Pages

Tuesday, 8 August 2017

BERUNTUNGNYA ORANG YANG SELALU DIPILIH UNTUK MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Alangkah kerasnya hati orang-orang yang apabila adanya zikirullah, adanya nama Allah سبحانه  وتعالى disebutkan tak tersentuh pun daripada hatinya. Dan mungkin sebelum ini kita pernah melakukan salah dan silap. Mungkin banyak maksiat dan dosa yang telah kita lakukan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Oleh kerana berkat kita selalu hadir di dalam majlis seumpama ini. Kita mendengar akan nama Allah سبحانه وتعالى , kita berzikir mengingati kepada Allah سبحانه  وتعالى, kita berselawat dan mengenang kepada Baginda Rasulullah ﷺ, kita mempelajari sejarah hidup dan akhlaknya Baginda Rasulullah ﷺ maka Allah سبحانه  وتعالى memandang kita dengan pandangan rahmat-Nya dan membuka pintu rahmat dan pintu taubat kepada kita.

Satu riwayat disebutkan oleh Para Sahabat Radhiyallahu'anhum Ajmain di hadapan Para Sahabat yang sedang berkumpul. Berkata Sahabat itu "Aku mendengar Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan tidaklah seseorang itu berkumpul di majlis yang baik kecuali apabila dia ingin kembali dan bangkit daripada majlisnya kecuali akan diserukan kepadanya bangunlah kamu dengan mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu. Telah ditukarkan dosa dan kesalahan kamu dengan kebaikan."

Maka ketika mendengar perkara tersebut Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu yang berada di situ melompat kegembiraan dan mengatakan "Alangkah beruntungnya aku di kalangan kamu semua kerana aku lah orang yang paling banyak pahala dan ganjaran yang diberikan oleh Allah سبحانه  وتعالى."

Sehingga Para Sahabat yang lain kehairanan apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu . Lalu mereka mengatakan "Wahai Saidina Umar. Kenapa kamu mendakwa kamu mendapatkan ganjaran dan balasan yang tinggi di sisi Allah سبحانه  وتعالى? Bukankah kami berhak untuk mendapatkan lebih daripada kamu?"

Kata Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu "Di kalangan kita semua, aku lah sebelum ini yang paling banyak berdosa kepada Allah سبحانه  وتعالى. Ketika disebutkan akan ditukarkan dosa kepada kebaikan bermakna aku lah orang yang paling banyak kebaikan kerana dosaku telah ditukar oleh Allah سبحانه  وتعالى kepada kebaikan."

[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

No comments:

Post a Comment