Bilamana kita menyebutkan nama orang-orang soleh maka Allah سبحانه وتعالى akan turunkan rahmat-Nya. Apatah lagi bilamana kita menyebutkan nama Baginda Nabi Muhammad ﷺ maka sudah tentulah rahmat Allah سبحانه وتعالى akan mencurah-curah turun di dalam majlis.
Begitulah keadaannya di dalam kehidupan kita sehari-hari. Bilamana kita menghadapi masalah di dalam kehidupan kita, hati kita tidak tenang dan sebagainya maka perkara yang paling sesuai kita lakukan adalah memperbanyakan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Semakin banyak seseorang itu berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin dekat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka ketahuilah inilah di antara salah satu perkara yang akan mendekatkan seseorang kepada Allah سبحانه وتعالى yang akan mendapatkan cinta Allah سبحانه وتعالى.
Oleh kerana itu, kita sebagai seorang ayah ataupun sebagai seorang ibu dan seorang anak haruslah kita mengambil berat mengenai Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan kita mengambil tahu mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ sehingga ianya masuk ke dalam hati dan fikiran kita untuk kita menjadikannya sumber kepada diri kita untuk mengetahui apakah keadaannya Nabi Muhammad ﷺ.
Ketahuilah barangsiapa yang mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka Allah سبحانه وتعالى akan mencintainya dan barangsiapa yang membenci Nabi Muhammad ﷺ maka Allah سبحانه وتعالى akan membenci kepadanya.
Di dalam hadis Nabi ﷺ bersabda yang maksudnya " Cintailah Allah kerana kenikmatan yang dilimpahkan-Nya pada kalian dan cintailah aku kerana kecintaan kalian kepada Allah dan cintailah Ahlul Bait ku kerana kecintaan kalian kepadaku."
Hari ini kita lihat ramai orang semakin jauh daripada agama kita, semakin jauh daripada Allah سبحانه وتعالى. Kerana apa? Disebabkan hari ini ummat islam itu sendiri kurang mengambil berat dengan mengikuti sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ. Tidak mencontohi kepada adab dan akhlak yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.
Sekiranya kita memakaikan sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ di dalam kehidupan kita maka di situ akan mendatangkan cahaya yang akhirnya ianya akan dapat memanggil masyarakat ke arah kebaikan dan menuju kepada keabdian kepada Allah سبحانه وتعالى.
Nabi ﷺ bersabda di dalam sebuah hadis yang maksudnya " Tidak sempurna iman kalian sehingga aku lebih dicintainya dari ayah ibunya dan anaknya dan seluruh manusia." Oleh kerana itu, kemuliaan seseorang itu adalah bilamana setiap harinya dia semakin dekat dan bertambah kecintaannya kepada Allah سبحانه وتعالى dan Nabi Muhammad ﷺ.
[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]
No comments:
Post a Comment