Pages

Thursday 18 July 2013

MESIR DI PERINTAH KAFIR 100%....TIADA PEMIMPIN DARI GOLONGAN ISLAM.


KAHERAH - Kerajaan sementara pertama Mesir sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera dua minggu lalu mengangkat sumpah kelmarin selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Morsi.

Kabinet baharu itu dianggotai oleh wanita dan Kristian tetapi tiada pemimpin Islam ekoran pihak tentera mahu Mesir ditadbir oleh golongan liberal.

Kerajaan peralihan tersebut termasuk tiga menteri wanita dan tiga penganut Kristian Qibti.

Seorang penganalisis politik, Samer Shehata berkata, antara isu utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan peralihan Mesir termasuk defisit bajet, merombak Kementerian Dalam Negeri, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Semenanjung Sinai.

Pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin segera menolak Kabinet seramai 35 anggota tersebut.

"Kami tidak mengiktiraf Kabinet itu atau kuasanya," kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Kerajaan sementara itu diketuai oleh pakar ekonomi Hazem Al-Beblawi sebagai Perdana Menteri Mesir.

Ketua angkatan tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang mendalangi penggulingan Morsi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Majlis angkat sumpah kabinet baharu itu berlangsung di ibu kota Mesir di sini selepas tujuh orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam pertempuran semalaman antara pasukan keselamatan dengan penyokong Morsi.

Kematian terbaharu itu menjadikan angka korban keseluruhan sejak rampasan kuasa di Mesir meningkat kepada lebih 100 orang.

Satu sumber keselamatan dipetik media Mesir sebagai melaporkan seramai 401 penunjuk perasaan ditahan di sini, manakala sekurang-kurangnya 17 anggota keselamatan cedera dalam keganasan kelmarin.

Beribu-ribu penyokong Morsi membanjiri jalan-jalan raya selepas waktu berbuka puasa bagi menuntut pemimpin mereka kembali dilantik sebagai Presiden Mesir.

Sebahagian rakyat Mesir menuduh Morsi mengutamakan Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi sepanjang setahun memimpin negara itu. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment