Apakah jenis-jenis ilmu yang perlu kita kenal untuk mengenali Nabi Muhammad ﷺ.
Ulama menyenaraikan untuk kita kenal mengenai Nabi Muhammad ﷺ pertama sekali hendaklah kita mengetahui 4 jenis ilmu:
1)Ilmu Sirah Nabi ﷺ iaitu sejarah yang berkaitan dengan Baginda Nabi daripada saat perjalanan hidup ketika kecil sampailah Baginda Nabi ﷺ wafat.
2)Ilmu Syamail Nabi ﷺ yang mana ilmu ini berkaitan dengan keperibadian Rasulullah,akhlak Baginda ﷺ. Bagaimana cara Nabi ﷺ makan, minum, tidur dan sebagainya.
3)Ilmu Khususiyyah yang mana ilmu ini menerangkan mengenai keistimewaan-keistimeeaan mukjizat Nabi ﷺ. Manusia lebih tertarik dengan keistimewaan yang ada pada seseorang jadi dengan mempelajari keistimewaan ini maka kita dapat mengenai keistimewaan Baginda Nabi ﷺ yang tiada pada makhluk lain.
4)Ilmu mengenai Ahlul Bait Nabi ﷺ. Ini adalah penting buat kita untuk mengenali mengenai keturunan Nabi Muhammad ﷺ yang mana kita perlulah menghormati mereka yang daripada kalangan Para Ulama yang mana tidak akan terputus nasab keturunan Nabi ﷺ sehinggalah hari kiamat. Di mana mereka memberikan manfaat pada ummah menyampaikan dakwah dengan sifat keilmuan dan penuh berakhlak untuk membawa kita menuju jalan yang benar.
Tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, perlulah setiap daripada kita semua untuk mengetahui dan mempelajari kesemua jenis ilmu ini maka dapatlah kita menjalinkan hubungan kecintaan kita dengan Nabi Muhammad ﷺ.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Berkata Para Ulama salah satu punca kenapa ummat islam pada hari ini kurangnya perasaan rindu dan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah kerana disebabkan mereka tidak mengenali mengenai kehidupan Nabi ﷺ.
Tidak mengenali siapakah itu Nabi Muhammad ﷺ. Bagaimana kehidupan Baginda ﷺ ketika kecil dan seterusnya. Kurang mengetahui mengenai ahli keluarga Nabi ﷺ dan juga Para Sahabat Nabi ﷺ.
Amat jarang sekali mengisahkan mengenai akhlak dan keperibadian Nabi ﷺ dalam pergaulan sehariannya. Mencontohi akhlak dan adab Nabi ﷺ.
Barangsiapa yang kenal kepada Nabi Muhammad ﷺ pasti hatinya akan jatuh cinta. Semakin hari kita boleh semakin kenal kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan kita menceritakan dan mencontohi kepada Nabi ﷺ.
Maka semakin meneballah perasaan rindu dan cinta kita kepada Nabi Muhammad ﷺ. Apabila lahirnya perasaan rindu dan cinta itu maka seseorang yang cinta kepada seseorang pasti akan mengikuti dan mencontohi orang yang dicintainya.
KENAPA KURANGNYA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH ﷺ
Wahai saudara-saudara ku. Biarlah aku bercakap secara terbuka. Diharapkan janganlah kamu berasa sedih ataupun kecewa dengar apa yang bakal aku cakapkan. Kasih sayang kita terhadap Nabi ﷺ amatlah berkurangan sekali.
Ya memang kita ada kasih terhadap Nabi ﷺ dan maknanya pada mana kadar yang kita tunjukkan kecintaan dan kasih sayang kita kepada Nabi ﷺ memang ikhlas. Akan tetapi ianya masih tetap dalam kadar, bilangan kecintaan kita kepada Nabi ﷺ itu adalah satu kadar atau bilangan yang sangat sikit sekali.
Apakah sebabnya yang membuatkan jauhnya kita daripada Nabi ﷺ? Pertama kerana kita tidak ada mempelajari, mendengar dan mengambil pengajaran daripada sirah Nabi ﷺ. Kalau sekiranya kita membaca, mempelajari dan mengambil pedoman mengenai sirah Nabi ﷺ maka kita pasti tidak akan merasa terhadap Nabi ﷺ sepertimana kita merasai sekarang ini yakni kurangnya kecintaan kita sekarang. Walaupun kecintaannya memang ada tetapi ianya amatlah berkurangan sekali.
Disebutkan di dalam hadis yang sahih "Ketika mana Rasulullah ﷺ sedang sujud datang Abu Jahal mencekik leher menggunakan kain Baginda Nabi ﷺ yang sedang sujud."
Pasti kita akan terasa dengan perbuatan itu. Adakah itu mencukupi? Apakah ini yang kita rasa? Bagi seorang muslim yang begitu mencintai Nabi ﷺ ia akan bersabar sepertimana sabarnya Baginda Rasulullah ﷺ ketika sedang sujud yang dicekik oleh Abu Jahal untuk menyampaikan tanggungjawab menyempurnakan Islam.
Oleh sebab kesabaran Nabi ﷺ ketika sujud itulah akhirnya Islam sampai kepada kita. Disebabkan itu dalam usaha kita menyampaikan, menyebarkan dakwah Islam. Bilamana kita disakiti ataupun dakwah kita tidak diterima oleh orang maka hendaklah kita bersabar seperti sabarnya Rasulullah ﷺ.
Bukti yang kedua yang menunjukkan walaupun kasih sayang kita ada terhadap kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ tetapi ianya amatlah terlalu sedikit adalah kita sendiri melihat kehadiran di dalam masjid yang mana kita dapat melihat sendiri sedikitnya orang-orang yang hadir mengimarahkan Rumah Allah.
Yang kita selalu lihat yang mengimarahkan Rumah Allah rata-ratanya hanyalah orang tua sahaja. Mereka yang telah berumur, telah pencen dan tidak bekerja lagi. Di manakah anak-anak remaja kita berada? Sepatutnya waktu muda inilah, waktu sekaranglah kita mengimarahkan Rumah Allah bukannya tunggu kita sudah tua nanti sebab kita tidak tahu adakah kita masih lagi hidup esok hari.
[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]
No comments:
Post a Comment