Pages

Tuesday 1 January 2013

Zaman ini...



Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat, tabi'en dan sekelian pengikut mereka sehingga ke hari kiamat. Ya Allah! Permudahkanlah dan janganlah disusahkan segala urusan kami. Amin Ya Karim!

Sedarkah kita
bahawa kita sudah berada
dalam zaman azab dan fitnah dunia? Fitnah
di merata tempat sehinggakan ke dalam
rumah kita, bahkan surau-surau dan
masjid-masjid kita. Buka sahaja telefon, nah
penuh dengan maksiat yang melata. Belum
lagi di kaca televisyen, komputer, ipad dan
sebagainya. Semunya bersambung pada
jaringan sosial manusia yang lebih banyak
membawa kerosakkan daripada kebaikan
pada kebanyakkan pengguna. Dosa dan
noda ibarat debu-debu dalam udara
berterbangan dan bertebaran sehinggakan
hampir tiada seorang pun yang tidak
terkena percikannya. Bahkan hampir
kesemua kita terperangkap di dalamnya.

No comments:

Post a Comment