Pages

Friday 20 January 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W. SIRI 4

Bermusafir Ke Syam
 

Bermusafir Ke Syam
Ketika berusia 12 tahun,bapa saudaranya Abu Talib ingin pergi ke Syam untuk berniaga. Pemergian Abu Talib amat sukar diterima oleh Baginda sehingga akhirnya Abu Talib membawa Baginda bersama. Ini adalah perjalanan pertama rombongan dagang ke Syam dan mereka tidak akan tinggal lama disana,Apabila tiba dibandar Bushra,seseorang pendita bernama Buhaira telah datang berjumpa ketua-ketua rombongan.

Dia bertanyakan mereka mengenai berita yang dibacanya didalam kitab-kitab suci mereka yang menceritakan mengenai pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.Sehingga sekarang ia masih belum berlaku.Sebelum berlakunya pengutusan Nabi s.a.w pertanyaan seumpama ini selalu dikemukakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.Mengenai perkara ini Allah berfirman : 
" Maka tatkala datang kepada mereka apa yang mereka ketahui kebenarannya ( Nabi Muhammad dan al-Quran),mereka mengingkarinya,maka ( dengan yang demikian) laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu." ( al-Baqarah : 89 )

catatan kaki :
1 .   Bushra iaitu bandar Hauran dinegeri Syam,Baginda sampai disana sebanyak dua kali. 1 . ketika bersama bapa saudaranya Abu Talib dan 2 . ketika membawa barang-barang perniagaan Khadijah untuk diniagakan.Dibuka secara perjanjian pada tahun 13H.
2 .   Buhaira dapat mengenali beberapa tanda kenabian yang ada pada Rasulullah sebagaimana yang disebut oleh kitab2 suci mereka.Dengan itu dia menjadikannya bukti bahawa Muhammad adalah nabi yang ditunggu2 kedatangannya.Dia menasihati
Abu Talib supaya membawa Muhammad pulang ke Mekah dan memberi amaran kepadanya mengenai tipu daya yang akan dilakukan oleh orang2 Yahudi.Dia juga menceritakan masa depan Baginda yang gemilang.


Peperangan Fijar.

Ketika Rasulullah berusia 20 tahun,peperangan Fijar meletus.Pperangan tersebut berlaku diantara Kabilah Kinanah yang mendapat sokongan Quraisy dengan kabilah Qais.
Punca meletusnya peperangan ini ialah al-Nu'man bin al-Munzir ,raja Arab di Hirah,mempunyai barang-barang perniagaan yang dihantar kepasar Ukaz setiap tahun,ketika menghantarnya,al-Nu'man melantik seorang lelaki yang kuat dan perkasa serta dihormati oleh kaumnya sebagai ketua rombongan untuk mengawal rombongan dagang.
.Pada satu hari Al-Nu'man duduk bersama-sama al-Barradh bin Qais al-Kanani ( seorang pembunuh dan melakukan sesuatu berdasarkan nafsu serta dipulau oleh kaumnya disebabkan kejahatannya ) dan Urwah bin Utbah al-Rahhal. Al-Nu'man berkata : " Siapakah yang akan melindungi harta perniagaan ini sehingga ia sampai ke pasar Ukaz ?. Al-Barradh menjawab : " Aku akan menghantarkannya untuk dijual kepada bani Kinanah. Al-Nu'man berkata : " Aku mahu harta perniagaan ini dijual kepada semua orang. Urwah pula berkata : " Kamu melakukan perkara yang tidak dikeji.Adakh kamu mahu harta kamu dibawa oleh anjing yang jahat ? Biarkian aku yang membawanya untuk dijual kepada semua ketua kaum dan penduduk Qaishum,iaitu penduduk didaerah Najd Tihamah.Al-Barradh berkata : " Adakah kamu akan membawa kepada kabilah Kinanah wahai Uewah ? Urwah menjawab : " aku akan membawanya kepada semua orang.
Al-Barradh merasa sakit hati dan mencari-cari peluang untuk melaksanakan niat jahatnya. Peluang tersebut diperolehi apabila Urwah keluar membawa barang-barang dagangan .Al-Barradh membunuhnya secara licik.Al Barradh menghantar utusan kepada kaumnya,kabilah Kinanah untuk memberitahu apa yang berlaku dan memberi amaran terhadap pembelaan yang akan dilakukan oleh kabilah Qais,iaitu kaum Urwah.

Setelah mendapat berita pembunuhan Urwah,kabilah Qais mula berdendam dan ingin menuntut bela diatas kematian Urwah.Mereka bertemu dengan kabilah Kinanah dan Quraisy di Nakhlah.Disana pertempuran berlaku diantara mereka.Ketika peperangan memuncak dan kabilah Qais begitu bersemangat,orang-orang Quraisy berlindung di tanah suci Mekah.Ketika Rasulullah s.a.w bersama-sama mereka.Selepas itu Qais berkata kepada musuhnya : " Kami tidak akan membiarkan darah Urwah mengalir tanpa pembelaan.Kita akan bertemu semula pada tahun hadapan di Ukaz.Lalu mereka pulang kenegeri mereka dan mengapi-apikan semangat diantara mereka.

Apabila tiba waktu yang dijanjikan,Kabilah Qais mengumpulkan kekuatannya.Mereka dibantu oleh kabilah Thoqif dan selainnya.Quraisy juga mengumpulkan kekuatannya yang terdiri dari kabilah Kinanah dan al-Ahabisy ( mereka adalah sekutu Quraisy ). Ketua bani Hasyim ialah Zubair bin Abd al-Mutalib.Dia dibantu oleh saudara-saudaranya iaitu Abu Talib,Hamzah,al-Abbas dan anak saudaranya iaitu Nabi s.a.w. Bani Umayyah pula diketuai oleh Harb bin Umayyah. Dia mengetuai kekuatan Quraisy disebabkan kemulian dan usianya. Begitu juga dengan bani bani lain yang terdapat didalam kabilah Quraisy,masing-masing mempunyai ketua. Selepas itu peperangan meletus,peperangan itu adalah peperangan yang paling dahsyat dalam kehidupan orang-orang Arab.Oleh kerana banyak kehormatan Mekah yang merupakan tempat suci disisi orang Arab dicerobohi didalam peperangan tersebut,maka mereka menamakan peperangan itu sebagai peperangan Fijar.

.Dalam peperangan tersebut,kabilah Qais hampir-hampir mengalami kekalahan.Sebahagian daripada sekutunya telah mengaku kalah.Tetapi keadaan tersebut dapat diselamatkan dengan kemunculan mereka yang mencadangkan supaya dimeterikan perjanjian damai.Perjanjian tersebut menyebut bahawa tentera yang dibunuh daripada kedua-dua belah hendaklah dikira.Mana-mana kabilah yangmengalami kerugian jiwa yang lebih banyak,mereka hendaklah menerima pembayaran diat terhadap bilangan yang lebih.Dalam peperangan tersebut Kabilah Qais mengalami kerugian jiwa yang lebih banyak daripada kabilah Quraisy.Oleh itu mereka mengambil diat daripada kabilah Quraisy. Harb bin Umayyah berjanji untuk membayarnya dan menyerahkan anaknya Abu Sufian sebagai cagaran.

Begitulah berakhirnya peperangan dikalangan orang-orang Arab yang pada kebiasaannya bermula dengan perkara-perkara kecil.Peristiwa seperti itu terus berlaku sehinggalah Allah menyatukan hati-hati mereka dan menerangi kegelapan jahiliah dengan tersebarnya cahaya islam dikalangan mereka.

catatan kaki :
1 .  Bushra iaitu bandar Hauran dinegeri Syam,Baginda sampai disana sebanyak dua kali. 1 . ketika bersama bapa saudaranya Abu Talib dan 2 . ketika membawa barang-barang perniagaan Khadijah untuk diniagakan.Dibuka secara perjanjian pada tahun 13H.
2 .   Buhaira dapat mengenali beberapa tanda kenabian yang ada pada Rasulullah sebagaimana yang disebut oleh kitab2 suci mereka.Dengan itu dia menjadikannya bukti bahawa Muhammad adalah nabi yang ditunggu2 kedatangannya.Dia menasihati Abu Talib supaya membawa Muhammad pulang ke Mekah dan memberi amaran kepadanya mengenai tipu daya yang akan dilakukan oleh orang2 Yahudi.Dia juga menceritakan masa depan Baginda yang gemilang.
3 .  Ibn Hisyam berkata dalam kitabnya : Usia Rasulullah ketika mitu ialah dalam 14 atau 15 tahun.Beliau mentarjih pandapat tersebut berdasarkan tindakan bapa-bapa nsaudaranya Beliau hanya membawa Baginda menyertai peperangan tersebut beberapa hari sahaja dan peranan yang dimainkan hanyalah mengumpul anak panah. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w : Aku mengumpulkan anak panah yang dilontar oleh musuh dan menyerahkannya kepada bapa saudaraku."

No comments:

Post a Comment