Pages

Wednesday 21 February 2018

NASIHAT IMAN USTAZ AKHI AHMAD RIZAM 3

● Ingatlah wahai diriku dan sekelian sahabat sahabatku.

Setiap tulisan yg kita tuliskan ia menjadi saksi dan jariah kita hingga di akhirat kelak.
Mohonlah kasih sayang allah dengan setiap penulisan yg kita ingin lakarkan .
Biarlah ia terbit dari hati yang bersih .
Setiap kata kata yg keluar dari hati yang bersih umpama anak sungai yang jernih .
Ramai makhluk Allah yang akan mendapat manfaatnya.

Jangan jadikan setiap kalimah kalimah yg kita susunkan umpama percikan api yg kecil kerana ia akan menjadi asbab kita akan tenggelam didalam lautan api yg dahsyat dan mengerikan.

● Kemuncak Takut kepada Allah adalah apabila dirinya tidak pernah lupa kepada Allah walaupun sedetik.

● Ketika ramai manusia sibuk memperkatakan cela dan aib orang lain ada sekelompok kecil manusia yang sibuk dengan mengingati allah dan rasulnya maka ikutilah kelompok yg sedikit itu.

Ketika ramai manusia mencari dan mengejar kedunian dan kemegahannya .ada sekelompok kecil Manusia yang mencari dan mengejar akan akhirat dan kemegahanya maka duduklah selalu bersama mereka

Ketika ramai manusia asyik memcari kemulian  dan keredaan dikalangan manusia ada sekelompok kecil yang sibuk memohon dan meminta serta menagih kemulian dan keredaan rabnya maka janganlah kita lepaskan mereka dan ambil lah barokah dari mereka
Semoga kita tergolong didalam golongan yang sedikit daripada golongan yang banyak.

● Makanan jasmani itu seperti jasmani kita bersifat sementara. Nikmatnya juga hanya sementara iaitu nikmat rasa dan kenyang sahaja. Selepas diproses makanan jasmani oleh badan kita akhirnya ia akan keluar sebagai najis. Makanan rohani pula Insya Allah pahalanya akan berkekalan di akhirat kelak. Pahala yang dikumpul Insya Allah akan melayakkan seseorang itu ke syurga dan nikmat syurga itu Insya Allah akan berkekalan sampai bila-bila.

● Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

● Jangan lah melebihkan dunia dari akhirat.

Dunia ini rumah orang yang tidak ada rumah,kekayaan orang yang tidak ada harta, yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal, yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu, yang mendengkinya adalah orang yang tidak faham (pada agama) dan yang menguasahakannya hanyalah orang yang tidak punya keyakinan.

● Wahai diriku keluarga ku serta saudara dan saudariku, ingatlah! Orang-orang yang paling rugi itu, mereka hanya sekadar baca al-Quran sahaja. Tidak pernah mereka cuba untuk memahaminya. Sedangkan al-Quran merupakan kitab panduan hidup bagi orang-orang mukmin bukannya kitab bacaan sahaja.

Sebagaimana Firman Allah:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)

● Lalai merupakan penyakit berbahaya bila seseorang telah terjangkit dan penyakit tersebut telah merebak didalam dirinya.

Maka ia tidak akan menyibukkan diri dengan ketaatan kepada Allah, berdzikir mengingat-Nya, dan beribadah kepada-Nya, akan tetapi menyibukkan diri dengan berbagai perkara yang sia-sia dan jauh dari dzikir mengingat Allah.

● Bersyukur dengan segala nikmat yg Allah telah kurniakan kepada kita nescaya Allah akan memelihara dan menambahkan lagi kurnianya kepada hambanya yg sentiasa bersyukur .

Sehat adalah nikmat maka bersyukurlah sblm datangnya sakit.
Masa lapang juga adalah nikmat gunakanlah pada perkara yang allah reda sblm allah sempitkan masa tersebut.
Harta yg dikurniakan oleh Allah kepada kita walaupun sedikit bersyukurlah .gunakan lah pada perkara yg allah sayang.
Umur yg masih ada bersyukurlah .gunakanlah pada perkara kebaikan sebelum datangnya kematian kerana malaikat maut akan datang pada bila bila masa sahaja yg tidak kita ketahui saatnya.

● Lupakan lah manusia yang selalu mengajak kalian dari lalai mengingati kepada allah tetapi jangan lah kalian melupakan allah yang sekali kali tidak pernah melupakan kalian.

Jangan lah kalian kasih kepada makhluk yang suatu hari akan membenci kalian tetapi kasihkan lah akan Allah dan syaiduna muhammad saw yang sentiasa kasih akan kalian hingga hari akhirat dengan kasih sayang yang tiada titik noktahnya.

● AWAS!!!!!!!

Jika anda berdosa, tetapi tidak segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, malah anda mengharapkan pula agar Allah mengampunkanmu. Kemudian anda malas pula beramal saleh, sentiasa sibuk dengan urusan dunia sepanjang masa, lalu anda bercita-cita bahawa Allah S.W.T. akan memuliakanmu dan mengangkat darjatmu di dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbuat amal saleh, maka nyatalah bahawa anda adalah seorang yang berangan-angan kosong dan terpedaya.

● Adakah anda pernah solat jenazah? Jika ya, adakah anda mengambil pengajaran akan kematian mereka? Dan perkara ini agak sukar jika kematian tersebut bukan daripada ahli keluarga terdekat kita.

Tetapi itulah salah satu sebabnya kita melakukan tahlil. Tahlil juga bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa masa kita untuk mati akan sampai suatu hari nanti. Dan tidak ada apa pun yang dapat menghalang malaikat Izrail daripada mencabut nyawa kita semua.

● Dalam perjalanan menuju jiwa yang suci bersih seseorang perlu menentang nafsu kehaiwanan yang menumpang pada nafsunya yang asli, yang suci bersih. Nafsu kehaiwanan hanya inginkan makanan, minuman, pakaian, tidur, melakukan yang sia-sia dan berseronok. Dalam daerah nafsu yang rendah itu juga ada sifat ego yang jahat seperti takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit hati. Semua itu mesti dibuang daripada daerah nafsu supaya kemurnian nafsu yang asli kembali menyerlah. Orang yang benar-benar bertaubat mampu berbuat demikian dan dia kembali menjadi suci, bersih dan murni. Hijab yang muncul dari alam zahiriah menjadi hancur dan rohaninya akan bercahaya, memperlihatkan keserian wajah yang menggambarkan kedamaian jiwa.

No comments:

Post a Comment