• Suatu hari Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat memasuki kawasan perkuburan,semasa tengah berjalan tiba-tiba Rasulullah s.a.w berhenti seketika di 2 buah kubur.Lantas Baginda s.a.w menoleh kekawasan sekitarnya,dan melihat ada sebatang pelepah kurma yang baru gugur lantas diambil dan dipatahkan oleh Baginda s.a.w lalu terus di cacakkannya diatas dua kubur tersebut.
    ...
    Sahabat merasa hairan dan terus bertanya : " Kenapakah dicacakkan pelepah kurma itu diatas dua kuburan ini ya Rasulullah ? "

    Baginda s.a.w pun menjawab : " Kedua orang dikubur ini sedang diseksa ! seorang diseksa kerana suka menabur fitnah.Penghuni kubur yang kedua pula suka kencing berdiri dan tidak melakukan "istibra" ( berdehem-dehem ) selepas kencing mengakibatkan istinjaknya kurang sempurna."

    Maknanya orang ini walaupun beristinjak tetapi selepas mengenakan pakaian,masih terdapat baki air kencing yang mengenai pakaiannya.Maka orang ini tidak sedar telah membawa najis merata-rata dan solatnya tidak sah.Tujuan Aku mencacakkan pelepah kurma ini agar ia dapat memohon keampunan dari Allah kepada kedua mereka selagi daun ini masih basah ( sebelum kering dan layu )." kata Rasulullah s.a.w.

    **Kesimpulannya yang terdapat dalam peristiwa ini bolehlah kita mengambil pengajaran bahawa lidah bukanlah untuk memfitnah,mengumpat dan mengeji sebaliknya memuji dan membesarkan Allah....dan tentang kesucian diri pula hendaklah dikerjakan dengan baik..jika tidak menjaga kebersihan anggota badan dan kelamin dibimbangi ibadat yang dilaksanakan tidak sempurna.........Wallahu'klam.