Pages

Thursday 8 March 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH SAW 8

KEMULIAAN ANUGERAH ALLAH SEBELUM PENGUTUSAN.

Pemberian Allah yang pertama ialah keberkatan yang berlaku kepada keluarga Halimah yang menyusukan Baginda s.a.w. Sebelum Baginda s.a.w tinggal bersama keluarga Halimah,mereka berada dalam serba kekurangan.Apabila Baginda s.a.w berada bersama-sama mereka,kambing-kambing mereka mula gemuk dan mengeluarkan susu.
Selepas itu ia diikuti dengan peristiwa pembelahan dada dan mengeluarkan bahagian syaitan daripada diri Rasulullah s.a.w.Perkara ini bukanlah suatu yang ajaib jika dibandingkan kepada kekuasaan Allah.Sesiapa yang menolak peristiwa seumpama ini,maka dia adalah orang yangt pendek akal dan tidak mengetahui sedikitpun kekuatan Allah.Ini kerasna peristiwa luar biasa yang berlaku kepada para nabi bukanlah perkara baru dan asing.

Di antara perkara luar biasa lain yang merupakan kemuliaan kepada Rasulullah s.a.w ialah Allah menjadikan awan melindungi Baginda s.a.w ketika panas terik dalam perjalanan ke Syam.Dalam perjalanan tersebut hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang dilindungi.

Di antara kurniaan Allah kepada Rasulullah s.a.w ialah pokok pokok dan batu-batu memberi salam dan Baginda s.a.w mendengarnya.Ketika Rasulullah s.a.w keluar untuk membuang air,Baginda keluar kekawasan yang agak jauh sehingga bangunan di Mekah tidak kelihatan.Baginda s.a.w pergi kelereng-lereng bukit dan lembah-lembah.Dalam perjalanan tersebut Baginda mendengar semua batu dan pokok yang dilaluinya mengucapkan : Salawat dan salam kepadamu wahai Rasulullah s.a.w. Baginda berpaling kekiri dan kanan dan belakang tetapi tidak mendapati seoarang pun. Peristiwa ini telah diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

    • Pak Su Khairol 
      catatan kaki :
      > perkara seperti bukanlah sesuatu yang aneh.Benda2 yang tidak bernyawa telah disuruh berkhidmat kepada para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. Tongkat Nabi Musa a.s telah bertukar menjadi ular yang mengalahkan semua perkara yang dilakukan oleh tukang sihir Firaun.Selepas itu ia kembali kepada kejadian asalnya iaitu tongkat.
      Apabila Nabi Musa a.s memukul batu dengan tongkatnya , sebanyak 12 mata air telah keluar dari batu tersebut. Setiap puak dari bani Israel mendapat mata air masing-masing.

      Allah telah menjadikan benda2 yang tidak bernyawa yang dikehendaki-Nya memberi khidmat kepada mereka untuk menunjukkan kepada orang2 yang berakal tentang kebesaran,kekuasaan dan ketinggian kedudukan-Nya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum abg ,abg adik ni still budak sekolah menengah dan adik sebenarnya sangat-sangat berminat dan mengimpikan untuk memiliki buku Biografi Rasullulah SAW Jilid 1-3.Dari dulu lagi adik idam-idamkan buku ni.Adik nak buku ni sebab adik masih jahil tentang sirah Nabi Muhammad SAW dan adik yakin bahawa buku ini sangat baik dan bagus lagi sahih.Lagipun adik sangat kagum dengan buku tulisan Dr Ali Muhammad As-Salabi. Kalau abg berkemampuan/boleh,abg sedekahkanlah/hadiahkanlah kepada adik buku ni bagi menambah saham akhirat abg.adik cadangkan abg beli online di http://www.sjr.com.my/product_info.php?products_id=720
    dan terus pos kepada adik.Dekat laman web tu ada jual buku Biografi Rasullulah SAW lengkap dari jilid 1 hingga 3.harganya ialah RM114.00 .Abg mesti nak maklumat penghantaran adikkan.takpe abg hantar email kepada adik.email adik ialah budakkecil123@gmail.com .lepas huruf i tu huruf l bukan nombor 1.Nanti adik bagi alamat dan nombor telefon adik.Adik minta sangat-sangat budi baik abg.Kalau adik nak beli sendiri tu mungkin tak boleh kerana ada sebab-sebab tertentu.Assalamualaikum abg.

    ReplyDelete