Pages

Thursday 8 February 2018

MUQADDIMAH NASIHAT


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

Wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah Taala memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah Taala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya.

Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (maksudnya hadis Rasulullah s.a.w.). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu suatu nasihat yang berpunca daripada sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. Dan apabila masih belum sampai kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?

NASIHAT PERTAMA
Waktu Itu Ialah Kehidupan

Wahai anakku yang tercinta;

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah:

عَلاَمَةُ اِعْرَاضِ اللهِ تَعَالَى عَنِ الْعَبْدِ، اشْتِغَالُهُ بِمَا لاَ يَعْنِيهِ، وَ اَنﱠ امْرَأً ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مَنْ عُمُرِهِ، في غَيرِ مَا خُلِقَ لَهُ مِنَ الْعِبَادَةِ، لَجَدِيرٌ اَنْ تَطُولَ عَلَيْهِ حَسْرَتُهُ، وَ مَنْ جَاوَزَ اَلأرْبَعِينَ وَلَمْ يَغْلِبْ خَيْرُهُ عَلَى شَرﱢهِ فَلْيَتَجَهَّزْ إِلَى النَّارِ

Ertinya: "Adalah dikira sebagai berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihay kepada semua orang yang berilmu.

No comments:

Post a Comment