dan pergaulan bebas lelaki dan wanita,dan tentu sekali akan ada kelahiran-kelahiran dari perbuatan zina,pemabuk-pemabuk arak dan banyak lagi perbuatan-perbuatan maksiat.

Sebagai umat Islam di negara ini, adakah kita turut sama meraikannya sedangkan kita sendiri tahu bahawa perbuatan seperti itu adalah satu subahat kepada maksiat.

Fikirkan ?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55.

No comments:

Post a Comment