Pages

Sunday 1 June 2014

Pantun : Sang Penunggu Cinta.

Seharian mata berlinangan
Jernih berkaca tanpa dipaksa
Tidakkan ku buang biar berkekalan
Rasa merindu padamu hingga hujung nyawa..

Mentari masih sembunyi
Namun pasti hadir kerana janji
Esok pasti aku ternanti nanti
Keceriaanmu datang disetiap pagi.

Sendirian mengenang kisah
Senyum ceria aku dlm duka
Bagaimana hati yg aku kesah
Hilang hanya dengan sekelip mata....

Puteri cantik puteri bunian
Bersimpuh sopan dikiri
Kau sentiasa membenarkan
Kau sentiasa hadir disisi.....

Memetik daun ditaman biru
Taman larangan teratak idaman
Disini aku melepaskn rindu
Bersama saat manisnya kenangan...

hendak daun kuberi daun..
Tidakku beri tangkai yg patah
Kutetap tunggumu biar bertahun
Setia hati menanti tidakkan rebah..

Sampai syurga kumenunggu
Saat indah abadi kekal bersama
Ayu dan cantik wajah lembutmu
Dikala dikau senyum hati ceria...

Krn zikir bibir sentiasa menyebut
Tanda syukur kepada Ilahi
Kau hadir dari satu sudut
terpendam dalam tanpa kusedari...

Tuam air sedang mendidih
Kedalam bekas warna biru
Resahku jika kau sedih
Tak lena ku jika kau membisu...

Mencari bintang diwaktu subuh
Hilang menyorok kerana malu
Rasa tenang dikala hening subuh
Begitulah tenang jiwa menyayangi kamu..

Segenggam kurma di tangan
Secangkir air dimeja
Setapak tdk kuundur wahai teman
Seditik tidak kusesal jiwa....

Lenggok tari sipenari cha cha
Baju biru lengannya berbunga
Merancang itu tiada kaitan didosa
Sekadar memasang impian agar terlksna.

Asyik melihat sekawan kunang2
terbang terang sambil menyinari
Jika hilang jasad ku dr pandangan
Sematlah dalam hatimu kasihku abadi..

Kepekan mencari selasih
Sambil menjinjing bakul ditangan
Akulah teman kaulah kekasih
Dalam diam hati menaruh harapan..

Suam suam air di sudu
Cawan dipegang perlahan
Ya Tuhan aku mengadu
Rasa ini biarlah berkekalan....

Suam suam air di sudu
Duduk seorang menunggu teman
Ya Tuhan aku mengadu
Izinkan hambamu ini akhir dgn ikatan...

Suam suam air di sudu
Secangkir kopi buat Pak Su
Moga kekal kamu dlm diriku
Setia menunggu tetap menunggu...

Sekadar pantun karat...

No comments:

Post a Comment