Pages

Wednesday 17 July 2013

LELAKI LELAKI YANG AHLI NERAKA.

Assalamualaikum..

KS memperingatkan diri sendiri sebagai seorang LELAKI.
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan
ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka
ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila
suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab
menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya. Jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang
ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan
tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/
suami/abang atau anak harus memainkan
peranan mereka...................

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment