Pages

Friday 29 August 2014

Syair Si Abu Hamid al Khulqani.

Syair yg membuatkn Imam Ahmad bin Hanbal menangis...

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya :

”Seperti apa? Contohnya?”

Lalu muridnya mendendangkan syair ini. Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus
menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dlm rumahnya.
Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu.

Muridnya meriwayatkan: kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.....

Terjemahan Syair.

Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup
selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?
Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"
Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg
menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam
surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan yg membimbingku pada kebenaran..
Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.

terjemahan oleh : Mujahid Nordin

No comments:

Post a Comment