Pages

Monday 31 July 2017

SENTIASALAH MEMPERBETULKAN NIAT-NIAT KAMU DALAM MENUNTUT ILMU

Dalam kita menuntut ilmu hendaklah juga kita selalu memperbetulkan niat-niat kita. Kata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala "Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam menuntut ilmu yang telah menunjukkan semangat yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan.

Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia maka sebenarnya engkau  telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia."

Ilmu itu sepatutnya mendidik seseorang itu ke arah tawadhuk. Kalau ilmu menjadikan kita sombong maka kita salah di dalam menuntut ilmu. Kalau kita menuntut ilmu kita rasa mulia daripada yang lain maka kita gagal dalam ilmu. Kalau kita menuntut ilmu kita rasa kita sahaja yang benar yang kita sahaja yang tahu, kita sahaja yang betul maka gagal kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita menuntut ilmu untuk bermegah-megahan, untuk dilihat oleh orang yang kita ini baik, kita nak popular nak terkenal maka sia-sialah ilmu yang kita belajar itu.

Sebab itulah kita perlu sentiasa check balik niat-niat kita dalam menuntut ilmu. Setiap orang akan diganjari berdasarkan niatnya. Semakin banyak niat-niat baik yang diniatkan oleh seseorang maka semakin tinggilah ganjaran yang akan diperolehinya.

[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

No comments:

Post a Comment