Pages

Saturday 27 July 2013

BUTTON OVERDRIVE ( AKU DAN TCR )

Assalamualaikum ..... nak share ilmu kereta sikit.

Nak citer2 sikit pasal button OVERDRIVE yg kat bean kita...rasanya ramai yg jarang gunakan...........
Overdrive sebenarnya buleh dibayangkan
sebagai kereta anda sedang hidup dengan 4
gear. Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta
manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear
kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5
(ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu
untuk kereta manual.




Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya
gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan
gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive
ON.

Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4
telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3.


Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM
kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau
kereta manual, kita turunkan gear semasa
bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So
dah buleh bayangkan camne overdrive
bertindak?
Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham
fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi
yang sebenarnya adalah begini......
Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai
3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila
anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat
highway, meter RPM anda akan mengaum.
Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita
bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah
masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan?
Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak
ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka
overdrive akan mengambil alih tugas dengan
menyalurkan gear tambahan di transmisi anda
sebagai gear ke-4.


Selain itu, overdrive akan
memastikan yang pusingan ratio kereta anda
berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada
pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu
bekerja keras untuk memusingkan tayar,
sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh.

Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini
adalah, torque yang dihasilkan akan rendah.
Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear
5 semasa memandu kereta manual. sudah
pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.
Minyak kereta dan torque adalah perkara
penting mengenai overdrive ini. Kereta auto
yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti
menggunakan minyak yang kurang daripada
kereta auto yang tiada fungsi overdrive.
Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto
1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak
sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang
ada fungsi overdrive.
Apa kelebihan overdrive?
1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa
bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan
sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta
anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON
dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi
dalam gear tambahan dan ini akan
merendahkan pusingan enjin anda dengan
mengurangkan pusingan ratio enjin dan
drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja
keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak
kereta.
2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit,
overdrive yang ON akan membuatkan
transmisi anda bergerak lancar tanpa
sebarang halangan. Ini akan menyebabkan
kereta anda bergerak bertambah laju semasa
menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF,
pergerakkan akan menjadi perlahan
disebabkan gear yang rendah digunakan, dan
ini akan membantu anda mengawal
pergerakkan kereta anda dengan lebih
selamat.
3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada
kereta anda. Semasa kita hendak memotong
kereta lain ataupun semasa menaiki bukit,
Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih
kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini
kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi
rendah akibat daripada gear tambahan yang
digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan
lebih, OFF kan overdrive anda.
Namun
sebaliknya kereta anda akan makan minyak
lebih sikit ler..
Maka, daripada kelebihan dan kelemahan
fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak
bila nak ON overdrive dan bila nak OFF
overdrive.

Kebiasaannya kita akan sentiasa
OFF overdrive semasa kita memandu semasa
menaiki dan menuruni bukit dan juga ketika
hendak memotong kenderaan lain.
Selebihnya
saya akan membiarkan kereta saya dalam
keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga
orang yang akan OFF overdrive semasa
kesesakkan jalanraya dan memandu dibawah
50kmh. Itu semua terpulang kepada cara
pemanduan masing-masing. Mana kaedah
yang dirasakan akan menjimatkan minyak
kenderaan anda, buleh anda lakukan..........




KOMEN DI FACEBOOK
Ahmad Tarmizi Idris Terbaik laa info ni Paksu walaupun bean ambo manual..
Pak Su Khairol timbul citer ni mlm semlm masa paksu tt ngan geng2 somban.... rasa perlulah kita share..
Rosen Irwan timokaseh poksu
Mohd Sany Arif Sanyarif Sape sll main OD neh nnt gearbox cpt kong...
Rosen Irwan tak main pun kong jugak.....lol
ModhSany Arif Sanyarif Bean kita klu nak memotong senang...lepaskan minyak dan tekan semula.gear akan auto drop gear2.cc kite besar.so takde masaalah.siap minyak jer...hihihi
Kena main ngan berat badan lak...kuikuikui\


Pak Su Khairol huhuhuhu...
Roy Boyroy Off kn OD jika perlu shj, kalo anda kaki besit, kaki rem, kakirace, boley jer drop/up gear sesuka hati, nk drift ke, tp lg kerap, lg cpt gbox kong, jd pendek umoq
Roy Boyroy kalo naik genting atau jln seumpama, biasa Off jer OD tu, kalo perlu drop L2 samada naik atau trn jln yg lbh curam


Izwan Dzul Zaqieb Carefree Paksu,sy slalu off OD sebelum start enjin.mula jln pun dgn gear 2,pastu br masuk D,pastu br on OD..

Roy Boyroy Manual buku panduan krete auto menyatakan hanya perlu msk ke D dlm cara memandu normal, jika perlu over take hanya tekan pedal minyak shj, walo bagaimana pn, drop/up gear secara manual blh dilaku kn jika perlu..
Pak Su Khairol Semua pendpat boleh diguna pakai.


Xawi Alonso Tcr Saya lom lagi guna OD ni....... Lom ada keperluan...... Nak memotong hanya tekan lebih sikit pedal minyak sudah memadai seperti guna OD.......... Supercharger lak tu..... Bayang kannnnnn...... He.... He

 
Sham Abby Info ni mmg TERBAIK Paksu...kebykan antara kita krg mahir ttg gunanya OD On b OD OFF....
Dgn info ini dpt la kita semua menambah ilmu lagi....kecuali Bro Neo..dia pya manual......TQ





SELINGAN..

Santai tt malam ramadhan bean2 somban..Man Poon.. Ustaz Rafai.. Iqbal Khalid.. Isa Alwi & Pak Su Khairol di Alesa Tomyam. ( 26 JULAI 2013 )




Man Poon Alhamdulillah...sekian lamo bpantang akhir nyer...

Pak Su Khairol Kurus ko Man Poon berpantang dan berpuasa 2 serentak......hihihi
Man Poon Lalalalalalaa
Isa Alwi double puasa..... hahaha
Man Poon Apo nk wt bang....joki anak....kahkahkahkah
Zizi Autogarage Azizi Saidin Tbaik utk sume...krol wah weekend je msty ko jd owg soromban.kan
Iqbal Khalid Poksu pose kiri kanan atas bawah la zi
Man Poon Hahahahaha....
Pak Su Khairol Hahahahaha.....
Isa Alwi hahaahahahaha.....
Pak Su Khairol paling menyerlah.. bean Ustaz Rafai......... pas ghayo ese pun nak beling2 yo Abg Baharin Omar
Man Poon Da mcm keto behias lak an...kihkihkih
Pak Su Khairol jelesss aaa Man Poon tuuuu......


 hahahaha....
Man Poon Wkakakakakaa....x sanguppp t kono golak...hehehe

No comments:

Post a Comment