Pages

Friday 10 May 2013

PRU 13 TANAH MELAYU.



PRU dah habis...apa yg kita tafsirkan atau pengajaran dr keputusan pilihanraya.... citer ni tak habis2 ..dr WASAP sampailah ke fb..
 oklah secara jujurnya NAK aku share sedikit pengajaran dan pembelajaran apa yg aku dapat dari election kali ni...
 Kita buat sesuatu bukan macam LALANG.... kita kena tau dan faham apa yg kita buat dan ikut.... baru betul caranya..baru pahala ganjarannya..
 
 Sapa benci dengan perjuangan PAS....mai jumpa aku... apa sebab..kenapa..
 Sapa tak suka dengan perjuangan UMNO....mai jumpa aku...apa sebab dan kenapa..
 
 mari kita kupas dan fikir.....semuanya dr kotak pemikiran aku....tak copy paste dr lain lain.....
 KENAPA BN KUAT ?
 DIMANA KELEMAHAN PAKATAN RAKYAT ?.................. SAPA LEH JAWAB??????
 Dalam BN...ada MIC , MCA , GERAKKAN DAN macam2 lagi parti2 termasuklah NGO2nya......tapi kalau korang perasan.....kertas undi tu lambang apa kuar ????? dancing.....setuju.....? walau pun yg tercalon itu adalah orang mca atau mic....
 kenapa tak kuar lambang parti masing2......sebab mereka bersatu....inilah kekuatan sebenarnya bg BN........
 Dalam PAKATAN RAKYAT....disebut pakatan...tetapi kertas undi keluar lambang parti masing2....DAP PKR PAS.......nama pakatan sepatutnya mestilah dibawah satu pakatan ...satu bendera..... sapa kena kat sini. sapa pandai kat sini.....
 Bila kertas undi keluar dalam satu kawasan .... pas dan dap.... pasti  pangkah pas dan dap...sebab  dalam pakatan rakyat..... nak tukar kerajaan.....tp kita tak terfikir natijahnya....... Nak kan perubahan...sampai kita terlupa sesuatu.......
 iaitu perpecahan....
 
 NO 2.
 ISLAM...
 Islam bukan untuk bangsa...tapi untuk semua umat manusia tak kira bangsa dan warna kulit............. so apa itu ASOBIYAH...atau KEBANGSAAN...
 Adakah golongan yang memperjuangkan Islam dengan memartabatkan bangsa sendiri dikira sebagai asobiah?
 Ibnu Al Khaldun berkata :
 Sesungguhnya Dakwah agama tanpa disokong oleh asobiyah tidak akan sempurna.
” Ini kerana hujah yang kami telah sebutkan bahawa setiap urusan yang melibatkan orang keseluruhan ia hendaklah disokong oleh asobiyyah”.
Beliau menggunakan hujah kias aula atau dilalah an nas. Ibnu Khaldun menyebut; “Berdasarkan hadis sohih yang bermaksud Allah tidak membangkitkan seseorang nabi kecuali dia mendapat sokongan (man’ah) dari kaumnya”.
Kata beliau, “ Jika itu yang berlaku kepada nabi-nabi yang diberi keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan maka lebih lebih lagilah orang yang selain dari mereka yang tidak ada keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan tanpa asobiyyah”.
Beliau kemudian membawa cerita-cerita yang berlaku kepada kumpulan yang ingin mencegah mungkar tanpa disokong oleh asobiyyah kemudian berakhir dengan kegagalan seperti yang berlaku kepada Ibnu Qissiy ketua Jamaah Murabitin di Andalus yang segera kalah ditangan Jamaah Muwahidin.
 Nabi (dalam hadis sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan…hingga akhir) mensyaratkan untuk melaksanakan kewajiban menegah mungkar hendaklah memiliki kudrah (keupayaan), dan mereka yang tidak memiliki asobiyyah tidak memiliki keupayaan.
 Ulas Ibnu Khaldun lagi, ” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.
“demikianlah keadaan nabi-nabi a.s dalam menjalankan dakwah mereka kepada Allah menggunakan qabilah dan asobiyyah-asobiyyah, pada hal mereka dibantu oleh Allah dengan alam semua sekali tetapi Allah ingin menjalankan urusan mengikut un
 dang2 adat kebiasaan"... kat Ibn Khaldum.
 Jadi bagaimana kita ingin mempertahan dan menegakkan kedaulatan dan ketuanan Islam tanpa asobiyyah, terutama asobiyyah Melayu Islam??
 kita khususkan lg di MALASIA......
 MELAYU....ISLAM
 ISLAM MELAYU..
 jika secara manualnya melayu ini bersatu.....setuju atau tidak aku katakan bahawa secara automatiknya ISLAM kuat..........?????????
 maka fikrlah...dan bersatulah.......... jangan kita ikut tapi TAK FAHAM...jangan kita ikut tapi TAK KENAL...........
 

Maksud Asobiyyah yang dilarang......
 hadith Baginda SAW :
Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
 Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…”
SO KAT SINI...KALAU DAH KITA NAMPAK KEMUNGKARAN PEMIMPIN2 MELAYU KITA.....JANGAN LAH IKUT.........

No comments:

Post a Comment