Pages

Wednesday 9 May 2012

AKAL.


Perlu kita ketahui tentang hukum akal ialah bahawa akal itu satu sifat yang ALLAH SWT jadikan pada manusia. Ia ALLAH letakkan pada otak manusia dengan segala ciri yang istimewa. Dengan ada
nya sifat ini, terbezalah manusia itu daripada makhluk makhluk lain seperti haiwan. Dalam ertikata yang lain,
dengan adanya akal, termulialah manusia ini dibanding kan dengan makhluk lain di muka bumi Tuhan ini.
Di antara yang menjadikan istimewa dan mulianya kehidupan manusia ini dibandingkan dengan haiwan ialah, dengan adanya akal, manusia boleh membangunkan kemajuan dan boleh melahirkan kehidupan yang bertamadun. Haiwan yang tidak dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan akal, tidak boleh meningkatkan cara hidupnya. Sebab itulah haiwan tidak mempunyai kebudayaan. Cara hidup haiwan adalah mengikut tabiat semula jadinya, sejak ia mula dicipta oleh Allah. Cuma kita tidak mengetahuinya kerana tidak ada diceritakan di dalam kitab-kitab. Dan kita juga tidak tahu bila ia bermula. Bagi manusia, kita tahu ia bermula daripada Nabi Adam as.
Cara hidup haiwan bermula sejak ia dijadikan. Misalnya, bagaimana kehidupan datuk nenek ayam itik yang mula-mula dahulu, begitulah kehidupan seluruh ayam ataupun itik yang ada hari ini; tidak berubah-ubah dan tidak meningkat-ningkat. Ayam itik tidak boleh membuat perubahan hidup kerana ia tidak berakal. Kalau ayam itu tidak dibuatkan rumah atau reban oleh tuannya, tidak berumah atau berebanlah hidupnya. Dan begitulah juga dengan haiwan-haiwan lain. Berbeza halnya dengan manusia. Dengan adanya akal, manusia boleh berkebudayaan dan bertamadun. Manusia boleh membuat perubahan dan peningkatan hidupnya dari satu masa ke satu masa. Jadi, akal begitu berperanan sekali kepada manusia, malah mempunyai peranan yang cukup utama yang meletakkan kemuliaan manusia itu sendiri. Sebab itu, Allah mengingatkan kita di dalam Al Quran tentang peranan akal.
Firman Allah: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang teluh Kami ciptakan. (Al Israk: 70)
Di dalam ayat di atas, Allah menyatakan kepada kita betapa Allah telah memuliakan anak cucu Nabi Adam iaitu manusia, yang diberi kelebihan-kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan ALLAH. Manusia telah dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan akal hingga ALLAH menyerahkan daratan dan lautan untuk dikuasai oleh mereka. Dengan akal, manusia telah dapat membongkar segala khazanah di dalam lautan, daripada ikannya, mutiaranya, beliannya, hinggalah kepada minyak galiannya dan bermacam-macam khazanah lagi. Malah manusia juga telah dapat menggunakan laut untuk memudahkan kehidupan. Misalnya, manusia telah menghasilkan kapal yang bergerak di permukaan laut, dan kapal selam yang boleh bergerak di dalam laut seperti ikan.
Akal fikiran yang ada pada manusia seterusnya telah membolehkan manusia menguasai angkasa lepas. Ertinya, bukan saja lautan, malah daratan ‘dan seluruhnya juga telah Allah serahkan kepada manusia. Dengan penguasaan manusia di bidang angkasa lepas, hari ini sudah ada manusia yang sampai ke bulan. Semua keupayaan dan kemampuan ini bukan disebabkan oleh kekuatan Iizikal atau kekuatan lahir manusia, tetapi disebabkan kekuatan tenaga berfikir. Ini ternyata sekali berlaku di kalangan manusia di Barat sana.
Orang-orang Barat mengasah sungguh-sungguh tenaga fikir mereka hingga membolehkan mereka mencipta berbagai-bagai perkara seperti radio, televisyen, kapal terbang, kapal angkasa dan lain-lain. Mereka tumpukan sungguh-sungguh kepada penggunaan akal fikiran mereka hinggakan kita dapati mereka tidak sempat untuk memikir fasal Tuhan. Setiap saat mereka berfikir dengan akal hingga mereka lupa kepada Maha Pencipta, yang memberi mereka akal itu. Ini yang malangnya. Jika dibandingkan dengan umat Islam, walaupun kita tidak mengasah sungguh-sungguh kekuatan akal fikiran ini, tetapi tidaklah sampai kita melupakan Tuhan. Tidaklah sampai kita kufur, ingkar dan berbuat mungkar. Sedangkan mereka terus khayal dengan kekuatan akal fikiran mereka hingga mereka kufur dan ingkar kepada ALLAH SWT.Cuma, oleh kerana mereka tumpukan sungguh-sungguh kepada akal fikiran mereka itu, mereka lebih maju daripada kita.
Apakah umat Islam mahu rnengejar dunia seperti mereka?
Kalau mahu, caranya amat mudah sekali. Buatlah seperti yang mereka buat iaitu asah sungguh-sungguh akal fikiran kita dan lupakan terus ALLAH SWT. Tapi ingat, Neraka ALLAH akan menanti kita. Sebab itulah, ALLAH juga mengingatkan kita dalam Al Quran, supaya kita jangan berkecil hati dengan Allah atau terpengaruh dengan orang-orang bukan Islam itu. Firman ALLAH: Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. (At Taubah: 85)
Dalam ayat ini, kita dapat fahamkan bahawa ALLAH memang sengaja melebihkan orang-orang kafir itu dari segi kemajuan fizikal, dengan tujuan untuk menguji umat Islam sejauh mana mereka boleh mengingati ALLAH serta mengikut perintah-Nya. Tetapi kalau umat Islam tidak tahan diuji, dia akan terpesona melihat serba majunya perniagaan, ekonomi, perdagangan dan lain-lainnya pada orang-orang kafir. Dia akan berlumba-lumba dengan orang kafir untuk mencapai segala kemajuan yang mereka capai. Andainya mereka maju dalam bidang sains dan teknologi, umat Islam pun mengejar kemajuan itu; konon mahu seganding dengan orang kafir. Akhirnya, umat Islam pun melupakan ALLAH sebagaimana orang-orang kafir melupakan ALLAH.
Umat Islam Boleh Buru Kemajuan?
Oleh itu, umat Islam‘boleh mencari kemajuan walau dalam bidang apa sekalipun, tetapi jangan sampai lupa kepada ALLAH SWT. Carilah ilmu pengetahuan, kekayaan dunia, kemajuan ekonomi dan sebagainya; tapi jangan sampai meninggalkan sembahyang, mengabaikan ilmu fardhu ain, tidak menutup aurat dan sebagai nya. Tidak salah berfikir fasal dunia, asalkan tidak melupakan ALLAH. Ertinya, di samping memikirkan dunia, umat Islam tidak harus melupakan ALLAH. Oleh itu, tentulah tidak sama pencapaiannya dengan orang-orang kafir yang menumpukan sepenuh usaha dan ikhtiar kepada dunia. Dan kerana itu juga, janganlah umat Islam berkecil hati dengan ALLAH kerana sudah demikian janji ALLAH. Jadi, umat Islam tidak boleh meniru kemajuan orang-orang kafir. Cukuplah kita mencapai sekadar yang boleh kita capai mengikut kemampuan dan keupayaan kita, asal kita boleh hidup, boleh beribadah kepada ALLAH, boleh selamatkan iman, dan boleh mengelakkan kemungkaran dan maksiat.
Kalau umat Islam hendak berusaha juga sehingga mencapai kemajuan sepertimana yang dicapai oleh orang-orang kafir itu, ertinya umat Islam hendak lari daripada mengingati ALLAH; itu yang sebenarnya. Dan akibat daripada itu, ALLAH sediakan azab di Neraka, kerana orang-orang kafir itu tidak pernah memikirkan kehidupan Akhirat. Cuba kita lihat apa firman ALLAH mengenai mereka.
Firman ALLAH: Kami telah masukkan kebanyakan jin dan manusia ke dalam Neraka Jahanam itu, yang
mana mereka itu ada hati tetapi tidak muhu mema hami, ada mata tetapi tidak mahu melihat dan ada
telinga tetapi tidak muhu mendengar. Maka mereka itu sama seperti binatang-binatang ternakan, bahkan
lebih sesat daripada itu.
 (Al A’rti 179)
Di sini jelas ALLAH. menggambarkan kepada kita betapa kebanyakan manusia dan jin, ALLAH masukkan ke dalam Neraka Jahanam kerana mereka ada mata tetapi tidak melihat kebenaran, ada akal tetapi tidak digunakan untuk memikirkan kebenaran dan ada telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar kebenaran. Taraf mereka sama seperti binatang-binatang ternakan. Mengapa ALLAH menyamakan mereka dengan binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing, kerbau, lembu dan sebagainya. Mengapa ALLAH tidak menyebut binatang sahaja?
Semua binatang, sama ada liar ataupun diternak, sama-sama tidak ada akal. Tetapi binatang liar lebih merdeka atau lebih bebas berbuat sekehendak hati mereka. Misalnya, binatang liar bebas mencari makanan sendiri, tidak seperti binatang ternak yang terpaksa bergantung kepada tuannya. Kalau tuannya tidak memberi dia makan, tidak makanlah dia. Jadi, di antara keduadua jenis binatang ini, kehidupan binatang liar lebih baik kerana mereka ada kebebasan. Kalau ALLAH ibaratkan orang-orang yang ingkar atau orang-orang kafir itu seperti binatang ternakan, maknanya mereka langsung tidak ada kebebasan.
Tidak bebasnya mereka itu kerana, mata mereka tidak boleh melihat, akal mereka tidak boleh berfikir, dan telinga mereka tidak boleh mendengar. Ertinya, keadaan mereka terkongkong sama sekali. Mereka langsung tidak mendapat kebenaran; tidak boleh melihat yang mana salah, yang mana benar, tidak boleh memikirkan yang mana salah, yang mana benar, dan tidak boleh mendengar yang mana salah dan yang mana benar. Mereka dikongkong oleh hawa nafsu. Dengan kata lain, mereka menjadikan diri mereka hamba kepada hawa nafsu hingga menyebabkan mereka berpaut semata-mata kepada hawa nafsu itu, tidak kepada ALLAH SWT. Jadi, padan benarlah kalau ALLAH samakan mereka itu dengan binatang ternak kerana binatang ternak terpaksa bergantung kepada tuannya, tidak bebas mengikut sekehendak hati.
Mengapa lebih sesat daripada binatang?
Sudahlah disamakan dengan binatang ternak, mereka disebut pula oleh ALLAH sebagai lebih sesat dari
pada binatang. Mengapa? Sebabnya, binatang itu oleh kerana tidak ada akal, tidak dapat dipimpin kepadakebaikan. Yang ada pada binatang hanya nafsu. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh mereka kejahatan sahaja. Ertinya, unsur-unsur kebaikan langsung tidak ada pada binatang-binatang. Tetapi unsur kejahatan ada pada mereka kerana mereka ada nafsu. Sebab itulah binatang hanya terdorong untuk buat jahat. Tidak ada sesuatu yang boleh mengawal binatang, disebabkan ia tidak ada akal. Kalau ia ada akal, syariatlah yang boleh mengawalnya.
Cuma, walaupun binatang hanya tahu berbuat jahat, perbuatan mereka masih terbatas. Umpamanya, kalau seekor tikus itu mencuri padi, ia tidak membawanya balik. Ia makan di tempat itu sampai kenyang. Lepas itu, baru dia balik. Begitu juga kalau kambing masuk ke kebun orang, ia makan sampai kenyang di situ juga. Bila sudah kenyang, baru ia balik. Tidak ada satu benda pun yang dibawa lari dari kebun orang itu. Begitu juga kalau binatang-binatang bergaduh, mereka tidak bermesyuarat, berbincang dan mengatur strategi bagaimana hendak bergaduh. Selain itu, bila binatang bergaduh, dia tidak ‘tahu hendak membela diri dengan meminta bantuan binatang-binatang lain. Binatang yang bergaduh itu saja yang terlibat. Yang lain, buat tak tahu saja. Tidak seperti manusia, kalau bergaduh, dia mengatur strategi. Kemudian dia mengajak orang lain berpakat bagaimana hendak mengalahkan musuhnya. Ertinya, di kalangan manusia, daripada seorang saja yang bergaduh, berpuluh-puluh malah ribuan orang lain terlibat sama. Satu negara boleh turut berperang kalau dua pemimpin negara bergaduh dan berse.lisih faham. Jadi, banyaklah kerosakan yang dibuat oleh manusia. Sebab itulah, manusia yang tidak menggunakan akal dan telinga, lebih sesat dan lebih berbahaya lagi daripada binatang-binatang ternak.
Akal Dorong Nafsu Buat Maksiat?
Oleh kerana manusia ini ada akal di samping ada nafsu yang mendorong dia berbuat maksiat, kemudian akal tidak pula digunakan untuk menerima kebenaran, maka akal membantu lagi nafsu itu mendorong dia berbuat maksiat. Ertinya, manusia lebih cepat lagi berbuat maksiat daripada binatang yang hanya mempunyai nafsu tetapi tidak mempunyai akal itu. Bagaimana akal membantu nafsu mendorong manusia membuat kejahatan? Tentulah dengan cara merancang atau mengatur bagaimana hendak melakukan kejahatan itu dan sebagainya. Jadi, munasabah benarlah ALLAH menyebut bahawa manusia yang mempunyai nafsu demikian lebih sesat lagi daripada binatang ternak. Sebaliknya, kalau manusia boleh menggunakan akalnya sungguh-sungguh disebabkan akal manusia itu sifat semulajadinya memang baik, dan kalaulah kebaikan itu dipandu oleh syariat, kadang-kadang seseorang itu boleh mencapai taraf malaikat. Darjat dan kerohaniannya boleh sampai kepada tahap malaikat. Itulah yang berlaku kepada para rasul, para anbia dan para aulia besar.
Peranan Akal
Begitulah peranan akal yang jika digunakan sungguh-sungguh, membolehkan manusia mendapat manfaat daripadanya. Dia boleh menjadi lebih mulia daripada makhluk yang lain. Di samping itu, manusialah yang boleh menerima pengetahuan-pengetahuan yang memerlukan kepada berfikir, Ilmu-ilmu itu, kalau tidak difikirkan, tidak akan dapat diperolehi. Tetapi oleh kerana manusia ada akal, dia boleh memikirkan ilmu-ilmu pengetahuan itu. Kerana itu, hari ini bermacam-macam ilmu pengetahuan yang telah diperolehi manusia seperti ilmu alam, ilmu hisab, ilmu sains dan teknologi, ilmu kajibumi, ilmu psikologi, dan bermacam-macam ilmu pengetahuan lain. Kalau tidak ada akal, manusia tidak mungkin memperolehi semua ilmu itu.
Kemudian, dengan akal itu pula manusia boleh memikirkan kerja-kerja yang sulit dan yang halus. Apa saja pekerjaan dapat ditadbir dan disusun oleh manusia dengan sebaik-baiknya. Jadi, kita dapati, daripada akal itu terbitnya segala manfaat dan kebajikan yang semua itu akan memberikan kebahagiaan kepada manusia. Walau bagaimanapun, syaratnya manusia mestilah dapat menggunakan akalnya itu dengan sebaik-baiknya dengan dipandu oleh syariat. Kalau tidak, disebabkan oleh akal, manusia boleh rosak binasa. Samalah seperti peranan senjata api, ia boleh memberi manfaat kepada kita dengan syarat kita pandai menggunakannya. Misalnya, kalau datang musuh, perompak dan sebagainya, kita boleh mempertahankan diri dengan senjata api. Tetapi kalau kita tidak pandai menggunakannya, ia boleh merosakkan kita. Setengahsetengah orang membunuh diri dengan senjata apinya sendiri. Begitulah dengan akal, kalau manusia menyalah-gunakannya, rosaklah muka bumi ini, dan binasalah kehidupan manusia seluruhnya. Wujudlah huru-hara di atas bumi ALLAH ini, dan akan terjadilah sebagaimana yang ALLAH gambarkan: Akan lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan akibat daripada usaha manusia itu sendiri (Ar Rum: 41)
Sifat Semulajadi Akal
Kemudian, walaupun akal itu sifat semulajadinya ALLAH jadikan baik, tetapi ada juga kebaikan-kebaikan yang tidak mampu difikirkan oleh akal. Dalam hal ini, Allah bantu kekuatan akal itu dengan memberi syariat kepada manusia melalui para rasul. Kalau hanya dengan kekuatan akal saja, manusia tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang sah dan mana yang batal, dan sebagainya. Ia perlu kepada satu kekuatan lain iaitu kekuatan syariat. Akal mesti disuluh oleh syariat. Barulah ia dapat me‘mandu manusia kepada kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan juga di Akhirat.
Kalau akal dibiarkan bersendiri, tanpa dibimbing oleh syariat, ia akan sesat. Akal ini akan mengeluarkan peraturan bagi manusia. Dari situlah timbulnya ideologi atau isme yang ada pada hari ini seperti komunisme, kapitalisme, sosialisme, dan sebagainya. Ideologi atau isme-isme ini akhirnya bertindak sebagai ‘syariat’ kepada manusia di seluruh dunia, dan manusia mengenepikan syariat yang sebenar daripada ALLAH SWT. Maka. rosaklah alam, rosaklah muka bumi Tuhan ini. Buktinya, hari ini saja, manusia tidak pernah hidup aman damai kerana kehidupan mereka dikawal oleh isme-isme yang lahir daripada otak manusia. Di manamana saja sudah tercetus pergaduhan dan peperangan. Tidak ada siapa pun boleh menyelesaikannya, hatta tempat rujuk semua negara sekalipun iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kadang-kadang merujukkan kehidupan manusia kepada pertubuhan itu, umpama kita berhakim kepada beruk. Jadi, walaupun tabiat semulajadi akal kita ini baik, ia masih perlu dipimpin oleh syariat supaya apa yang lahir daripada akal itu benar-benar dapat memimpin manusia kepada keselesaan hidup di dunia dan keselamatan hidup di Akhirat.
Akal tidak boleh dibiarkan bersendirian kerana tidak semua kebaikan mampu difikirkannya. Sejarah ahli-ahli falsafah atau ahli-ahli fikir zaman dahulu membuktikan hal ini. Soctrates, Plato dan lain-lainnya, terbukti tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang lebih halus dan rumit dalam hal-hal kebenaran. Ini kerana kebenaran itu hanya datang daripada ALLAH. ALLAH sendiri yang mendatangkannya kepada manusia melalui rasul-rasul-Nya.

FACEBOOK :

  • Peronda Jaket Biru Pjb لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ

    Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah-bawahnya (disebabkan kekufuran)
    At-Tin -3

    20 jam yang lalu ·  ·  2


  • Peronda Jaket Biru Pjb Dalam ayat tersebut dinyatakan berhubung dgn perkataan." لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ"
    Yg bermaksud keelokkan kejadian Allah terhadap manusia yg membezakan antara darajah kehaiwanan dan insan yaitu " 'AQAL".
    Dlm ayat seterunya Allah menyatakan " ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
    " Dikembalikan serendah-rendah darajah"..kerana insan ( manusia tdk menggunakan 'AQAL segabai satu anugerah tertinggi olh Allah kpd nya.

    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Pak Su Khairol teruskan tuan....saya suka membacanya
    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Peronda Jaket Biru Pjb Jadi.......dimanakah keistimewaan yg dibanggakan olh manusia yg dikatakan kehebatan nya terlebih drp makhluk lain?
    Contoh Para Malaikat beribadah kpd Allah hanya kpd satu2 juzu' yg diperintahkan sahaja.Jika yg sujud hanya mereka sujud sampai ke hari qiamat..Tapi manusia dpt melakukan kesemuanya, bukan sahja sujud, bah keseluruhan perintah Allah swt..
    Seandainya manusia tidak menggunakan 'AQAL..

    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Peronda Jaket Biru Pjb ‎'Aqal manusia selalu nya disabitkan dgn otak..
    Binatang pn ada otak..tapi tk berakal..
    Otak manusi dijadikn olh Allah berada diposisi yg paling tinggi..dlm apa keadaan sekali pun, kecuali ketika sujud dihdpn Allah kepala terkebawah drp papan punggung...
    Berbeda dgn binatang ( contoh..An 'aam ) otak nya sentiasa berada pada paras dibawah drp punggung nya....

    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Peronda Jaket Biru Pjb dan kerana itu juga Allah memerintahkan supaya setiap manusia menjaga 'aqal termasuk didlm perkara yg diwajib kan selain drp menjaga perkara2 yg lain.
    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Peronda Jaket Biru Pjb firman allah : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
    20 jam yang lalu ·  ·  1

  • Ibn A'iman Mf ..Pak Su Khairol. yang dhaif mencelah, jika terdapat kekurangan pohon kemaafan drp tuan hak :
    Apabila menyebut perkataan akal, udah pasti bersangkutan dgn pemikiran sesaorng, Allah swt menyebut hal berkaitan dgn pemikiran ( akal ) didlm al-qur dengan kalam yang berbeda-beda:
    ta'qilun.
    Tatafakkarun.
    Ulul Albab.
    Kerana itu akal adalah pemimpin bagi org2 mukmin..

    6 jam yang lalu · 

  • Ibn A'iman diriwayatkan oleh Ka’ab dan Abu Hurairah bahawa meraka datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya kepada Baginda: “wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?” dan Rasulullah s.a.w menjawab “orang yang berakal.”
    6 jam yang lalu · 

  • Ibn A'iman Sahabat bertanya kepada baginda: “ siapakah oarng yang paling berbakti” dan baginda menjawab “ orang yang berakal.”

    Para sahabat bertanya lagi kepada baginda “siapakah yang paling utama?” maka baginda menjawab “orang yang berakal kerana setiap daripada kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal.”

    6 jam yang lalu · 

  • Ibn A'iman manusia mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal ( khayatul qulub). Menurut saidatina Aisyah bahawa akal itu mempunyai sepuluh bahagian iaitu lima bahagian nampakan dan lima bahagian lagi tersembunyi. Secara terperincinya, bahagian yang Nampak itu terdiri daripada lima perkara iaitu pertama ialah diam, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi “barangsiapa diam, maka selamatlah dia, barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya”.
    6 jam yang lalu · 

  • Ibn A'iman Selain itu kita juga menggunakan akal untuk berdaya saing dengan orang lain dalam pelbagai bidang, dengan ini manusia itu akan menikmati kejayaan atas usaha dirinya sendiri, dengan cara ini kita akan Berjaya dan cemelang dalam kehidupan kita didunia dan di akhirat.
    6 jam yang lalu · 

  • Ibn A'iman tanpa penggunaan akal yang sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu rosak imannya dan juga boleh memesongkan akidahnya.

No comments:

Post a Comment