Pages

Wednesday 24 July 2013

LELAKI SOLEH ( KHALIFAH UMAR AL KHATAB ).

Sebahagian lagi kisah dari peribadi unggul Umar al Khattab r.a. Sebagai kebiasaannya, Khalifah Umar al Khattab apabila hendak menyampaikan perkara yang penting,beliau akan memerintah umatnya,selanjutnya beliau akan naik ke mimbar dan berkhutbah. Setelah menyampaikan puji pujian kepada Allah .pidatonya pun di mulakan :

" Dengarlah,semoga kamu sekalian diberi rahmat.Tetapi salah seorang dari hadirin bangkit dan berkata. ' Demi Allah kami tidak akan mendengarkanya ,demi Allah kami tidak akan mendengarkannya.' 'Kenapa wahai Salman ?.' tanya Umar dengan nada menyesal. 'Ya! kerana anda mengistimewakan diri anda sendiri dari kami,masing masing kami diberi sehelai baju tetapi untuk diri anda,anda ambil dua helai.' Umar pun terdiam sejenak, lalu melayangkan pandangannya kepada orang ramai kemudian bertanya, .' Dimanakah Abdullah bin Umar.! 'Inilah saya wahai Amirul Mukminin; jawab Abdullah sambil berdiri dari tempat duduknya. ' Kain siapakah yang saya pakai sehelai lagi ?. tanya Umar kepada anaknya. ' Kain bahagian saya ,ya Amirul Mukminin,' jawab Abdullah di hadapan para hadirin sambil menghadap wajahnya kepada Salman, kata Umar lagi. ' Sebagaimana yang tuan tuan ketahui,saya ini bertubuh tinggi,sedangkan kain bahagian saya pendek,maka Abdullah memberikan saya bahagiannya dan itulah yang saya pakai menyambung baju saya.' Dengan air mata berlinang disebabkan kebanggaan dan kepercayaannya Salman berkata , ' Alhamdulillah.......sekarang katakanlah wahai Amirul Mukminin dan kami mendengar dan mentaatinya........" 

Perhatikan saudara2 sifay para sahabat yang tidak akan dapat ditandingi lagi dalam memberi teguran sesama mereka serta pemimpin sehingga dalam persoalan pakaian.Dan mereka beranimenyampaikan teguran keras itu terhadap seorang Khalifah di hadapan arang ramai.

No comments:

Post a Comment