Pages

Friday 20 January 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W. SIRI 1

ABDULLAH BERKAHWIN DENGAN AMINAH.
Abdullah bin Abd Mutalib adalah anak yang paling disayangi oleh bapanya.Ketika berumur 18 thn,bapanya Abd Mutalib telah mengahwinkannya dengan Aminah binti Wahb bin Abd Manaf bin Zurah bin Kilab.Pada masa itu Aminah adalah wanita Quraisy terbaik dari segi keturunan dan kedudukannya. Apabila Abdullah tinggal bersama Aminah sebagai suami isteri, Aminah mula mengandungkan Rasulullah s.a.w. Setelah usia kandungan mencapai dua bulan,Abdullah meninggal dunia dan dikebumikan di Madinah iaitu diperkampungan bani Najjar;keturunan bapa-bapa saudara sebelah ibu.Sebelum itu Abdullah pergi ke Syam untuk berniaga.Dalam perjalanan pulang,ketika sampai di Madinan,dia menemui ajalnya.
Setelah tempoh masa mengandung tamat, Aminah melahirkan anaknya.Dunia merasa gembira dengan kelahiran anak tersebut, anak yang akan menyebarkan adab dan akhlak mulia keseluruh dunia. Al-Marhum Mahmud Basya al-Falaki telah mengkaji waktu kejadian peristiwa yang besar ini.Ia berlaku pada pagi isnin, 9 Rabiul Awwal, bersamaan dengan 20 April 571M.Peristiwa ini tepat berlaku pada tahun pertama tahun gajah. Rasulullah s.a.w dilahirkan dirumah Abu Talib, diperkampungan bani Hasyim. Bidan yang menyambut kelahiran beliau ialah al-Syifa', ibu Abd Rahman bin Auf.Apabila Baginda dilahirkan,ibunya menghantar berita gembira tersebut kepada datuknya Abd Mutalib.Dia datang dengan penuh kegembiraan dan menamakan Baginda sebagai Muhammad. Nama Muhammad bukanlah nama yang masyhur dikalangan orang orang Arab,walaupun begitu Allah ingin melaksanakan ketentuannya yang telah dinyatakan didalam kitab samawi yang diturunkan kepada para nabi-Nya seperti kitab Taurat dan Injil. Dengan itu Allah mengilhamkan kepada datuk Baginda supaya menamakan Baginda dengan nama Muhammad.
Wanita pertama yang mengasuhnya ialah Ummu Aiman iaitu Barakah al-Habsyiah,hamba perempuan kepunyaan bapa Rasulullah s.a.w. Orang yang pertama menyusukan Baginda s.a.w ialah Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahb.

catatan kaki :

1 .  Al Marhum Mahmud Basya al-Falaki mempunyai peninggalan yang menunjukkan ketrampilannya dibidang ilmu falak,matematik dan geografi.Meninggal pada tahun 1302H/1885M.

2 .   Peristiwa gajah adalah yang masyhur yg berlaku di Mekah.Dengan itu orang2 Arab sebagaimana juga umat yang lain telah menjadikan peristiwa besar ini sebagai permulaan takwim mereka. Al-Quran telah menyebut peristiwa ini dalam surahal-Fil.Kesimpulan peristiwa ini ialah salah seorang Raja Habsyah ( iaitu raja yang memerintah Yaman selepas mengalahkan orang2 Himyar) bernama Abrahah al Habsy telah datang untuk menyerang Mekah dan meruntuhkan Kaabah.

Mereka membawa gajah yang besar yang belum pernah dilihat sepertinya oleh orang2 Arab.Demi memuliakan nabi yang ditunggu2 kedatangannya dan penjagaan yang sempurna terhadap Kaabah, Allah telah menjaikan tindakan itu sebagai sia-sia.Dia mengirimkan kumpulan burung-burung yg tidak putus-putus.Burung2 tersebut melemparkan mereka dengan batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras.Lalu Allah menjadikan mereka hancur luluh seperti daun daun yang dimakan ulat.Dengan itu orang2 Quraisy tidak perlu berpenat lelah untuk menghadapi mereka.

3 .  Barakah al-Habsyiah nama sebenarnya ialah Barakah binti Tha'labah bin Amru . Beliau dikahwini oleh Ubaid bin Zaid bin Amru daripada Kabila Khazraj dan melahirkan Aiman bin Ubaid. Aiman adalah diantara muslimin yang tetap berperang didalam perang Hunain sehingga mati syahid. Selepas suami Barakah meninggal,beliau dikahwini oleh Zaid bin Harithah dan melahirkan Usamah bin Zaid.

4 .  Thuwaibah menyusukan Rasulullah s.a.w sebelum Halimah al-Saidah datang mengambil Baginda untuk disusui. Selepas itu Halimah juga menyusukan Hamzah, Abu Samah bin Abd al- Asad. ketika di Madinah Rasulullah s.a.w sentiasa memuliakannya sehingga beliau meninggal.


Bersambung SIRI 2.
 

No comments:

Post a Comment