Pages

Sunday 12 August 2012

KEKUATAN SEDEKAH..

Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

" Allah menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah , " Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung ?
Allah menjawab : " Ada, iaitu besi " .
Para malaikat bertanya lagi , " Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi ?
Allah menjawab : " Ada, iaitu air. "
Para malaikat terus bertanya : " Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air ?
Allah menjawab : " Ada,iaitu angin ."
Akhirnya para malaikat bertanya : " Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu ?
Allah yang Maha Perkasda menjawab, : Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mmengetahui........

Itulah kekuatan sedekah yang diberikan kepada orang yang mengeluarkannya....

semoga memberi manfaat. 

No comments:

Post a Comment