Pages

Thursday 25 July 2013

AJAL

Assalamualaikum..

Tidak siapa di kalangan kita yang masih hidup mengetahui keadaan sebenar orang yang menghadapi kematian,kerana kematian itu hanya dirasai oleh orang yang mati sahaja. Orang yang dalam keadaan nazak tidak terdaya untuk menceritakan perihal kematian , apabila seseorang itu sudah mendekati ajalnya maka matilah dia...setakat manakah sakit yang dirasai ketika nyawa ditarik keluar dari jasad oleh Malaikat maut!, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.....

Nabi S.A.W telah menceritakan melalui hadith hadithnya tentang hakikat sebenar kematian.Hanya Baginda sahajalah yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang dirasai oleh orang yang sedang menghadapi kematian,kerana Baginda diberitahu melalui wahyu Allah SWT mengenainya.Nabi SAW memberitahu tentang kesakitan yang dialami ketika dicabut nyawa itu seperti ditetak seratus kali dengan pedang pedang yang tajam,atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup hidup,demikianlah bandingan kesakitan mengenai mati..

Kematian bukan sekadar garis pemisah antara kehidupan di dunia dan alam barzakh,tetapi juga sebagai garis penentu sama ada kehidupan mereka diakhiri dengan kebaikan ( husnul khatimah)  atau sebaliknya ( su-ul khatimah ). Jika dia mendapat rahmat Allah Taala,maka akan menjadi ahli kebajikan yang akan menerima kelapangan di dalam kubur,sehingga kubur menjadi tempat rehat yang nyaman.Tetapi jika dia berada dalam su-ul khatimah, maka akan menerima nasib malang di dalam kubur yang dipenuhi azab yang pedih..... 

No comments:

Post a Comment