Pages

Wednesday 10 April 2013

MARAH ?? JANGAN NANTI KENA JUAL..


untuk reda kemarahan, InsyaAllah…
Daripada Sulaiman bin Surad RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.Huraian Hadith:

1.Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2.Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3.Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4.Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Kalau tak reda juga pergi bilik air, ambil wudu'. Kalau tak reda juga, jumpa pakar psikologi atau dapatkan berunding pakar mengawal kemarahan (anger management). Kita pun sudah melihat akibat daripada tidak mampu menahan nafsu amarah, anak kena dera, bergaduh dengan sahabat baik dan macam-macam lagi natijah yang buruk. Lelaki yang kuat bukan yang mampu menumbangkan lawan dengan kuderat tangannya, tapi lelaki yang kuat adalah yang mampu melawan nafsu amarahnya. Nasihat untuk kami juga...

No comments:

Post a Comment