Pages

Tuesday 20 December 2016

Di Jalan Allah

"Segala tindak tanduk, perbuatan, tingkah laku, perilaku Rasulullah ﷺ adalah semuanya berasaskan Al-Quran. Jika kita lihat umpama Al-Quran yang berjalan diatas mukabumi ini. Kita ini beruntung kerana menumpang hidup dengan keberkatan dan kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ. Kita dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menjadi umat akhir zaman."

"Aku adalah habuan kepada kamu dan kamu juga habuan umtuk aku. Kata nabi kepada umatnya. Jangan smpai kamu kedekut dengan masamu sedangkan nabimu pemurah dengan waktunya, pemurah dengan keadilannya, pemurah dengan keperihatinannya."

"Ini Nabi sendiri tidak kenal. Siapa ayahnya siapa ibunya. Macam mana ini mengaku umatnya. Masakan juga untuk mendapatkan syafaatnya. Orang yang solat dibelakang imam akan diampunkan dosa-dosanya dengan berkat doa daripada imam itu."

"Apetah lagi zaman nabi para sahabat jadi makmum dibelakang nabi yang makbul doanya. Nabi sepanjang hari sibuk dengan urusan ummat. Sehingga solat sampai bengkak kedua-dua kaki. Kita apetah lagi isnin sampai jumaat sudah sibuk dengan urusan dunia."

"Syurga itu mahal. Apalah sangat dua hari cuti digunakan untuk ibadat. Solat berjemaah lima waktu penuh. Ape juga alasannya walaupun terpaksa masbuk. Jauhi tmpt solat kita daripada orang gila. kanak-kanak yang bermain. Dan juga kawasan urusan jual beli."

"Jika kita datang ke masjid. Jadilah tetamu malaikat yang sopan. Duduk perlu sopan dan pakaian perlu kemas. Berbuat baiklah kerana Allah سبحانه وتعالى, kerana Allah سبحانه وتعالى selalu berbuat baik kepada kamu."

"Ini orang ajak ke masjid juga dimarah-marah. Sepatutnya kita ikut kemasjid. Besar ganjarannya. Kite sepatutnya terhutang budi berhutang pahala dengan jemaah tabligh kerana merekalah yang bertungkus lumus berusaha untuk mengimarahkan disurau dan masjid masjid. Mereka bukan dapat apa apa pon mengajak kamu kemasjid. Bukan dapat duitnya. Tetapi niatnya jika benar disisi Allah سبحانه وتعالى besar ganjarannya."

"Sesungguhnya satu air mata yang menitis daripada doa jemaah tabligh untuk mengajak orang ramai kembali kepada Allah سبحانه وتعالى maka terhindar daripada bala untuk kawasan tersebut. Jangan ada pon sekelumit benci kita kepada golongan tabligh."

"Antara kelebihan puasa. Barangsiapa yang berpuasa di jalan Allah سبحانه وتعالى maka dijauhkan dirinya daripada api neraka. Seafdhal-afdhal puasa ialah puasa di bulan muharram, rejab, zulhijah. Macam mana kita mahu istiqomah didalam beribadat. Sama juga istiqomah didalam kita makan. Untuk jasmani, untuk kesihatan, sama juga beribadat adalah untuk rohani kita sendiri."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

No comments:

Post a Comment