Pages

Thursday 17 May 2012

PETUNJUK JALAN YANG LURUS

Dari surah al-fatihah ayat 6-7 :

"Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan ( jalan ) orang2 yang Engkau telah murkai dan bukan pula ( jalan ) orang2 yang sesat."

>>Jalan lurus adalah jalan Allah. melalui ayat ini kita berjalan menuju kepada Allah ,kita memohon agar Allah akan memberi kita petunjuk. Sebabnya hanyalah Dia yang dapat memberi petunjuk.

Petunjuk adalah anugerah Allah ,orang yg dapat petunjuk Allah tidak akan sesat...dan pastinya orang yg sesat itu jauh dari petunjuk Allah.manusia diberi petunjuk ke arah jalan yang lurus ,maka dia akan mendapat kemenangan dan segala kebaikan. Satu nikmat dan anugerah yang Allah akan berikan hanya kepada manusia2 yg layak menerimanya......

Jalan yg lurus adalah keimanan yang sempurna iaitu iman yang berdasarkan pada pengetahuan Ilahi......sehimgga seseorang MAMPU MENJALANI KEHIDUPANNYA DENGAN REDHA DAN BERSERAH DIRI PADA ALLAH ...

Seorang mukmin tdk dikatakan beriman sehingga dia mengetahui dengan jelas akidah,akhlak serta ajaran syariah yg disampaikan Rasulullah,yg seterusnya semua keadaan Islam ini membawa ketenangan,damai serta ketenteraman dalam jiwanya.

>>Keimanan sejati itu merangkumi unsur :
1.zahir
2.batin.

BATIN :
Unsur batinnya adalah iman yang kukuh...tidak ada keraguan sedikitpun dalam hatinya.

ZAHIR :
Unsur zahir pula adalah jihad atau perjuangan untuk menegakkan dan memelihara iman tersebut...berjihad dengan jiwa raga,harta benda atau semua yang dimiliki ........

tidak ada tujuan lain yang ingin dicapai oleh orang yang beriman selain Allah. Tujuan tertinggi yang ingin dicapai orang yg beriman hanyalah Allah semata...dan jalan itu dimulaikan dengan taubat yang benar taubat....dan taubat yg benar adalah langkah awal untuk terus merentasi bg mendekatkan diri dengan Allah swt....................


FACEBOOK.
‎ "Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (selainnya) kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu medah-mudahan kamu bertaqwa" Al-An'am : 153.Usah menjadi manusia yang celik tapi buta, dgn sb tidak berusaha untk mendapat kan petunjuk Allah swt..
Sedangkan Allah telah membentangkan kpd kita dgn dua jalan:
Firman Allah SWT .MafhumNYa " Aku bentangkan dua jln untuk kamau, satu jln untuk kamu ikuti dan satu jln untuk kamu tinggalkan "...Alangkah sia-sianya jika punya mata dan hati yang elok tetapi buta dan tidak terbimbing dijalan yang lurus.
Firman Allah..
" Dan sesiapa yang membelakang ( menyangkal) dari mengingati Aku, sudah tentu akan memperolehi kehidupan yang sulit ( sempit). Kami akan mengumpulkan mereka nanti di hari kiamat menjadi orang buta: "Wahai tuhanku! mengapa Engkau kumpulkan menjadi orang buta , pada hal dahulunya aku seorang yang dapat melihat?": " begitulah ( semestinya)! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepada engkau, tetapi engkau lupakan ( tidak peduli). Dan begitulah di hari ini, engkau Kami lupakan ( tidak dipedulikan ) pula " 
~Thaha 124-126~Meraka tidak nampak tujuan hidup dan sentiasa ragu-ragu disetiap persimpangan jalan. Dalam jiwa mereka kerap kali timbul pertentangan dan perbedaan yang sukar baginya untuk memilih : antara mempertahankan diri, masyarakat , keadilan adan kebenaran. Mustahil kita dapat memuaskan hati semua manusia, tetapi tetap ada jalan untuk tenteramkan jiwa..Sesungguhnya hanya orang yang beriman dapat membebaskan diri dari konflik-konflik yang sedemikian, kerana tujuan hidupnya tidak lain dan tak bukan hanya mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk tujuan itu mereka tidak terlalu peduli apa yang ramai orang kata. Cita-citanya hanya satu iaitu menempuh jalan yang yang dapat membawaanya kepada keredhaan Allah. Itulah yang diminta dan diaharapkan oleh seorang yang beriman dalam setiap solatnya iaiti "Pimpinlah kami kejalan yang lurus!.Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (sirota l-mustaqim) yang membawa kepadaNya; (4:175)
 Di mana jalan yang lurus?

Ada pada Al-Quran
Firman Allah maksudnya:"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus" (Surah Al-Zukhruf:43)

Siapa yang akan melalui jalan ini?

Yang menyembah Allah swt
Firman Allah maksudnya : "Sesungguhnya Allah swt ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya, inilah jalan yang lurus" (Surah Ali Imran:51)

Yang Bersyukur
Firman Allah swt maksudnya :" Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya ( menjadi Nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus" ( Surah An-Nahl:121)

Ke mana jalan ini membawaku?
Kepada cahaya Iman
Firman Allah maksudnya:" Dengan ( Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhoaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya iman yang terang benderang, dengan izinNya dan( dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus(Surah Al-Maidah :16)

Dalam surah Al Raf ayat:201,ALLAH SWT berfirman:

Maksudnya:” Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa bila mereka di timpa was was dari syaitan ,mereka ingat kepada ALLAH ,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan kesalahan Nya.”

Penyerahan diri secara mutlak kepada ALLAH SWT dan RasulNya tanpa sebarang keraguan adalah cara terbaik untuk seseorang muslim itu meningkatkan tahap keimanannya.

Sentiasa berlapang dada pada ketentuannya ,bersyukur bila diberi nikmat,bersabar bila mendapat bencana.Sentiasa berterusan komunikasi nya dengan ALLAH SWT ,bertawakal serta menyerah diri dan hanya meminta pertolongan kepada ALLAH SWT sahaja.

Muslim yang sebenar adalah mereka yang sentiasa bertaubat dan mencari Redha ALLAH SWT ,sentiasa menunaikan kewajiban segala rukun ibadah fardu dan nawafil tanpa lalai atau mempermudahkannya.

Fitrah manusia memang tidak terlepas dari sikap leka dan lalai ,mudah tertarik kepada perkara perkara mungkar namun sebagai muslim yang sedar akan kekuasaan ALLAH SWT serta mempunyai ilmu juga bekalan taqwa mudahlah seseorang itu untuk kembali semula kepangkuan ALLAH SWT. Dengan hati yang takut atas balasan dosa dan neraka merayu dan memohonlah keampunan ALLAH SWT.

Berharaplah hanya kepada redha dan rahmat dari ALLAH SWT untuk menjadi muslim beriman dan berjaya duniawi dan ukhrawi.INSYAALLAH.

WAALAHU’ALAM......SEKIAN DARI Pak Su Khairol.....

  • Wan Kamila subhanallah...jelas sekali apa yg paksu nyatakan ini..alhamdulillah mudah2an kita tergolong dari hambaNya yang sentiasa bersyukur..insyaallah Allah swt akan tambah lagi..kerana dunia ini adalah tanam-tanaman utk akhirat..Kesilapan kita sering krn tidak memanfaatkan apa yg Allah kurniakan,bak kata pepatah" siapa yg menyemai angin,maka dia terpaksa menuai badai"..Dn sesungguhnya keyakinan kpd akhirat akan membawa impak pd kita utk lebih berusaha agar hidup dsana tidak sia2...masyaallah..

No comments:

Post a Comment